Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all 1149 articles
Browse latest View live

Vandalisme takkan pernah padam!

$
0
0

Assalamualaikum!


Nama pun kemudahan awam, maksudnya kemudahan yang disediakan untuk kegunaan semua. Bukan kita sorang pakai, dah puas guna kita rosakkan! Bila orang lain nak guna dah tak boleh. Pasaipa tangan tu gatal sangat nak 'usik' barang yang bukan kepunyaan kita? Bukankah itu sudah menyusahkan orang lain yang nak guna barang tu? 


sumber : google

Mesti ramai yang dah tahu tentang perkhidmatan Obike ni kan? Kalau korang nampak basikal rupa macam ni ada tersedia di kebanyakan kawasan terutama di KL. Basikal ni memudahkan kita untuk pergi ke satu-satu tempat kalau kita teringin nak berbasikal, terutama kepada pelancong. Tapi orang awam pun boleh guna asalkan ko ada aplikasi Obike di smartphone. Download kat Play Store dan ikut arahan untuk gunakannya.

Seperti mana-mana kemudahan awam lain, kita diajar untuk menggunakannya secara berhemah dan tidak merosakkannya supaya orang lain boleh gunakan juga. Kemudahan dah ada ... kita jaga je la dan gunakannya dengan baik. Itu pun susah ke??




Tapi kalau dah rupa begini, apekejadahnyeeeee! Basikal macam ni pun orang nak rosakkan. Apa yang ko dengki sangat dengan basikal ni ha? Aku ingat baru nak guna, pergi dekat tengok jadi macam ni pulak. Langsung berjalan kaki aku ke kedai Zam! Grrrr ...

Vandalisme takkan pernah padam selagi ada tangan-tangan 'berkudis' yang berhati busuk seperti ini. Asal barang tu bukan dia punya, bila dah habis guna dia takkan kisah! Bila takda susah, bila diadakan dirosakkan pulak! Orang yang buat macam ni baik dicabut kepalanya macam mana dia cabut seat tu kan.


Kedai Jual Koleksi Diecast Hotwheels, Greenlight, Nascar dan banyak lagi di PJ

$
0
0

Assalamualaikum!

Sepertimana orang perempuan suka kumpul barang macam barang kemas, barang Tupperware, set pinggan mangkuk dan macam-macam lagi, orang lelaki pun ada hobi mengumpul juga. Suami korang ada yang suka kumpul kereta mini macam ni tak? Kalau ada, meh aku nak shareport baik punya untuk korang dapatkan koleksi diecast yang menarik!

Hari tu aku dah kongsikan lokasi TT Jam yang aktif untuk pengumpul-pengumpul diecast tegar. Disanalah sellers dan collectors berkumpul dan memperlihatkan koleksi kereta masing-masing dari pelbagai jenama seperti Hotwheels, Greenlight, Nascar, The Hobby Shop dan banyak lagi. Bagi yang baru berjinak-jinak nak kumpul diecast atau sedang mencari kedai yang jual dengan harga yang terbaik, aku rekomen korang untuk usha koleksi di Toys R' Yours, Kompleks C Petaling Jaya ni.










Macam-macam koleksi diecast korang boleh jumpa disini. Bagi pengumpul tegar, kedai ni macam 'syurga' bagi mereka untuk release tension haha. Rambang mata juga dibuatnya bila tengok satu-satu, rasa nak beli semua!

Nak yang carded? Nak yang loose? semua ada di Toys R' Yours ni. Sambil-sambil usha kereta, lori, korang boleh order makan dan minum kat sini. Diaorang bukan sekadar menjual diecast, tapi diaorang juga ada menjual acrylic case dan rak untuk meletakkan koleksi diecast. Haaa collectors wajib ada rak kereta macam ni, senang nak susun koleksi kereta, nampak cantik, kemas dan tersusun je nanti. 


rak 18 slot untuk diecast

acrylic case








Ni baru sikit je aku tunjuk, kalau nak tengok lagi korang boleh singgah di Toys R' Yours, Kompleks C Petaling Jaya. Barang cun harga lagi bertambah cun! InsyaAllah korang puas hati punye lah :)

Kalau korang belum pernah sampai sini, korang boleh je naik LRT turun Taman Jaya. Jalan kaki 5 minit ke Kompleks C dah sampai.




Toys lain pun ada dijual disini seperti action figure dan yang sewaktu dengannya. Atau sekadar nak beli toys pun boleh. Bolehlah beli sekali toys untuk anak-anak kan. Bapa layan diecast, mak layan Correll, anak layan toys. Yang penting, kita saling support hobi pasangan dan anak-anak. Barulah hidup harmoni bahagia sentiasa senyum sokmo! Tak gitu? hehehe ....


Toys R' Yours
No.41, Kompleks C
Petaling Jaya.
Waktu operasi : 10am-5.00pm


Demi keselesaan ayam ...

$
0
0

Assalamualaikum!


Setelah berbulan-bulan menunggu akhirnya impian mak untuk mencantikkan reban ayamnya tercapai. Ingat nak repair balik reban ayam ni senang ke? Makan duit satu hal, kena 'kencing' ngan orang satu hal lagi! Tapi syukur alhamdulillah semuanya dah setel.

Nak mencari orang yang pandai bertukang di kampung tak susah, cuma nak cari yang sanggup buat reban ayam tu yang payah. Bukan setakat pandai mengetuk kayu, dia juga kena tahu mengukur dan bagi idea macam mana nak bagi reban tu nampak praktikal dan kemas. Perghhh ...praktikal terus hahaha! Mujurlah orang yang tolong buat ni reti buat tu semua. Ahamdulillah, hasil kerja tangan orang tu memang kemas dan memuaskan.

ketika dalam proses pembaikan


Keadaan reban ayam tu sebelum ni memang menyedihkan. Dengan pintu sengetnya, dawai terkeluar, zink berkarat dan bocor. Anak ayam yang baru menetas ada yang mati sebab tercucuk dawai. Ada juga kakinya jadi cacat sebab kena tindih dengan ayam lain disebabkan ruang tak cukup besar. Ye la ... dah bertahun-tahun kot reban ayam tu. Dah beratus-ratus ayam mak yang tinggal disitu. Kalau tak dibaiki cepat, boleh runtuh reban ni nanti. Lagi besar la kos nak dirikan semula.


dah siap

Taraaaa! inilah rupa 'banglo mewah' untuk ayam-ayam mak berteduh. Dah macam asrama pulak ye hehe. Lain pintu lain kategori ayamnye. Ada ayam teruna dan dara, ada ayam tengah mengeram, ada ayam dengan anak-anak ayamnye, ayam tua pun ada! Yang kaler biru separuh tu bukan ape, memula ingat nak tulis tarikh reban tu siap tapi besar sangat tulisannya terus cat biru separuh hehe.

Nampak kemas dan tegap. Takda la senget benget macam dulu, ayam duduk pun selesa. Mak nak tembak air bersihkan taik ayam pun senang, dan yang penting takda dawai terkeluar yang boleh menyebabkan anak-anak ayam cedera.

Kosnya? Kosnya makan ratus jugak le walaupun kayu dan bahan lain kita beli sendiri. Nampak mudah tapi sebenarnya nak buat dia memang tak mudah! Kena tangan berseni dan tertib buat kerja. Kalau cincai memang hasilnya pun cincai la kan.

So, gitula ceritanyeeeeeee. Makan 'mewah', tempat tinggal selesa .... cukup bulan kita kasi jual! hehehe.

:)

Pekeliling : Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Untuk Pegawai Wanita Mengandung

$
0
0

Assalamualaikum!


Tahun 2018 adalah tahun bertuah bagi penjawat awam wanita terutama pegawai wanita yang mengandung, kerana kerajaan telah mengeluarkan satu pekeliling berkenaan dengan perlaksanaan kebenaran pulang awal satu jam yang telah pun berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

Pelaksanaan pekeliling ini bukan sahaja memberikan kemudahan pulang awal kepada pegawai wanita yang mengandung, tetapi turut diberikan juga kepada suami tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan dalam pekeliling.

Inisiatif kebenaran pulang awal satu jam ini adalah demi kebajikan dan keselamatan pegawai wanita serta membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan.




Pelaksanaan - Pegawai Wanita Yang Mengandung

  • kemudahan ini diperuntukkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan kontrak
  • kemudahan ini diberikan kepada pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas
  • pegawai wanita dibenarkan menggunakan kemudahan ini bila-bila masa bermula apabila usia kandungannya masuk lima bulan
  • kemudahan ini akan berakhir sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau bermulanya tarikh Cuti Bersalin mengikut mana yang dulu
  • kebenaran kemudahan ini adalah berdasarkan daripada permohonan pegawai dan kelulusan Ketua Jabatan. Pegawai perlu mengisi borang permohonan yang diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan. Borang tersebut perlu dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat

Pelaksanaan - Pegawai Lelaki (Suami)

  • Pegawai lelaki berkenaan pulang bersama-sama isterinya yang juga merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang mengandung lima bulan dan ke atas
  • isteri pegawai telah diberi kelulusan oleh Ketua Jabatan dan telah mengisi borang permohonan yang diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan

Perlu diingat, pegawai yang menggunakan kemudahan kebenaran untuk meninggalkan pejabat bagi tempoh empat jam dianggap telah menggunakan kemudahan pulang awal satu jam kerana pengiraan tempoh tersebut adalah termasuk tempoh penggunaan kemudahan ini.

Pada bulan Ramadan, pegawai boleh memilih untuk menggunakan samada kemudahan pulang awal satu jam atau WWB bulan Ramadan seperti biasa.


Peraturan kerja lebih masa (O.T)

  • Pegawai yang memilih untuk menggunakan kemudahan ini tidak boleh membuat tuntutan bayaran lebih masa bagi tujuan untuk menyelesaikan tugasan tertunggak kerana telah pulang lebih awal
  • Maksudnya, jika pegawai pulang awal pada hari bekerja biasa lalu perlu ke pejabat pada hari Sabtu atau Ahad untuk menyelesaikan kerja tertunggak, dia tidak boleh menuntut bayaran lebih masa untuk hari tersebut
  • Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk bekerja lebih masa selaras dengan peraturan kerja lebih masa yang berkuat kuasa. Namun, tuntutan bayaran lebih masa dibenarkan bagi kerja-kerja selain dari kerja-kerja tertunggak yang disebabkan oleh penggunaan kemudahan ini

So, kepada penjawat awam wanita yang mengandung sila ambil maklum ye. Jika kandungan yang hampir nak cecah lima bulan boleh lah ambil borang permohonan dari pegawai berkenaan, isi dan hantar seminggu sebelum tu. Moga kemudahan pulang awal satu jam ini memberi keselesaan dan menjaga kebajikan pegawai wanita terutama yang sedang melalui kehamilan.


Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017

Jom jadi RakanMet!

$
0
0

Assalamualaikum!


Sudah dua hari hujan berturut-turut di KL. Di kebanyakan negeri dan kawasan juga mengalami keadaan yang sama. Bila cuaca signifikan atau ekstrem melanda, barulah kita sedar betapa pentingnya untuk mengetahui info tentang cuaca semasa betul tak!

Untuk makluman kawan-kawanku yang dikasihi sekelian, kini kita boleh mendaftar sebagai RakanMET sebagai satu saluran perkongsian maklumat mengenai perkembangan cuaca di Malaysia dan sebagai medium untuk melapor keadaan cuaca kepada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia.




Aplikasi RakanMET ini juga boleh dijadikan sebagai platform untuk mewujudkan interaksi dua hala antara pihak jabatan dengan orang awam dengan menyediakan maklumat yang sahih dan boleh dipercayai.

Cara pendaftaran sebagai RakanMET telah pun ada di gambar diatas. Korang boleh daftar di https://rakanmet.met.gov.my. Lebih mudah akses dengan smartphone kerana kita perlu mengaktifkan geolokasi bagi membolehkan RakanMET tahu lokasi  Dengan cara ini, pihak jabatan dan orang awam boleh saling berkongsi info tentang cuaca di tempat masing-masing dan melaporkannya disini.

Dua bulan lagi

$
0
0

Assalamualaikum!

Dah masuk minggu kedua diaorang bersekolah. Aktiviti hari-hari memang padat dan kadang-kadang tak cukup masa dibuatnya. Tapi belah malam, aku akan pastikan diaorang tidur pukul 10pm atau 10.30pm paling lewat. Takda maknanya nak layan drama cintan cintun dah sekarang ni. Tidur lagi best! haha.

Jangan diaorang, aku pun tak layan sangat dah drama sekarang ni. Last aku boleh hadap citer Patahnya Sebelah Sayap tu, lepas tu aku tak boleh commit nak tengok drama lain. Balik je dah humban beg terus masuk dapur. Dari pukul 7.30pm sampai pukul 10pm tu aku kena pastikan diaorang dah siap segala homework lengkap dengan makan malamnya. 


Siang dah penat dengan sekolah, balik malam kena rushing pulak buat kerja sekolah. Ini belum pergi tuisyen lagi, dah penat macam ni. Dengan ibu sekali terlentok setiap malam kerana kepenatan haha.

Tahun ni, ada dua benda ibu kena setelkan pasal kakak. Pertama, nak masukkan dia tuisyen dan kedua ... biarlah rahsia buat masa ni hehe. Haihhh ... ginilah nasib kalau hidup di KL, sekolah di PJ. Boleh dikatakan, kami ni membesar atas jalanraya je la hahaha. 

Lagi satu yang memeningkan kepala ibu sekarang ni, pasal dua bulan lagi! Ada apa lagi dua bulan? Birthday diaorang leeeeeee ... dah siap order pun hadiah masing-masing. Ibu dah tergaru hidung dah ni ... huhu.

Yang Mira pulak, hari tu beriya dia bercerita kawan sekolah dia nak bagi hadiah untuk birthday dia nanti. Hadiah apa? 10 iPhone, 10 beg Smiggle, 10 pencil box, 10 iPad. Ni kawan ke scammer?? Beriya dia cakap kawan dia tu kaya, bapa dia bos huhu 😖

Takpe dik, kita tunggu je la minggu depan dia bawa ke tidak hadiah-hadiah tu. Dia cakap nak bagi awal dari tarikh birthday kan! Minggu lepas dia janji bawa, tapi Mira cakap dia terlupa tertinggal di rumah. Teruk nau kelurusan bendul anakku ini ... hehe.



Bila ada peluang meniaga

$
0
0

Assalamualaikum!

Rebutlah peluang tu! Tak kiralah meniaga di kaki lima atau pasar malam atau pasar karat atau kedai atau di perkarangan pejabat, selagi kita ada produk untuk dijual maka ambillah peluang tu. Zaman sekarang kita tak boleh sekadar mengharap gaji saje, kena ada side income untuk terus survive di bumi Malaysia ni hehe.

Setelah sekian lama aku tak join meniaga di pejabat, minggu lepas dapat juga meniaga. Kali ni aku bawakan juga produk makanan kawan punya, selain beg-beg aku tu. Biar banyak barangnya, baru meriah sikit jualan betul tak!




Semenjak aku berehat dari meniaga di opis, ramai yang bertanya bila nak start semula. Bukannya tak teringin, tapi jadual sudah berubah. Kenalah beranjak sikit, maka itu yang aku tak berapa nak aktif meniaga tu. Tapi alhamdulillah, hari tu tergerak pulak hati ni nak let go beg-beg kami tu, terus booking meja dengan ajk!




Tiap kali ada jualan puspanita, ibu-ibu cleaner ni la yang memeriahkan meja jualan aku hehe. Diaorang suka cari baju atau jubah yang murah-murah. Beg-beg aku pun diaorang la yang banyak membeli pun hari tu. Aku buat jualan RM5 satu beg, mahu diaorang tak sambar! hehe.

Kawan aku pun tersenyum riang bila dapat tahu banyak makanan dia dapat sambutan dari staf-staf di opis. Alhamdulillah rezeki dia letak barang kat situ untuk kali pertama. Siap cakap kalau ada lagi jualan lepas ni, sila roger dia laju-laju hehehe.

TT Kompleks C, Petaling Jaya Bermula 3 Feb!

$
0
0

Assalamualaikum!


Macam-macam hal lah terjadi dalam minggu ni. Banyak yang berkisar pasal dua beradik tu la. Kakak start je sekolah dah bizi dengan homeworknya. Lepas ni hari Sabtu akan bizi dengan kelas tambahan pula. 

Mira ...? Tak tahu lah apa kene dengan itu anak, perangainya kebelakangan ini sangat menduga betul!
Nak kata baby...dah darjah 3! Tapi merengeknya tak habis-habis. Merajuk nombor satu! Jangan cakap aku tak pay attention kat dia ye. Tahu dia nakkan perhatian, sebab tu time makan, time belajar, tiem tido pun aku ada sebelah diaorang.




Ok, cukuplah dengan bebelan tu. Ni aku nak kabor kepada semua peminat kete mini atau diecast, insyaAllah akan ada TT JAM yang julung kali diadakan di Kompleks C, Petaling Jaya bermula 3 Feb 2018.

Hah? TT JAM? natang ape tu? Kalau diehard collectors ni mesti tau istilah TT JAM ni kan. Bagi yang belum tahu lagi, aku takmo taip panjang-panjang, korang baca je la pengalaman aku pergi TT JAM Kelana Jaya aritu. Lebih kurang begitulah konsepnya, tapi untuk #TTKC ni lebih istimewa dan gempak sebab akan ada RACING! Bukan racing motor atau kereta besar tu ye ... tapi racing kereta mini leeeee.

Lepas ni TTKC akan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula 9pm hingga 12tghmalam. Bukan ada jualan dan gathering je tapi ada pertandingan racing lagi. Menang dapat hadiah, amacam? So, orang-orang PJ dan yang sewaktu dengannya bolehlah bawa anak-anak bujang awak tu datang #TTKC ni ye. Kalau tak tahu nak buat apa Sabtu malam, boleh je datang di Kompleks C, Petaling Jaya ni. Jangan risau la pasal makan minum, kat sini ada restoran bro. Takkan lapar punya hehe.

Bagi yang tertanya, racing kereta tu macam mana? Meh aku bagi teaser sikit kasi korang lebih clear, wokeh? 👌😊







SUNFEET Pakar Ortotik & Prostetik Anda Kini Di Petaling Jaya!

$
0
0

Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak bahagian tubuh kita, yang manakah paling kita prihatin dan selalu menjaganya dengan baik? Mungkin tak ramai yang memilih kaki kerana kita berpendapat penjagaan kaki cukuplah hanya dari segi kebersihan dan pemakaian kasut yang sesuai. Sekurang-kurangnya, aku juga terfikir begitu pada mulanya 😣

Tetapi, tanggapan itu berubah selepas aku berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre yang baru-baru ini telah membuka cawangan barunya di Petaling Jaya. Sebagai ibu, pendedahan tentang penjagaan kaki yang baik amat penting lebih-lebih lagi untuk dua orang anak aku ni. Dah tentu mencegah dari awal itu lebih baik dari mengubati kan.

Pada mulanya, aku agak skeptikal juga kenapa mesti nak ambil peduli pasal tapak kaki kita? Samada ia flat atau tidak? Apakah ia akan mempengaruhi cara kita berjalan dan keadaan kesihatan kita? 

Yang mana satu jenis kaki korang?


Di Sunfeet International Rehab Centre ini, pakar Ortotik & Prostetik akan memeriksa dengan teliti untuk mengetahui samada kaki kita jenis normal, flat,pronated, severe flat atau high arch. Mereka juga menyediakan perkhidmatan rawatan untuk kaki yang bermasalah serta menghasilkan produk ortotik dan prostetik bagi tujuan memperbetulkan semula masalah tapak kaki yang dihadapi oleh pelanggan.



Ok, ini bukan sejenis tarian ye, tapi kami angkat kaki tu kerana nak menunjukkan betapa pentingnya penjagaan kaki yang baik dan penjagaan itu bermula di Sunfeet Rehab Centre. Disebabkan terlalu teruja, kakak dan Mira berpeluang melakukan pemeriksaan kaki di sini. Oh, ni nak bagitau kalau korang nak buat pemeriksaan kaki di Sunfeet ni boleh je datang bila-bila masa dan ianya PERCUMA!

Eh budak-budak pun boleh buat jugak ke? Ye sayang, kanak-kanak seawal usia 3 tahun dah boleh buat pemeriksaan kaki. Mencegah awal itu lebih dari mengubati kan, so jika ada masalah pakar boleh kesan dari awal dan mulakan rawatan untuk anak kita.


Kakak dan adik sedang melakukan feet scanning

So menurut Dato' Dr Edmund Lee, kakak tak mempunyai masalah dengan kakinya cuma Mira punya sedikit flat mungkin disebabkan faktor berdiri tak berapa betul.

Seterusnya, Dr Edmund akan suggest kita insole khas yang diambil ukuran dari tapak kaki kita. Jangan risau ye, mereka adalah pakar dalam bidang ni so kita hulur kaki dan relaks hehe.


Sebelum menghasilkan insole yang dibuat khas, Dato' Dr Edmund akan membuat mould untuk mendapatkan bentuk tapak kaki pesakit


salah satu bilik rawatan di Sunfeet Rehab Centre


Insole yang berwarna warni! 


