Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Boat Noodle Jaya One, PJ

$
0
0

Assalamualaikum!


Baru nak try makan #meesampan ni. Maklumla, kalau nak pergi sendiri memang payah nak sampai, mujur kawan ajak boleh la test tekak makan boat noodle ni. Sementara kaum Adam pergi solat Jumaat, kami berlima naik bas free dari PJ ke Jaya One. Jaraknya kalau nak diikutkan memang dekat dah, tapi disebabkan kami naik bas maka jadi jauh la sikit. Pukul 1.00pm baru sampai di lokasi ...huhu.





Ingatkan bila dah sampai sana boleh terus masuk dapat tempat duduk. Sekali tudiaaaa beratur panjang baq hang! Budak sekolah ada, surirumah ada, wanita bekerjaya ada. Sanggupnya diaorang beratur semata-mata nak makan kat sini. Dan sanggupnya kami berlima beratur jugak ... hahaha. Habis tu, dah sampai takkan nak patah balik! Beratur jugak la ... 20 minit gak baru dapat tempat duduk huhu.




Bab order, kami serahkan saja pada pakar. Kalau suruh aku order memang tak tau faham sampai ke sudah hehe. Yang baca menu tu macam faham-faham je baca nak order ape, walhal dia pun tak tau nak order ape gak hahaha :p




Full House!
  

Dalam banyak-banyak iced tea, hat kaler oren tu sedap! Terasa sungguh teh dan manisnya just nice je. Serius, iced tea ni memang memikat hatiku. Green Tea tu pun ramai cakap sedap, tapi aku terpaut pada iced tea lagi hehe.

Mel cakap order 4 mangkuk seorang boleh kenyang dah. So, kami order 4 mangkuk la masing-masing. Ada letak daging atau ayam, nak kuah pedas atau masam. Tapi bagi aku, dua-dua kuah tu sedap! 

Amik order beria bagai, siap tulis kod lagi. Tapi bila sampai ke meja, tak tau yang mana satu sapa punya haha. Kalau dah biasa makan ok la jugak, boleh kenal. Ini baru first time nak try, camkan pada kuah aje la huhu. 



hahahahahaha!


Pastu kak Siti order Sangkaya, kami kongsi makan. MasyaAllah ... roti dia banyak sedap lah! Lembut giler macam sponge cake pun ye jugak. Kaya tu pun sedap .. pekat dan terasa pandannya. Fuhh... makan panas-panas memang terbaik ni!

Meatballs pun kak Siti order, kongsi makan ramai-ramai. Rasa dia biasa-biasa je, takda la boombastic sangat.




Alhamdulillah, kenyang makan #meesampan. Makan kalau semangkuk aje memang tak boleh kenyang, paling kurang kena 4 mangkuk baru bersamaan dengan satu mangkuk besar hehe. Portion pun ok la boleh tahan, takda la muak sangat kalau mee banyak ye tak. 

Tapiiiii .. satu je aku tak puas hati. Deko dalam restoran ok dah, konsep lama konsep kayu. Tapi mangkuk dia sumbing! Takkan tu pun trend jugak?? Hurmm ... next time kasi tukar la mangkuk tu ye. Tak elok la hidang mangkuk sumbing pada pelanggan :(


 

Overall ok la makan kat sini. Total aku makan 4 mangkuk mee + iced tea  lebhi kurang RM16.30 termasuk gst (6%)+service charge (5%). Tapi tu la ... mangkuk sumbing tu yang 'mencacatkan' sedikit selera makan aku. Kalau ada digunakan jugak, mungkin ini kali terakhir la aku makan kat situ.

Kalau korang nak try Boat Noodle kat area PJ, boleh try kat Jaya One. Tapi restoran dia bukan di atas ye, Korang kena turun ke basement parking di level P2.


Boat Noodle Jaya One
Jaya One, 100-P2.033 The School 
No. 72A, Jalan Universiti, 
46200 Petaling Jaya, 
Selangor, Malaysia

Open Hour : 10am-10pm



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES

Trending Articles


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tagalog God Quotes to inspire you


Inggit Quotes and Taray Quotes


Tropa Quotes


Tagalog Movie Hugot Lines


Best Inspirational Love Quotes Collection


Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Cute Crush Quotes and Tagalog Love Text Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Mga patama Quotes tagalog


Mothers Day quotes tagalog


Best Papa jack Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


kasama kang tumanda


Vimeo 11.10.0 by Vimeo.com, Inc.


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Selos Quotes Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes



Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES