Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Milla Dalam Ingatan

$
0
0

 

Aku masih ingat saat aku adopt Milla dan adiknya Millie dari grup di facebook pada tahun 2021. Kali pertama aku tengok gambar yang dipos oleh tuan lama mereka, terus aku jatuh hati! Tak tunggu lama, aku terus pm dan akhirnya kedua-duanya diserahkan kepadaku untuk dijaga.


Setahun pertama, Milla dan Millie yang asalnya anak kucing yang baru berusia beberapa bulan membesar dengan sihat dan aktif. Merekalah penyeri dalam rumah selain Putam dan Mia. Kedua-duanya aku vaksin dan mandulkan bila dah cukup umur.



Tapi tahun 2023, aku diuji apabila Milla disahkan mengidap sejenis penyakit yang hingga kini tiada ubatnya. Aku mula takut tapi tetap positif dan berusaha untuk merawat Milla ketika itu. Sanggup aku beli boosteryang harganya mencecah ratusan ringgit walaupun ianya hanya untuk meningkatkan imun badan dan bukan merawat sepenuhnya.


Namun, penyakit Milla datang semula lepas 2 bulan dan kali ini memberi kesan sehingga dia tidak lagi makan dan minum secara normal hanya terbaring dan terpaksa dipakaikan pampers kucing.


Aku bawa dia ke vet sekali lagi dan doktor cuba untuk masukkan air ke dalam badannya kerana Milla mengalami dehidrasi yang agak teruk. Badannya juga susut mendadak. Tanda-tanda lain, kulit dan matanya berwarna kuning.



25/12/2023

26/12/2023 - Milla dah tiada


Dan malam itu juga, Milla akhirnya pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 26/12/2023. Aku dan adik sempat melihat saat-saat akhir Milla sebelum nafasnya berhenti sebab masa tu aku sedang nak bagi ubat. Kakak pula tak sanggup tengok 😭




Kini setelah beberapa bulan baru aku bersedia untuk berkongsi berita sedih ini. Maafkan kami kerana tak cukup sempurna menjagamu. Moga Milla tenang disana....



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE