Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149
↧

Aku yang 'mengganas' ke ... Chilindo yang 'mengganas'?

$
0
0

Assalamualaikum!


Bungkusan Chilindo kedua telah pun selamat sampai ke pangkuan haha! Kali ni keterujaannya lebih sikit dari bungkusan yang pertama, sebab barang yang aku nak telah berjaya aku dapatkan. Lagipun, kita bid murah-murah je wak ikut bajet sendiri. Kalau dapat .. dapatla. Kalau tak berjaya, cuba bid lagi haha! Kalau ikut tips macam mana nak bid dengan selamat, insyaAllah tiada penyesalan ...gituuuu.



Dah masuk kali kedua aku beli barangan di Chilindo, tapi setakat ni tiada masalah dari segi penghantaran. Lepas checkout, ko tunggu la 3 hari dia akan update melalui sms dan call ko cakap barang on the way. Sebab tu aku suka guna COD walaupun terpaksa bayar RM12 huhu.

Dari segi jumlah barangan, alhamdulillah tiada yang tak cukup setakat ni. Lapan barang aku beli, lapan barang jugak yang berjaya sampai ke tanganku.Β 

Banyak barang yang aku teringin nak dapatkan dari Chilindo ni. Tapi memula macam tak yakin je nak bid, jadi kali ni bila dah yakin aku teruskan niat dihati. Ingat! yang penting kita jangan gopoh nak dapatkan barang tu cepat dan usaha untuk bid ikut harga atau target yang kita nak. Kalau korang ikut tips-tips ni insyaAllah nanti boleh repeat lagi ..opsss haha! Aku tahu banyak isu pasal chilindo ni. Baca komen dia kt fb pun dah cukup 'menggerunkan'. Tapi setakat ni alhamdulillah bagi aku.

Antara barang-barang yang berjaya aku bid di chilindo ....

Tripod OctopusΒ 

Tripod Octopus ni senang nak amik gambar haha. Kalau suruh my kenit tu amik gambar asyik bergoyang je huhu, so ada tripod kecik ni bolehlah 'ikat' kat besi dan senang la sikit nak amik gambar apapun kan.


Pengupas Nanas

Aku pun tak tahu la kenapa aku bid pengupas nanas ni haha. Tetiba boleh menang pulak. Mujur hanya RM2.50 je harganya haha.Β 


Lampu Parti Mini LED


Haaaa lampu parti memula aku pun tak tau la kenapa aku bid. Tapi lepas Pak Jelan try pasang ...whoaaaaaa hou leng arrrr! Kalau nak rasa efek disko dalam umah sekali sekala bolehlah pasang lampu ni hehe.


Lampu Perkhemahan


Berbaloi gak bid lampu khemah ni. Cahanya terang dan boleh caj tenaga samada melalui tenaga solar atau elektrik.


Pembersih Vakum Kereta


Pembersih vakum kereta ni memang dah lama aku aim kat chilindo. Aku beli khas untuk Pak Jelan supaya dia boleh vakum dalam kereta dengan jayanya. Aku bid dapat harga RM13.20, kira ok la tu kan hehe.


Kotak Makanan Elektrik


Haaaa kotak makanan elektrik ni untuk aku la. Senang letak makanan dalam tu, cucuk elektrik dan panaskan. Tapi aku belum sempat nak rasmikan lagi bekas makanan ni. Tunggu la aku bawa bekal makanan nanti ye hehe.


Bekal Makanan


Bid bekal makanan ni untuk Mira, sebab dia punya bekal makanan asyik tertinggal kat sekolah. Bila bawa bekal, aku bagi dia bekal plastik putih yang transparent tu. Kesian pulak tengok muka asyik monyok je kan sebab bekal tak lawa haha. Tu la ... siapa suruh tinggalkan bekal di sekolah. Mujurlah ibu teringat terus cuba bid bekal makanan ni dengan harga hanya RM3!


Dapur Gas Satu Kepala

Dapur ni opkos untuk aku jugakla. Ingat nak gunakan untuk goreng simpul kasih aku tu. Senang boleh aku menggoreng sambil duduk atas lantai hehe. Yang ni aku bid RM25.90, paling tinggi dalam 8 barang ni. Aku memang bajet bawah RM30 pun untuk dapur ni.

So, itu je la barang yang aku berjaya bid di chilindo. Memang tiap-tiap satu barang tu aku dah target berapa aku nak bid. Bila dah dapat barang yang aku nak ni, rasanya dah cukupla kot buat masa ni hehe. Tapi tak tahu la ... di masa akan datang, kot-kot terrrrjumpa barang lain yang berkenan di hati ke ... kan kan kan πŸ˜‹


↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES

Trending Articles


Vimeo 11.10.0 by Vimeo.com, Inc.


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Mga patama Quotes tagalog


Tagalog God Quotes to inspire you


Best Papa jack Love Quotes


Tropa Quotes


Tagalog Movie Hugot Lines


Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Cute Crush Quotes and Tagalog Love Text Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Patama Quotes at Selos Quotes


Mothers Day quotes tagalog


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Inspirational Love Quotes Collection


Inggit Quotes and Taray Quotes


Selos Quotes Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes



Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES