Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Oleh MBI Selangor

$
0
0

Assalamualaikum!


Inisiatif untuk meringankan beban golongan sasaran diteruskan lagi dengan misi Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI). Bantuan pakaian seragam sekolah dan alat tulis untuk anak-anak sempena sesi persekolahan 2018 dilihat sebagai salah satu langkah yang proaktif untuk memastikan bantuan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran.

Baru-baru ini, aku berpeluang menyaksikan majlis penyerahan pakaian seragam sekolah rendah bagi sesi 2018 di SACC MALL, Shah Alam sebelum persekolahan bermula minggu depan. Seperti yang aku telah kongsikan di SINI, MBI mensasarkan seramai 55,000 penerima dan sangat komited untuk memastikan bantuan yang disalurkan diterima terus kepada penerima. 




Sebelum itu Ketua CSR MBI, Ustaz Jaafaruddin Md Ali menyatakan bahawa sumbangan bantuan pakaian seragam sekolah ini diharap dapat meringankan beban mereka yang memerlukan terutama yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Walaupun bantuan bukan dalam bentuk duit, namun sumbangan pakaian seragam sekolah menjadi keutamaan memandangkan harganya yang agak tinggi di pasaran sekarang.


Ketua Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) MBI, Ustaz Jaafaruddin Md Ali

Majlis penyerahan pakaian seragam sekolah ini turut menyaksikan wakil dari 22 buah sekolah sekitar Selangor yang terpilih yang hadir untuk menerima sumbangan tersebut. Sebenarnya, sejak dari November lagi penyerahan pakaian seragam sekolah telah pun diagihkan kepada mereka yang memerlukan.


Antara wakil sekolah yang hadir menerima sumbangan dari MBI

Antara wakil sekolah yang hadir menerima sumbangan dari MBI

Antara wakil sekolah yang hadir menerima sumbangan dari MBI

Turut hadir di majlis penyerahan pakaian seragam sekolah ini ialah saudara Fairuz Ramdan (itsfr), pereka tempatan yang sangat berbakat dan mempunyai jenama pakaian beliau sendiri. Beliau bertanggungjawab mereka pakaian sekolah untuk sumbangan dibawah jenama FR Junior (FR Junior Official).


Fairuz Ramdan

Semoga dengan adanya inisiatif yang baik seperti MBI ini, ia memberi manfaat yang berterusan kepada mereka yang memerlukan. Moga usaha murni dan keprihatinan oleh MBI dan Kerajaan Negeri serta semua pihak yang terlibat menjayakan misi Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) ini dapat diteruskan di masa hadapan demi memastikan kebajikan rakyat terpelihara senantiasa. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES

Trending Articles


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tagalog God Quotes to inspire you


Inggit Quotes and Taray Quotes


Tropa Quotes


Tagalog Movie Hugot Lines


Best Inspirational Love Quotes Collection


Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Cute Crush Quotes and Tagalog Love Text Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Mga patama Quotes tagalog


Mothers Day quotes tagalog


Best Papa jack Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


kasama kang tumanda


Vimeo 11.10.0 by Vimeo.com, Inc.


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Selos Quotes Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes