Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

D'Tone & D'Green - Tips Langsing Secara Sihat & Semulajadi!

$
0
0

Assalamualaikum!


Tubuh yang sihat dan langsing memang menjadi idaman semua wanita! Sebab tu kaum wanita sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam aspek kecantikan dan kesihatan demi untuk mendapatkan bentuk badan yang diimpikan.

Korang nak dapatkan bentuk badan yang cantik dengan cara yang sihat dan semulajadi tak? Baru-baru ini aku berpeluang mencuba sendiri produk minuman kesihatan Senze iaitu D'Tone dan D'Green dalam usaha untuk kelihatan lebih slim dan sihat! 



Menarik bukan ....! jom aku tunjukkan bagaimana!


D'Tone - membakar lemak secara semulajadi


Suplemen pelangsing semulajadi yang dibuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan. Kualiti produk ini membantu mencegah penyerapan kalori berlebihan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Pengambilan D'Tone yang konsisten untuk tempoh yang lama tidak perlu melalui diet yang menyeksakan.





Kandungan istimewa D'Tone antaranya, soya putih, Garcinia Camboggia, enzim buah-buahan, Acerola Cherry dan buah markisa. Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, kandungan bahan semulajadi dalam D'Tone akan membantu membakar lemak dan meningkatkan aktiviti metabolisme badan.

Kebaikan D'Tone :
a) mempercepat proses pembakaran lemak dan menyekat pengumpulan lemak dalam badan
b) meningkatkan aktiviti enzim dan metabolisme badan
menjadikan kitaran hormon kembali normal
c) mengurangkan penyimpanan air dan edema dalam badan




Cara pengambilan : Suplemen D'Tone didatangkan dalam bentuk sachet, boleh diambil 1 hingga 2 sachet setiap hari. Hanya perlu tuangkan ke dalam shaker bersama air masak dan digoncang sempurna sebelum diminum pada waktu pagi.

Ia boleh diamalkan sebelum atau selepas makan pagi. Sebaiknya korang amalkan sebelum sarapan pagi untuk menghalang penyerapan kalori berlebihan yang boleh menyebabkan pengumpulan lemak. Lagipun, ia akan membantu melancarkan penyerapan nutrisi dan proses penghadaman. Pada sesiapa yang mempunyai masalah penghadaman atau tekanan darah rendah, D'Tone sesuai diamalkan selepas sarapan pagi untuk terapi kesihatan diri.




                         
D'Green - Buang toksik dalam badan secara sihat

Suplemen yang mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi ini memudahkan proses pendetosifikasi dalam cara yang lebih sihat dan mudah! Ia membenarkan tubuh kita menyerap lebih banyak nutrisi dan mengekalkan tahap kecergasan.





Khusus untuk menyahtoksik dan menyekat penyerapan lemak serta menurunkan kadar kolesterol, D'Green diperkayakan dengan Pektin, Bromelain(enzim nanas) dan teh hijau yang bertindak sebagai antioksidan

Kebaikan D'Green :
a) meningkatkan peristalsis usus dan mencegah sembelit
b) membuang toksin dan radikal bebas dari badan dengan berkesan
c) meningkatkan sistem imunisasi dan memperbaiki penyerapan nutrisi




Cara pengambilan : Suplemen D'Green boleh diambil 1 hingga 2 sachet setiap hari. Hanya perlu tuangkan ke dalam shaker bersama air masak dan digoncang sempurna sebelum diminum pada waktu malam.

Ia boleh diambil sebelum atau selepas makan, terpulang kepada kesesuaian korang. 





Selain kandungan bahan yang semulajadi, produk tempatan keluaran Herba Setia Marketing (M) Sdn Bhd ini mempunyai pengesahan HALAL oleh Jakim dan sijil GMP yang diiktiraf. Jadi, korang tak perlu ragu-ragu untuk mengambilnya.


HARGA

D'Tone : RM165/sekotak (20 sachet)
D'Green : RM165/sekotak (20 sachet)






Aku berpeluang mencuba dan merasakan sendiri pengalaman mengambil minuman suplemen kesihatan D'Tone & D'Green selama dua minggu. Aku sukakan rasa manis buahnya yang sedap dan tidak meloyakan tekak. Ia memudahkan proses pembuangan toksin dalam badan tetapi tidak mengganggu perut. Malah, aku cepat rasa kenyang dan badan terasa ringan.

Minuman suplemen D'Tone & D'Green sangat sesuai untuk mereka yang vegetarian dan ia selamat diminum tanpa kesan sampingan atau ketidakselesaan pada perut. Pengambilan secara konsisten dan minum air secukupnya insyaAllah akan memberikan hasil yang diidamkan!

Bagi korang yang nak mencuba dan nak tahu lebih lanjur tentang produk suplemen D'Tone & D'Green, korang boleh layari :


Facebook : Senze.my
Laman Web : www.senze.my
Email : admin@senze.my



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tropa Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear