Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

$
0
0

Assalamualaikum! Since roti sosej cheese mendapat sambutan hangat dari warga dalam rumah ni, aku ingat nak repeat buat hari ni. Tapi roti tak cukup, so salah sorang dari kami kena keluar pergi kedai cari roti gardenia.

So cik abg la kena pergi. Aku kirim beli bawang besar dan bawang merah sekali. Dalam tiga barang yang aku pesan, satu barang je yang betul sampai....bawang besar. Giler ah! bawang merah dan roti gardenia cukup susah nak jumpa sekarang ni yek.

Spesis terancam ke ape ni?? Diaorang cakap barang keperluan semua cukup, tak perlu panik. Dah tiga hari kitaorang mencari roti (apa-apa jenama) tapi rak roti kat semua kedai licin!




Rupanya hari ni, pihak Gardenia keluarkan kenyataan bahawa pengeluaran roti mereka telah sampai ke paras maksima. Patutlaaaaa tiga empat hari ni payah nak jumpa sebuku roti! Laris macam pisang goreng panas!

Jangan kan kata jenama Gardenia, jenama lain pun tak nampak di rak-rak pasaraya, kedai runcit, stesen minyak. So nak kena panik ke macam mana ni? hahaha. 

Pada mereka yang rembat roti sekali 4-5 buku tu insaflah. Fikirlah sama untuk orang lain yang nak juga makan roti. Kena buat macam minyak masak paket tu, seorang hanya boleh beli 2 paket je baru tak berebut. 



Hari ni kes kematian akibat Covid-19 terus meningkat dengan 14 kematian. Rekod positif Covid-19 pun naik sampai 212 kes. Benda kita tak nampak dengan mata kasar ni memang menakutkan. Bukan kat luar je kita kena hati-hati, tapi kat opis pun kena sentiasa bersih.

Terima kasih bos sediakan hand sanitizer dan glove untuk geng operasi. Sebelum mulakan tugas habis aku lap meja, keyboard, mouse, telefon dan kerusi dengan Dettol. Lantai bilik rehat pun mop. Tombol pintu keluar dan masuk, butang lif pun aku lap sekali. Better be safe than sorry. Orang nak kata paranoid ke ape ke lantaklah.




So korang yang kena duduk di rumah duduklah diam-diam jangan keluar jika tak perlu. Ambil peluang ini untuk berada disamping keluarga. Jangan pandang remeh dan perlekehkan perintah PKP. Biar kami yang kena kerja ni je keluar. Demi tugas dan tanggungjawab. Sama-sama kita bantu frontliners kita putuskan wabak Covid-19 ni.


#StayAtHome #Covid-19 #KitaJagaKita #RestrictionMovementOrder

Love,

Hanim


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


“Hanggang s apag tanda natin”


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


FORTUITOUS EVENT


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Top 100 Tagalog Love Quotes Collections Online


Girasoles para colorear


Tropa Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE