Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Kemeriahan PJ FAIR 2016!

$
0
0

Assalamualaikum!


Inilah aktiviti kami sekeluarga minggu lepas. Sebenarnya, kami kesana sebab kakak dan adik mewakili sekolah untuk PJ FAIR ni. Diaorang terlibat dalam acara wefie beramai-ramai bagi memecah rekod wefie teramai dalam Malaysia Book of Record. Jadi, sebagai memberi sokongan dan juga memang nak anak-anak beriadah sambil berseronok bersama kawan-kawan, maka moh le kita memeriahkan PJ FAIR ni.



Acara bermula awal pagi tapi untuk budak-budak sekolah diaorang start pukul 1.00tghari. So, kul 12 tengahari tu dah kena berkumpul di sekolah. Dah siap semua berkumpul, barulah bertolak dengan guru-guru iringan masing-masing.

Sementara anak-anak ikut cikgu diaorang, kami laki bini jalan-jalan dating sambil 'cuci' mata la hehe. Bila lagi berpeluang nak berjalan berdua macam ni, santai santai jalan slow-slow tengok gerai jualan. Kalau ada dua orang budak tu, haihhh ... hehehe



Kami parking kereta kat LRT Taman Jaya dan naik bas PJ yang free dari sana. Hari tu kan jalan sekitarnya ditutup untuk laluan kereta, so nak masuk ke dalam tu kena jalan kaki la. Kami sampai sana dalam kul 3 lebih macam tu. Tapi time ni orang tak ramai lagi, mungkin nak elak dari kepanasan petang .. ye la dah la panas kena jalan kaki pulak. Mau terpeleot urat kalau orang jenis tak biasa berjalan jauh huhu ...

bukti matahari terik sampai sepet mataku hehe. 
Lelaki disebelah aku tu ialah pencuri ... 
pencuri hatiku ... cia ciaaa ciaaaaa! haha :p



insan terlebih teruja hehe 


dia kalau dah jumpa baju bundle ... layan habis!











bundle LAGIIII ...!



Di dataran PJ tempat berkumpul untuk pengumuman Malaysia Book of Record bagi acara wefie teramai di Malaysia. Time ni budak-budak sekolah yang terlibat semua dah berkumpul disini.








sungguh aku tak perasan masa bila brader tu toleh 
muka ke belakang hehe :p


with our anak sulung solehah lagi garangggggg :p





Hari tu pun ada persembahan artis seperti Hunny Madu, Amir Jahari dan Altimet. Malam tu pula ada artis lain. Tapi kami dapat tengok yang petang tu punye je la. Cik abe acah-acah nak ajak pi tengok Amy Search dan Zamani Slam pas Isyak, tapi semua terbongkang kepenatan depan tv malam tu hehehe ....

Amir Jahari

Altimet

Aktiviti seterusnya .... roller blade la! Kakak dah aim dah nak main roller blade ngan kengkawan. Maklumla lama tak melayan main huhu. 

RM5 = sejam






Dekat 2 jam jugak layankan diaorang main roller blade. Pak Jelan teruskan misi jalan-jalan tengok gerai jualan. Dan aku tengok-tengokkan dua beradik tu main roller blade di kawasan sekitar. Mira pun dah pandai main sikit-sikit. Tak takut macam dulu dan boleh seimbangkan badan dengan baik kali ni. Bila dah sedap melayan tu, bila terjumpa je orang jual roller blade, mula dia mintak belikan pulak .... huhu T_T

Akhir sekali, tahniah aku ucapkan di atas sambutan PJ FAIR yang ke-4 tahun ni. Tapi diharap next time mungkin pihak yang berkenaan boleh memperbanyakkan lagi gerai-gerai jualan dan melakukan promosi hebahan secara lebih meluas di media sosial. Dan moga next time dapat diperbanyakkan aktiviti atau games untuk pengunjung. Kalau ada mungkin boleh ditambah lagi di masa akan datang.

^^



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


Girasoles para colorear


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.