Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Penting Ke Bahasa Arab?

$
0
0

Assalamualaikum!


Bila kakak masuk darjah satu dan Bahasa Arab termasuk dalam subjek matapelajaran yang wajib diambil, ibu akui ibu agak gelisah pada mulanya. Jujur, ibu bukanlah seorang yang mahir dalam Bahasa Arab ni. Kalau subjek Matematik, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi dan lain-lain tu insyaAllah ibu sedia membantu .... tapi Bahasa Arab .... ibu akui kelemahan besar ibu di situ ....

Tapi, alhamdulillah walaupun ibu dan ayah bukanlah tempat rujukan yang sempurna untuk subjek Bahasa Arab, kakak tidak pernah menunjukkan rasa beban mempelajarinya di sekolah mahupun ketika menyiapkan kerja sekolah di rumah.

Sebaliknya, kakak pula yang jadi 'cikgu' dan mengajarkan ibu nama-nama dalam Bahasa Arab! Time ulangkaji, kakak akan bawa buku kerja Bahasa Arab dan duduk di depan ibu sambil sebutkan sesuatu perkataan tu beserta maknanya sekali. Secara tak langsung, ibu pun terjebak sama belajar Bahasa Arab dari kakak hehe ...

Tiada paksaan untuk anak-anak belajar Bahasa Arab sebenarnya. Kepentingannya sama saja seperti matapelajaran lain, seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Tapi bagi ibu, bukanlah ia patut dilihat dari sudut kepentingan menguasai bahasanya saja, tapi sejauh mana anak-anak ibu boleh belajar mencintai bahasa pertuturan Nabi junjungan kita, Nabi s.a.w ...




Jangan kerana ibu dan ayah tak tahu Bahasa Arab, anak-anak ikut sama tak mo belajar. Selagi boleh belajar, belajarlah. Takkan pernah merugikan pun .. malah mana tahu anak-anak kita boleh score dalam matapelajaran Bahasa Arab. Jangan sesekali pandang rendah pada subjek ini, hanya kerana kita tidak menuturkannya seperti Bahasa Inggeris dan bahasa lain setiap hari. Walaupun ia tiada kepentingan dari sudut kehidupan seharian, tapi ia menjadi satu kelebihan untuk sesiapa yang menguasainya...insyaAllah!

Sekarang ni, ibu tengah dalam proses nak mengajar Mira mencintai Bahasa Arab. Memang dia agak 'berat' nak terima pelajaran baru ni pada mulanya, tapi takpe sayang ... perlahan-lahan kita kayuh k. Macam malam tu, ibu ajar Mira nombor 1 sampai 10 dalam Bahasa Arab, alhamdulillah walaupun terlupa sikit-sikit tapi lancar juga dia menyebutnya, cuma ada masa dia .....






.... lain ajar sebut, lain yang keluar bunyinya hahaha....



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES

Trending Articles


Vimeo 11.10.0 by Vimeo.com, Inc.


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tagalog God Quotes to inspire you


Inggit Quotes and Taray Quotes


Tropa Quotes


Tagalog Movie Hugot Lines


Best Inspirational Love Quotes Collection


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Selos Quotes Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Mga patama Quotes tagalog


Mothers Day quotes tagalog


Best Papa jack Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


kasama kang tumanda


Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Cute Crush Quotes and Tagalog Love Text Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes



Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES