Assalamualaikum! Borang permohonan penempatan sekolah (BPPS) dah keluar pun minggu lepas. Pejam celik pejam celik Hazwani nak masuk sekolah menengah pulak ye. Mula la ibu ni nak hiba, sebak, sedih ni. Anak yang ditatang selama 12 tahun dalam sedikit masa lagi bakal melangkah ke fasa baru alam sekolah menengah.
Agaknya kebanyakan mak-mak pun macam ni kot ha. Perasaan tu bercampur-baur. Kita dok kata dia kecik lagi, tapi sebenarnya dah besar panjang! Esok masuk sekolah menengah, besok lagi masuk universiti, besok lagi dah keje, besok lagi dah kawen huhu.
Walaupun dalam kepala ibu dah ada beberapa sekolah yang sesuai untuk kakak, tapi semuanya bergantung kepada keputusan UPSR kakak nanti. Ibubapa mana yang tak nak terbaik untuk anak mereka kan. Kalau dapat MRSM atau SBP itu adalah rezeki kakak dari Allah atas usaha, doa dan tawakal.
Nanti dah masuk sekolah menengah, pe'el lain pula nak kena hadap ni hehe. Jangan macam-macam ye kakak, belajar rajin-rajin tau. Awak akan dapat lebih ramai kawan-kawan baru dan guru-guru baru. Mudah-mudahan semua dipermudahkan untuk anak-anak ibu aaminn...
Alumni SMK Convent Jalan Peel & SMK Aminuddin Baki KL,
Ibu
