Assalamualaikum!
Kebelakangan ni, dua benda ni jelah jadi topik perbincangan kami suami isteri. Mula-mula pasal maahad tahfiz atau sekolah beraliran agama. Paling dekat aku boleh fikirkan ialah kat Klang. Masa ikut lawatan Lembaga Zakat Selangor tahun lepas bersama KBBA, aku ada ternampak banyak papan tanda sekolah-sekolah tahfiz. Sejak dari tu lah aku mula terfikir nak hantar anak ke sana ....
Walaupun sekadar perbincangan suami isteri, tapi niat di hati tu memang nak masukkan kakak ke sekolah beraliran agama. Sebab dia bab menghafaz ni agak terer berbanding aku hehe. Kalau dia fokus ... memang jadi! Setakat ni kami hanya mampu beri dia 'bekalan' ilmu agama di sekolah dan di rumah je. Tu pun kadang-kadang dia tanya kenapa itu? kenapa ini? kenapa tak boleh? baru kami jawab. Syukur juga dikurniakan anak-anak yang banyak bertanya ni huhu ...
Sebenarnya, tak dapat hantar dua-dua hantar sorang pun ok dah. Tapi bolehke dia survive kat sana nanti? Maklumla, selama ni dah biasa berdua dengan adik dia. Bergaduh gaduh pun ..itulah kawan dia bermain, menangis dan bergelak hehe ...
Ataupun kalau tak dapat masuk maahad ... hantar belajar silat!
Baru-baru ni Pak Jelan cakap nak hantar kakak dan adik belajar silat cuti sekolah nanti. Silat? Aku pun nak belajar silat hehe. Tapi cadangan je la setakat ni huhu ... aku cuak jugak bab silat ni tapi orang pempuan zaman sekarang kena ada skil pertahankan diri ye dop.
Hurmm ...entahlah. Tak boleh la nak ikutkan kehendak kita sebagai ibubapa aje walaupun tu semua untuk kebaikan mereka juga nanti. Kena tanya dia, kena tahu ke arah mana dia lebih cenderung .. agama atau aliran biasa. Tapi kalau aku tanya cita-cita tu ... mesti dia jawab nak jadi cikgu atau ustazah huhu ....