Assalamualaikum!
Balik lambat giler malam tadi! Dekat Isyak baru gerak dari opis, 'rama-rama' dalam perut dah 'menari' tarian Raver ni ... apalagi, jom cari nasi la! Nak masak lambat sangat dah ... kalau Pak Jelan ajak makan nasi tu, tak lain tak bukan dalam fikiran dia satu makanan tu je .... jom pecel lele!
Kali pertama cuba pecel lele kat satu restoran pecel lele tepi jalan nak masuk Desa Pandan. Memang ramai orang sokmo datang makan di situ. Tapi sayang ... daging dia liat walaupun sambalnya sedap.
Pastu aku dapat tahu ada satu lagi restoran pecel lele kat kawasan berhampiran, so try pulak makan kat Om Pecel Lele. Nampak dari luar macam biasa biasa je, tapi bila makan kat situ ..... terus tak pandang lain dah hehehe ...
Daging
Ikan Keli
Ayam
Kuey Tiow Goreng
Selain di atas, aku dah try burung puyuh dia ... sedap jugak. Yang buat sedapnya opkos la sambal dia. Pedas dan terangkatttt! hehe ...
Tapi malam tadi, aku layan kuey tiow goreng je ... takda selera nak makan nasi la pulak. Eh kuey tiow goreng dia pun boleh tahan sedap wooo ... kakak siap nak kongsi lagi .. huhu
Sementara tunggu makanan sampai. Pantang nampak kucing ....
Susun atur meja pun kemas dan terusun je. Lantai bersih siap ada Astro lagi hehe ... eh pendek kata kami suka la makan kat sini! Harga makanan pun ok la berpatutan dan padan dengan kesedapan dia. Rate dari RM6.50 hingga RM8.50. Servis alhamdulillah setakat ni molek sokmo ... :)
So, kalau ada rezeki lebih kami akan bertandang makan di situ. Masuk restoran dah tahu port kami nak duduk .... heeee. Staf diaorang pun dah cukup cam muka-muka tegar kami ni hehehe ....