Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Hari Anugerah Cemerlang 2017

$
0
0

Assalamualaikum!


Walaupun anak-anak ibu belum layak lagi untuk menduduki UPSR, tapi bila mengetahui keputusannya bakal diumum esok, ibu pun ikut sama jadi berdebar. Apapun keputusannya, moga semua ibubapa dan murid yang terlibat dengan UPSR diberikan ketenangan saat menerima slip peperiksaan. 

Bukan mudah untuk maintain keputusan cemerlang setiap tahun. Pembelajaran sekarang makin lama makin mencabar. Bukan saja mencabar untuk anak-anak, tapi untuk ibubapa juga. Kakak dan Mira pun ada 'pasang' dan 'surut' diaorang, sebab itu kami tidak meletakkan harapan yang tinggi pada anak-anak untuk score semua A. Cukuplah mereka faham dan perbaiki kelemahan masing-masing. Tapi kalau cemerlang, itu adalah bonus buat mereka dan kami sebagai ibubapa tumpang gembira.

Minggu lepas adalah hari anugerah cemerlang di sekolah diaorang. Alhamdulillah, tahun ini mereka berdua diberikan peluang sekali lagi untuk naik ke pentas menerima sijil cemerlang. Ibu ayah ucapkan tahniah pada kakak dan adik. Semuanya atas usaha kamu sendiri dan juga didikan cikgu. Tanpa cikgu, kamu mungkin takkan berada di atas pentas hari ini. Hormatilah cikgu walau dimana kamu berada. Pantang ibu kalau anak-anak kurang ajar dengan cikgu. 



Ibu dan ayah tidak ingin mendesak kamu untuk dapat tempat pertama hingga ketiga setiap kali peperiksaan. Ibu dan ayah hanya mahu anak-anak kami improve dalam semua subjek. Kalau sebelum ini, Bahasa Inggeris kakak kerap dapat 60% kebawah, tapi untuk peperiksaan akhir tahun darjah 4 kakak dapat 78% iaitu B. I was very proud when you told us that!😍Ibu tahu ia subjek yang tough untuk kakak, tapi kami bersyukur bila usaha kakak selama ini dengan bantuan guru membolehkan kakak dapat B. Apa yang membuatkan kami lebih terharu, kakak terima anugerah pada hari itu atas kecemerlangan dalam subjek B.M Pemahaman! Tahniah sayang! Ada hikmah rupanya bila ibu marah-marah ibu cakap,"fahamkan bahasa melayu!".... faham sungguh rupanya dia hehehe.

Sama juga dengan adik, tahniah untuk adik yang terima anugerah cemerlang untuk subjek Pendidikan Islam. Adik banyak belajar dengan kakak di rumah. Kadang-kadang adik tension kena marah ngan kakak hehe, tapi ibu bangga dan terharu adik masih boleh perform dengan baik di sekolah. Cuma ibu harap, tahun depan adik kurangkan bab merengek-rengek tu ye hehe.



Tahniah sayangsssss!



I know I have said this to both of you, but just to make it a record .... tahniah kakak dan adik! Kakak dapat nombor 8 dalam kelas dan Mira dapat nombor 5. Untuk sekolah agama pula, kakak dapat nombor 9 dan Mira dapat nombor 6. Rapat-rapat pulak nombornya ye hehehe. Kamu berdua masih ada banyak masa untuk improve diri dalam pembelajaran. Ibu tahu kakak dan Mira suka pergi perpustakaan, insyaAllah I'll make the time for you next year ok.

Moga semangat untuk belajar rajin-rajin terus utuh dalam jiwa kamu berdua. Sayangilah ilmu dan orang yang memberikan kamu ilmu. Teruskan usahamu ye anak-anakku ...

We love you!💗💗


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.