Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Taman Tasik Titiwangsa | Kemudahan dah ada, tapi tak reti guna?

$
0
0

Assalamualaikum! Itulah masalahnya dengan orang kita ni. Kemudahan dah disediakan, tapi masih tak reti guna! Tak reti atau buat-buat tak reti? Padahal dah ada simbol tanda di situ, tapi masih juga tak faham? 

Beberapa minggu lepas, kami ke Taman Tasik Titiwangsa untuk beriadah sekeluarga. Dapat peluang lihat dan menikmati kemudahan baru yang disediakan di sana. Landskap pemandangan yang indah dilengkapi dengan kemudahan trek basikal dan trek jogging yang diasingkan sebelah-sebelah.

Kiranya sebelum ni, orang yang menaiki basikal berkongsi trek dengan jogging kan, so sekarang tak perlu sebab ada trek masing-masing. Tapi bukan semua boleh patuh pada peraturan yang sangat mudah.

Trek basikal


Trek jogging/jalan kaki


Peraturan dia mudah je, ikut trek masing-masing. Kalau awak jalan kaki atau jogging, silalah beralih ke trek warna kelabu tu. Kalau awak naik basikal, kau tungganglah di laluan warna merah tu. Susah ke?? Kenapa nak kena butakan mata jalan kaki di kawasan trek basikal? Dah tu orang naik basikal pula kena mengelak awak masuk ke trek jogging. Kalau gitu apa guna ada dua trek di situ??

Rupanya susah kita nak ubat mentaliti orang. Walaupun dah boleh baca simbol, masih juga degil nak ikut kepala sendiri. Aku sendiri mengalaminya ketika naik basikal disana. Sampaikan aku terpaksa 'sound' secara sopan terhadap beberapa pengunjung di situ kerana menggunakan trek basikal untuk jalan kaki. Hok aloh ... disebabkan dia kita pulak kena ikut trek lain.




So korang kalau nak bersukan atau beriadah di Taman Tasik Titiwangsa atau mana-mana taman tasik yang ada kemudahan seperti ini, tolonglah ikut peraturan tu. Mudah je sebenarnya tau dak. Benda simple macam ni kalau kita tak ikut, akan jadi contoh tak baik pada generasi muda. 

Gunalah kemudahan tu dengan baik dan bijaksana. Ok!



Love,

Hanim


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


Girasoles para colorear


Pokemon para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.