Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Pengalaman Meniaga Carboot Sale!

$
0
0

Assalamualaikum!


Dulu, aku pernah tolong mak jual nasi lemak dan kuih muih semasa kami tinggal di Bandar Tun Razak. Aku juga ada tolong jualkan simpul kasih kepunyaan kak ipar ikut tempahan. Dan, sekarang aku mula berkecimpung pulak dalam dunia carboot sale!

Amende carboot sale ni? Aku nak jelaskan pun tak reti ... tapi rasanya ramai yang tahu dah kan hehe. Semuanya bermula bila Pak Jelan ikut kawan dia meniaga di Kota Damansara ni. Masa tu tolong tolong kawan aje ... lama-lama jadi seronok pulak! Pak Jelan pulak menunjukkan kesungguhan yang tinggi waktu tu untuk berniaga, maka kawan ni pun tolong supply barang/baju dan suruh Pak Jelan buka tapak dan cuba jual sendiri. 



Alhamdulillah, dah hampir sebulan juga kami meniaga carboot sale ni. Sebelum ni, Pak Jelan sorang je pergi meniaga di Kota Damansara tu. Tapi, satu hari si Mira beria nak ikut ayahnya pergi meniaga, dan akhirnya kami sekeluarga di sini! hehe ....




Carboot Sale Kota Damansara ni dibuka setiap hari Ahad seawal jam 7 pagi! Maksudnya, 6.30 pagi kami dah perlu ada di situ untuk set up barang niaga dan susun apa yang perlu. Kalau sampai lebih dari kul 7.30 pagi, alamatnya payah la nak cari tapak parking yang kosong huhu. Sebab tu, kami yang duduk jauh ni kena bangun seawal 4.30 pagi untuk susun barang niaga dalam kereta dan bertolak seawal jam 5.30 pagi dari KL. Solat Subuh kat Subang, kemudian baru ke Kota Damansara ....



Walaupun dah berminggu-minggu kami meniaga di sini, baru kelmarin aku berkesempatan amik beberapa keping gambar hehe. Sebelum ni Pak Jelan meniaga sengsorang, tapi sekarang dah ada 3 orang pembantu yang cantik lagi comel, haruslah kasi snap sana snap sini sikit kannnn hehehe ....

Tapi sebenarnya yang paling seronok ialah kita dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis orang di sini dan melayan macam-macam jenis kerenah  .... yang aku akui, kadang-kadang memang boleh bikin kami laki bini ketawa! hehe ...




Jangan tak percaya, seawal jam 7 pagi memang ada dah yang datang tengok-tengok barang kat sini. Sebab tu kami kena datang lebih awal dari tu untuk susun-susun barang atau pasang rak untuk sangkut baju. 

Pengunjung yang datang pulak adalah dari kalangan orang tempatan dan warga asing yang bekerja atau tinggal berdekatan sini. Yang bawa family pun ada! Memang meriah dari pagi sampai ke tengahari. 




Kami jual ape? Kami jual seluar dan baju ... macam-macam jenis ada ikut stok hehe. Pak Jelan kan suka baju bundle, so dia pun ada stok baju dan seluar jeans bundle untuk dijual. Aku pulak sumbangkan tudung-tudung lama yang masih elok dan baju-baju kurung/jubah. 





Lagipun pak menteri yang cukup 'disukai' ramai kan bagi saranan, bahawa rakyat kena buat #buat2kerja untuk menampung kos sara hidup. Ye la ... biarlah kami rakyat marhaen ni berpanas berhujan demi kelangsungan hidup. Janji GST tetap kena bayar ye dak .... hehehe :p




Mira memang sporting habis! Dia memang tak malu untuk berdepan dengan pelanggan. Selamba je dia duduk atas tikar perhati orang lalu lalang di depan hehe. Kadang-kadang, dialah yang tolong capaikan plastik untuk ayahnya bila ada pelanggan datang membeli. Memang ringan tangan budak kenit ni hehe ...

Dan, sememangnya ada upah untuk kerajinan dia tu hehe ...




Percubaan aku untuk menjual tudung-tudung lama tapi masih elok akhirnya berhasil! Dari tak berpakai, terperuk dalam almari tu, baik lah aku jual buat tambah stok barang hehe.  Alhamdulillah ... walaupun tak boleh nak jual mahal, takpe. Sebab bagi aku, lebih seronok meniaga begini. Biar murah asal barang 'jalan' hehe ....




Dan aku bersyukur sangat punya dua orang anak dara yang sangat rajin membantu kami. Kalau bab-bab buka skru ni bagilah kat diaorang .... diaorang dah terer tau! 




Di samping kita meniaga, kita juga boleh jalan-jalan cuci mata tengok barang yang dijual oleh peniaga lain. Kakak sempat la beli buku komik ni dengan harga RM10 untuk 3 buah buku. 




Terima kasih anak-anak ibu yang sangat rajin dan very supportive berniaga dengan ibu dan ayah. Takda istilah malu-malu sebab cari rezeki halal kan. Yang penting kami suka dan seronok dengan pengalaman baru ni .... 

:)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES

Trending Articles


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tagalog God Quotes to inspire you


Inggit Quotes and Taray Quotes


Tropa Quotes


Tagalog Movie Hugot Lines


Best Inspirational Love Quotes Collection


Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Cute Crush Quotes and Tagalog Love Text Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Mga patama Quotes tagalog


Mothers Day quotes tagalog


Best Papa jack Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


kasama kang tumanda


Vimeo 11.10.0 by Vimeo.com, Inc.


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Selos Quotes Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes



Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES