Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Hanya yang pernah melaluinya saja yang faham!

$
0
0

Assalamualaikum!


Ya ... hanya mereka yang pernah melalui situasi sebegini saja yang faham keperitan orang lain! Kenapa aku cakap begitu? sebab kami juga pernah mengalami benda yang sama seperti mereka. Dan bila kita berada dalam situasi sebegini, memang tak ramai yang sedia menghulurkan bantuan disaat kita memerlukan ...

Barangkali juga, ada yang lebih selesa mendapatkan bantuan dari kenalan atau pomen berbanding orang yang tidak dikenali. Aku faham ketakutan itu, apatah lagi bila kita berseorangan tanpa teman dengan kereta tersadai di tepi laluan kecemasan.




Tapi di hati ni terdetik juga untuk bertanyakan apakah masalahnya. Paling tidak pun, kita nak tahu apakah bantuan yang diperlukan akan sampai dalam masa terdekat dan apa yang boleh dibantu sementara bantuan sampai. Tak sampai hati pulak kalau tak berhenti sekejap, lagi pulak dia drive sengsorang!

Di laluan paling sibuk pada waktu petang menjelang maghrib, dalam perjalanan ke KL kami terserempak dengan sebuah kereta rosak di laluan kecemasan. Pak Jelan tak boleh tengok benda macam ni, mesti dia tertanya apala yang rosaknye tu. Ye la ... kami pernah duduk dalam situasi ni ... kami tahu memang susah nak dapatkan bantuan dari pengguna jalanraya. Dah la dekat nak maghrib ...kereta rosak pulak. Aduhaiiii .... 




Bila kita offer untuk beri bantuan, kadang-kadang bukan semua orang suka. Ada yang cakap, "takpa takpa, saya dah call husband saya ..." Ok la kalau macam tu. Macam aku cakap tadi, tak semua orang selesa bila orang yang tak dikenali nak beri bantuan. Ada risiko jugak kena tipu ...bukan tak pernah terjadi kan! 

Tapi, muka kami bukan muka penipu 😂😂 Kita faham sangat tekanan pemandu bila keretanya rosak di tengah jalan. Dengan keadaan hari nak gelap lagi ... pada siapa nak minta bantuan? Memang serabut nak fikir benda tu semua pada masa tu ....

Lagi satu kan, kalau kereta korang rosak di tengah jalan benda pertama yang korang kena buat dulu ialah keluar dari kereta dan bukak bonet belakang dan depan. Ini adalah untuk bagitau pada pengguna jalanraya lain bahawa kereta korang rosak.

So, dipendekkan cerita ... kereta akak ni rupanya air radiator dia kering! Dan dia dah call adik dia suh bawa air. Dalam pada tu, kami tuang juga air dari botol yang kami ada. Akak ni dah la sorang-sorang dan nak balik ke Pandan Jaya. Waktu aku tegur nak tanya kenapa, dia tengah bercakap dengan adik dia dalam phone. Tapi mujurlah, dia tak 'halau' kami ...😂😂

Lebih kurang 10 minit, adik dia pun sampai dengan bekalan air. Dan kami pun mohon diri untuk pulang. Tersenyum lega akak tu sambil salam dan ucap terima kasih. 

P/S : Teringat waktu tayar motor pancit depan sekolah Kuen Cheng, Jalan Syed Putra dan kami terpaksa berjalan kaki dari sana sampai stesen minyak Esso (sekarang Petron) depan MidValley. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


Tropa Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE