Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Temankan Kakak Jalani Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019

$
0
0

Assalamualaikum! Selain dari peperiksaan UPSR dan PSRA yang kakak perlu ambil tahun ini, ada satu lagi ujian yang penting iaitu Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019. Ujian ini penting bagi membolehkan kakak layak masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. 

Pusat ujian untuk UKSBP2019, ibu pilih dekat dengan rumah. Yang dekat ada, buat apa nak pergi yang jauh hehe. Lagipun ibu risau mana la tau kot-kot tak sempat sampai ke pusat ujian kalau pilih yang jauh-jauh ni.

Tapi dalam pada kita berjaga-jaga tu, boleh terlambat juga! Perasan dekat kertas tu macam start pukul 2.30pm. Keluar rumah 1.45pm kira sempat la nak mendaftar kan. Sekaliiii .... pandang surat tu balik rupa-rupanya ujian start pukul 2.00pm! Arghhhh...time tu jugak darah ibu memecut dari hujung kaki ke hujung kepala!


Dari rumah pukul 1.45pm, jarak 1KM tu terasa macam 10KM tau dak haha. Dah la time tu tengahari jalan sesak. Mendaftar kena 45 minit sebelum ujian. Dia punya gigil nak tunggu sampai ke destinasi tu macam kena sesak nafas. Anak tak gelabah, ibu yang gelabah! hehe.

Lagi 5 minit kami sampai kat Sekolah Menengah Aminuddin Baki. Hai sekolah lamaku hehe. Tapi masa tu takda fikir lain dah, cuma nak cari tempat pendaftaran kat mana. Mujur lah masa ni, ramai lagi parents yang baru sampai ...alahaiii hahaha. Ibu ingatkan ibu ngan kakak je lambat rupanya ado layi lambat dari kami!


Yeaaa semua yang beratur ni kes terlambat haha

Anak ibu dua orang je, tentulah ibu akan ada disebelah meneman dan memberi sokongan pada kakak. Malah, kami semua ambil 'cuti' hari tu semata-mata nak temankan kakak. Sebak pula bila tengok anak yang sulung dah besar panjang macam ni. Pipi gembol tu masih tak hilang lagi ye kakak! hehe.

Pucat, cuak, gigil semua ada tadi! 


Bila tengok barisan yang baru beratur nak mendaftar panjang lagi, hilang terus debaran di dada haha. Maklumla, kita ni anak pertama baru nak merasa ni semua. Kalau boleh nak sampai awal dan tak nak ada masalah. Tapi disebabkan tersalah tengok masa, jiwa kacau terus!

Oh ya, sebelum nak amik UKSBP ni ibu dan kakak dah buat ulangkaji terlebih dahulu. Rupa-rupanya soalan UKSBP ni bukan kaleng-kaleng punya soalan tau haha. Kami bertapa dalam bilik seminggu sebelum untuk buat soal jawab tentang apa saja topik umum seperti sukan, muzik tradisional, kenegaraan dan lain-lain. 

Lepas mendaftar, calon-calon kena duduk sini dulu sebelum dipanggil oleh pengawas (guru ujian)

  
Barang yang perlu dibawa atau boleh bawa masuk dalam bilik ujian ialah MyKad/MyKid, slip UKSBP, alat tulis dan kalkulator. Bila cikgu sebut kalkulator ibu menggelabah lagi! Masa bila pulak diaorg suh bawa kalkulator ni? Dalam slip takda cakap pun huhu. Dah la pengalaman kali pertama untuk ibu dan kakak. Tapi takpelah, ramai je yang tak bawa kalkulator. Tawakkaltuallah dan bismillah banyak-banyak bila kakak jawab ye hehe.


Moral support untuk kakak!


Setia kami menunggu tak sampai satu jam pun. Ramai juga calon-calon UKSBP 2019 yang mengambil ujian di sekolah ni. Sambil-sambil tunggu kakak tu, kami lepak kat kantin sekolah minum petang. Sambil-sambil tu juga mata ni memandang kawasan sekolah yang pernah menjadi tempat ibu menimba ilmu masa Form 6 dulu.

Banyak yang dah berubah. Tak dinafikan zaman persekolahan lah yang paling seronok. Yang stresnya kena hadap buku je kan hahaha. Walaupun ibu hanya belajar selama 2 tahun disini, itulah waktu yang best bagi ibu. Eh tapi kenangan bersekolah di Sekolah Menengah Convent Jalan Peel (1996-2000) lagi tak boleh dilupakan. Jatuh bangun, suka duka, kawan dan lawan ibu disitu hehe. Tak kisahlah, dua-dua sekolah pun ibu suka.

So, UKSBP 2019 setel! Sekarang kakak dah boleh relaks sementara tunggu keputusan UPSR keluar. Kakak dah usaha dan berdoa sehabis baik. Yang tinggal hanya tawakal dan bersedia bila keputusan itu diumumkan nanti. Dan tak mustahil, ibu akan menggigil sekali lagi dari hujung kaki ke hujung kepala!



Love,
Ibu


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES

Trending Articles


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tagalog God Quotes to inspire you


Inggit Quotes and Taray Quotes


Tropa Quotes


Tagalog Movie Hugot Lines


Best Inspirational Love Quotes Collection


Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Cute Crush Quotes and Tagalog Love Text Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Mga patama Quotes tagalog


Mothers Day quotes tagalog


Best Papa jack Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


kasama kang tumanda


Vimeo 11.10.0 by Vimeo.com, Inc.


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Selos Quotes Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes



Latest Images

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 11.10.1 by Vimeo.com, Inc.

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.36 by Lima Sky LLC

CHECKPOINT RULES

CHECKPOINT RULES