Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149
↧

Idea Baju Bendera | Dari Jubah Ke Gaun Bendera

$
0
0

Assalamualaikum! Ni kali pertama ibu terlibat secara langsung dalam pembikinan baju bendera anak-anak. Bukan senang ok! Jenuh nak mikir idea macam mana nak reka baju diaorang ni. Memula baju Mira sebab Mira nak pakai 30hb Ogos untuk sekolah agama. Konsepnya baju bendera dan menutup aurat.

Kita pun apa lagi ...google la tengok design contoh baju mak-mak lain tu buat. Adehhh ...semua pakat jahit mesin, memang la lawa elok cantik baju tu. Ibu ni apa tau ... jahit sembat reti la haha. Sekali ibu tengok ada orang share pasal tampal tampal baju ni. Haaa apo layi ... ibu pun cengggggggg!




Konsep kita bukan nak menang pertandingan, tapi asal baju tu ada bendera sudah hehe. Tapi anak masuk sebab nak menang ..acaner tu? haha! Takpela ...kita siapkan dulu bajunya ye. Menang kalah belakang kira. Disebabkan ibu tak reti buat baju terus dari kain bendera, mari kita olah dan tambah props untuk jubah Mira jadi gaun bendera ala-ala princess gitu.

Mira nak pakai jubah katanya, so permulaannya adalah sehelai jubah biru. Cadangan asal nak jahit je satu kain bendera tu kat jubah tu, tapi pasal banyak sangat kena jahit, maka idea tu kena cancel hehe. Konsepnya kita nak kurangkan menjahit.




Macam-macam props ibu gunakan untuk buat gaun bendera Mira ni. Kejap masuk kedai dua ringgit, kejap masuk kedai benang cari hiasan. Akhirnya, ibu beli kertas berkilat tu dan bunga mangga rambu ramba hehe.





Disebabkan ibu jahit tak berapa kemas, ibu tambahkan rambu ramba merah tu untuk kasi tutup kehodohan jahitan ibu hehe. Lagipun budak lain tak pakai rambu ramba ni kan. So, ibu mencipta kelainan sikit disamping nak tutup jahitan yang senget benget tu. Yang bestnya, ibu kena jahit sikit je kat bahagian bawah jubah, so takda la guna satu bendera terus. Tapi disebabkan ibu first time buat dan kekok sikit, 2-3 helai jugak bendera 'dikorbankan' untuk bahagian bawah ni je huhu.


Beli lagi props tambahan


Kat dada tu dah ada 'bulan' dan 'bintang', tapi bila dari jauh nampak malap je. So, ibu kasi lekat 'batu permata' kat tepi-tepi dia tu. Barulah ada shining sikit maaaaa.




Untuk hiasan di kepala pulak, Mira pakai tudung hitam. pastu ibu buatkan cekak kasi lilit rambu ramba merah tu lagi. Pastu ingat ooohhh kita merdeka dah 61 tahun kan, ha ok ibu kasi pacak nombor '61' atas cekak hehe.

Guna apa untuk nombor '61' tu? kita guna lilin kek je wak beli kat kedai My One Shop haha ... itu je yang ternampak di depan mata dan terlintas di fikiran haha.



Inilah hasilnya!


My girl πŸ’—


Ini je lah yang termampu ibu buat untuk Mira hehe. Mujurlah kurang menjahit dan kurang kain digunakan. Disebabkan jubah ni dah ada kaler biru so ibu tampal tampal jahit sikit-sikit je untuk jadikan ia lebih menarik. Mira punyalah happy bila baju dia siap. Siap cakap,"sayyyyyanggggg mama ...terima kasih mama buatkan baju Mira!" alahaiii ... hilang penat timbul sebak terharu cair ibu dengar anak hargai apa yang ibu buat.

Love you too,

Ibu

↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


β€œTado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Boy Banat Patama Tagalog Love Quotes for you


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear