Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Bajrangi Bhaijaan - Menarik Tapi Ada Satu Yang Pelik!

$
0
0

Assalamualaikum!


Saat fenomena #Dilwale masih menguasai jiwa-jiwa peminat filem hindustan tanah air, aku masih berjaya mengekalkan rekod untuk tidak 'terpengaruh' menyaksikan filem lakonan Shah Rukh Khan & Kajol ini baik di pawagam mahupun secara online/download. Bukanlah nak kata aku ni tak minat citer hindustan .... tapi 'berahi' tu tak sama macam masa mula-mula filem Dilwale Dulhania Le Jayenge 15 tahun yang lalu ... hikhik 




Tapi bila kawan cakap ada satu filem yang lagi best dari Dilwale, aku mula rasakan sesuatu. Filem apa yang lagi best dari Dilwale tu? Ko jangan main-main yek, Dilwale dah capai kutipan Box-Office kat Malaysia ni weh! Kalau ikutkan, timeline FB aku tiap-tiap hari penuh dengan status tentang si Kajol dan  Shah Rukh Khan. Ramai yang memuji lagu tema Janam Janam dan Gerua sampai boleh hafal lirik dari awal sehingga akhir! Tu belum part ulang tengok cerita dua tiga kali dalam seminggu hehe....

So, bila kawan cerita ada satu lagi filem yang best untuk ditengok aku minta dia copy cerita tu masuk pendrive! Dan aku mula layan #BajrangiBhaijaan ....

Pendapat aku? - Plot cerita yang menarik, membawa mesej kemanusiaan, kedamaian dan kecintaan sesama insan tanpa mengenal bangsa, agama, negara mahupun sempadan. Pemandangan Kashmir dan daerah sekitarnya sangat mempesonakan! Rumput menghijau dan gunung bersalji memberikan view yang segar, rasa 'sejuk' seolah-olah aku sendiri betul-betul berada di sana (berangan melampau)! hahaha. Kita sedia maklum kan... Pakistan & India telah lama berkonfrontasi sejak kemerdekaan Pakistan pada tahun 1947 dan kedua-dua negara ini sering berantakan sehingga mencetuskan peperangan di sempadan Kashmir. Dan, konflik yang tercetus sejak berpuluh tahun ini telah mengorbankan banyak nyawa dari rakyat kedua-dua negara, dan sehingga sekarang tiada lagi jalan penyelesaiannya.

Tarikan utama filem Bajrangi Bhaijaan ni selain dari plot cerita dan pemandangan Kashmir yang indah sebenarnya adalah "Munni" a.k.a Shahida, watak seorang kanak-kanak Pakistan yang dilakonkan oleh Harshaali Malhotra. Serius, indah sungguh wajah mulus anak kecil ini dan pandai betul dia melakonkan wataknya sehingga air mataku banyak kali menitis bila dia 'menangis' dalam cerita hehehe ....










Cute and adorable little girl! Berbaloi dia berlakon bisu dalam filem ni, sebab tanpa sebaris dialog pun dia dah mampu 'mencairkan' hati sesiapa sahaja yang menyaksikan lakonannya. Lagak dan gaya dia yang selamba dan spontan seolah-olah dia adalah Shahida di alam nyata benar-benar berjaya 'mencuri' hatiku.

Selalunya filem hindustan banyak menggunakan aktres atau pelakon wanita yang seksi untuk menarik perhatian penonton, tapi Bajrangi Bhaijaan walaupun menampilkan Kareena Kapoor sebagai co-star, dan kita memang tahu lakonan dia dalam filem-filem sebelum ni pun agak seksi tapi kali ni dalam filem ini, dia berjaya menghidupkan wataknya sebagai Rasika dengan jayanya tanpa perlu berpakaian terdedah dan menari dengan ghairah ... hehe

Ok, cukup dengan celoteh panjang .... 

Di sebalik keindahan dan kehebatan Bajrangi Bhaijaan yang mendapat kutipan sehingga berpuluh-puluh juta (barangkali dah capai ratus juta sekarang ni) USD, ada sesuatu yang pelik aku perasan dalam cerita ni...

Sama ada korang perasan (bagi yang dah tengok) atau tidak, filem ini seolah-olah menggambarkan sesuatu yang aku khuatir akan menjadi salah tafsiran orang terhadap pegangan agama Islam. Mungkin juga ada yang perasan tapi tak cakna, dan mungkin ada yang perasan dan mula mempersoalkannya ...




Ada adegan di mana, ibu 'Shahida' mengikat tali pada dinding dan kemudian berdoa dan satu lagi, sekumpulan lelaki yang menyanyi dan memuji Nabi s.a.w, namun di akhir lirik tetiba dia menyebut "Ali dum Ali Ali dum Ali Ali ..."

Gambaran yang cuba ditunjukkan dalam filem ini mengenai orang Islam secara keseluruhannya adalah tidak berapa benar dan tepat. Adapun kita sebagai umat Islam tidak dibenarkan memohon hajat di mana-mana perkuburan atau makam apatah lagi mengikat tali dan kemudian berdoa kerana ia bertentangan dengan syarak. 

Di sini aku kongsikan pandangan dari seorang saudara kita yang mana aku bersetuju dengan ulasannya mengenai gambaran agama Islam yang ditampilkan dalam filem ini ....




sumber : FB Fuad Akmal


Adakah gambaran dalam filem ini mencerminkan pegangan Syiah yang dianuti oleh penduduk di sana (Pakistan) secara realitinya? Wallahualam. Tapi yang pasti, jangan pula kita terikut-ikut dan menerima bulat-bulat ajaran yang cuba disampaikan walaupun kita tahu ada yang sesat. Pun begitu, bukan semua ye ... kerana di sana juga ada ASWJ.

Apapun, filem ini masih sarat dengan mesej kebaikan dan menuntut jalinan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira kaum, agama dan sempadan. Memang best dan rasa nak tengok lagi dan lagi! Cuma kalau yang kuat 'teriak' tu kena sedia tisu banyak-banyak k ... hehe :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES

Trending Articles


Vimeo 11.10.0 by Vimeo.com, Inc.


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Mga patama Quotes tagalog


Tagalog God Quotes to inspire you


Best Papa jack Love Quotes


Tropa Quotes


Tagalog Movie Hugot Lines


Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Cute Crush Quotes and Tagalog Love Text Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Patama Quotes at Selos Quotes


Mothers Day quotes tagalog


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Inspirational Love Quotes Collection


Inggit Quotes and Taray Quotes


Selos Quotes Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes



Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES