Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Soal Selidik Ibubapa | Kajian Keperluan Perlaksanaan Peperiksaan Bagi Murid Tahap 1

$
0
0


Assalamualaikum! Minggu lepas cikgu kelas Mira ada kongsikan mesej di group WhatsApp kelas Mira tentang kajian soal selidik mengenai perlu ke tidak diadakan peperiksaan untuk murid-murid Tahun 1, 2 & 3. 

Ye la ... peperiksaan ni pun satu isu besar juga dikalangan ibubapa dari dulu lagi. Ada ibubapa yang kesian tengok anak-anak dari darjah 1 dah kena 'tekan' dengan peperiksaan di sekolah. Dari awal lagi, diaorang dah kena study hard untuk dapat markah tinggi untuk setiap subjek. Tu belum kena tekan lagi dengan ibubapa yang berkeras nak anak-anak dapat cemerlang di sekolah setiap kali peperiksaan. Kalau keputusan gagal atau kaler merah, mula la balik kena bebel sebab banyak main di sekolah.



Kajian soal selidik ni untuk ibubapa yang ada anak bersekolah dari Tahun 1 hingga Tahun 3 sahaja ye. Sebab Kementerian berkenaan ingin dapatkan pandangan ibubapa bagi menambah baik sistem pembelajaran sedia ada supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua murid dan memastikan ia tidak membebankan mereka. 

Bagi aku pula secara peribadi, takda masalah pun sebenarnya kalau nak teruskan peperiksaan formal ni. Cuma yang aku minta mansuhkan ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun tu je la. Setahun sekali je amik peperiksaan besar iaitu buat terus peperiksaan akhir tahun. 

Kalau takda peperiksaan langsung macam mana pulak kita nak tahu prestasi akademik diaorang di sekolah. Bagi aku peperiksaan tu masih perlu untuk diaorang cuma mungkin perlu ditukar konsepnya kepada yang lebih baik. Yang tu biarlah orang bijak pandai yang uruskan.




Ingat, dateline isi borang kali selidik ni hanya SEHINGGA 31 OGOS 2018 sahaja. So, korang kalau belum isi boleh la ke link di bawah ni ye. Mohon tolong sharekan info ni pada ibubapa yang lain ya jika mereka tak tahu. Terima kasih.


Untuk IBUBAPA & PENJAGA : bit.ly/formal_ibubapa

Untuk Guru : bit.ly/formal_guru


Love,

Hanim

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.