Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Hari ke-7 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

$
0
0

Assalamualaikum! Sudah tujuh hari kita semua (kecuali aku sebab kena pergi kerja) dibawah perlaksanaan PKP. Tinggal lagi seminggu je Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Samada ia akan dilanjutkan ke bulan April atau tidak tak tahu lagi. 

Paling menyedihkan ada antara frontliners kita seperti doktor, jururawat dan polis turut disahkan positif Covid-19. Allahuakbar ... kalau barisan hadapan kita ni 'tumbang' bagaimanalah kita nak banteras wabak Covid-19 ni. Kita sangat sangat memerlukan khidmat mereka sekarang.

So please people, jangan menipu sekiranya korang betul pernah berhubung rapat dengan mana-mana kluster yang disahkan positif Covid-19. Jangan perjudikan nyawa frontliners kita demi kepentingan diri sendiri. Mereka juga ada keluarga, anak-anak yang mereka tak boleh sentuh dan peluk. Belum cerita lagi tentang keletihan mereka berbelas jam di hospital dengan pakaian PPE yang tidak selesa, semuanya demi untuk merawat pesakit Covid-19.





Pagi tadi balik kerja terus cari roti buku. Alhamdulillah lepas masuk 3 kedai, kedai ke-4 baru jumpa. Terus cik abg amik dua buku. Bukan ape, kat rumah ni ada 'antu' roti. Kang nak roti telur la, roti cicah milo la, roti sosej la. So carikan jugak la sampai dapat.

Tapi bawang kecil kalau takda, ibunya haru. Dah hari-hari masak mesti guna bawang. Alhamdulillah tadi berjumpa jugak kat mini market kat Angsana Hilir.


Dah dapat barang yang diperlukan, kami bergegas balik. Seperti yang dijangka akan ada roadblock menghala arah KL dari PJ.

Tapi yang aku tak jangkakan adalah barisan panjang di awal pagi dalam tempoh PKP ni. Kebanyakannya orang tua dan tidak seperti mahu ke pejabat! Korang buat ape pagi2 kat luar ni weh? Please stay at home kalau takda tujuan yang penting.

Arah ke Selangor tak banyak kenderaan tapi arah nak masuk KL jem teruk! Takkan semua yang berbaris panjang ni perlu masuk pejabat serentak? Kalau begini rupanya, memang tak mustahil akan dilanjutkan lagi tempoh PKP :(.





Patuhilah arahan PKP untuk dua minggu ni je. Bila rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan, insyaAllah wabak ini akan mati dengan sendirinya. 

The least kita boleh buat adalah dengan memberi sumbangan kewangan juga. Korang boleh menderma sedikit sumbangan untuk membantu KKM membeli alat-alat kelengkapan perubatan untuk para doktor dan jururawat kita.

Nampak tak betapa seriusnya situasi kita sekarang?? So please, stay at home dan menyumbanglah untuk frontliners kita.


#StayAtHome #Covid-19 #KitaJagaKita #RestrictionMovementOrder

Love,

Hanim


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Patama tagalog quotes – Move On Quotes