Assalamualaikum!
Bermula dengan bibir menjadi kering tiba-tiba akhirnya bertukar menjadi serius! Mula-mula ingat bintik-bintik di bawah mulut tu jerawat biasa .. rupa-rupanya merebak jadi nanah! Kemudian dari bibir bawah berjangkit ke bibir atas! Kesian dia ... nak minum air pun kena guna straw, takleh disentuh sikit pun bibir tu ...kalau tak, menjerit dia disitu!
Pergi dah klinik hari Isnin aritu, doktor bagi ubat sapu Glycerin. Bila tanya apa puncanya, doktor tak bagitau secara spesifik. Tapi, aku tengok makin hari makin teruk jadinya .... nanah semakin banyak dan bibir atas bawah dia jadi bengkak!
Tak sedap hati ... aku pergi balik ke klinik tu pagi tadi. Doktor lain periksa, dan bila aku tanya apa puncanya atau apa nama penyakitnya ni ... doktor kata rashes (ruam). Tapi, ia jadi bernanah bila ada jangkitan kuman. Memula aku pun ingat Mira terkena HFMD (Penyakit Tangan Kaki & Mulut) tapi bahagian lain tak terjejas ... hanya mulut je.
Kali ni doktor bagi antibiotik ... tiga botol! Nanah yang melekat-lekat kat bibir tu terpaksa dicuci. Kesian tengok dia menangis masa nurse tu cucikan tadi. Bibir dah sakit ... kena pulak sapu ngan kapas basah sampai terkopek-kopek nanah, mau tak menjerit budak tu! Apa ibu boleh buat ... hanya mampu tenangkan Mira dan genggam tangan dia sambil pujuk.
Apa sebenarnya yang menyerang Mira? itu aku akan kongsikan di entri lain. Siap dengan gambarnya sekali! Ada beberapa kemungkinan dari apa yang doktor tu cakap tadi.
Haih ... kesian anak ibu. Moga cepat sembuh ye sayang .....