Sunfeet International bukan saja menawarkan khidmat nasihat dan rawatan pemulihan untuk mereka yang mengalami masalah seperti flat foot, cerebral palsy, sakit lutut, scoliosis dan diabetic foot, malah mereka juga ada menyediakan produk ortotik dan prostetik dalam membantu proses pemulihan tanpa perlu menjalani pembedahan atau pengambilan ubat.


casual wear untuk kanak-kanak dan orang dewasa

kasut sekolah kanak-kanak juga ada


kasut sukan



Ni nak bagitau korang, Sunfeet International akan mengadakan Hari Terbuka pada 27 Januari 2018 untuk semua. Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan pada hari itu, antaranya borak santai mengenai penjagaan kaki yang sempurna bersama Dato Dr Edmund Lee, pakar Ortotik Sunfeet.

Aktiviti menarik lain termasuklah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan juga promosi istimewa 15% untuk produk terpilih. Lima puluh pelanggan pertama juga akan menerima baucer bernilai RM500 dari Sunfeet International! 


Semua dijemput hadir Sabtu ni!


Sempena perayaan Chinese New Year tak lama lagi, Sunfeet International juga menawarkan promosi eksklusif Happy and Healthy Feet for Your Loved Ones sah sehingga 28 Februari. Promosi ini dalam bentuk set gift box yang cantik, ideal sebagai hadiah untuk yang tersayang.




Terima kasih kepada Dato' Dr Edmund dan Sunfeet International atas jemputan dan layanan yang baik sepanjang kami disana. Untuk makluman korang, Dr Edmund Lee adalah pakar dalam bidang Podiatric Biomechanics dan merupakan generasi ketiga dalam keluarga beliau yang telah berkecimpung dalam dunia kepakaran Ortotik dan Prostetik! Bayangkanlah berapa ramai yang telah mereka bantu demi untuk memastikan kita mendapat penjagaan kaki yang baik dan sempurna.

So, korang jangan lupa temujanji bersam Sunfeet International pada hari Sabtu ni 27 Januari di Petaling Jaya, dapatkan pemeriksaan feet scanning dan khidmat nasihat secara percuma bersama pakar Ortotik dan Prostetik kita disana.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk alamat dibawah ye.

Sunfeet International Rehabilitation Centre
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 
Petaling Jaya, 46300 Petaling Jaya, 
Selangor
10am - 7pm

Facebook: Sunfeet International Rehabilitation Centre
Laman Web: www.sunfeet.com.my
Tel: 013-528 3939

Bercakap memang pandai, membuatnya belum tentu pandai

$
0
0

Assalamualaikum!


Tak semua orang dikurniakan kebolehan pandai bercakap dan dalam masa yang sama boleh melakukannya. Ramai orang pandaiiiiiii bercakap, pandai berhujah walaupun hujahnya takda 'isi' tapi bila disuruh buat? Sunyi sepi ....

Dalam konteks ni, manusia ada tiga jenis perangai. Yang pertama,  tak pandai bercakap tapi reti buat. Yang kedua pandai bercakap dan boleh buat. Dan yang ketiga macam sekarang ni lah .... cakap je pandai buatnya tak pandai. Harapkan orang lain yang buatkan untuk kita.




Dalam tiga-tiga tu, yang mana satu kita agaknya ye?

Senarai Harga Popia Simpul Kasih Razhani 2018

$
0
0

Assalamualaikum!


Alhamdulillah syukur, produk kecil-kecilan kami iaitu Simpul Kasih Razhani terus mendapat tempat di hati pelanggan. Memang dah ada perancangan nak tukar packaging dari tahun lepas lagi. Alhamdulillah  tahun ni tercapai jugak hajat hehe.

Sebelum ni kami mengalami sedikit kesulitan kerana kebanyakan pelanggan adalah dari luar daerah yang ingin merasai Simpul Kasih Razhani. Tapi apakan daya, penghantaran secara pos tidak mungkin dibuat sebab kami masih menggunakan plastik ketika tu. Bimbang nanti simpul kasih hancur di tengah jalan.

So, bermula tahun 2018 Simpul Kasih Razhani akan dijual dalam balang untuk memudahkan kami membuat penghantaran secara pos sekiranya ada tempahan luar. 



  • Homemade 👍
  • 100% Halal👍
  • Produk bumiputera👍
  • Segar👍
  • Rangup👍

400gm - RM22
1KG - RM35



Untuk sebarang tempahan samada untuk hari raya, jamuan, cenderahati atau sebagainya, bolehlah whatsapp kami di talian 019-2514574/010-5673525

Penghantaran bergantung kepada tempat dan lokasi anda. Tempahan berskala besar (lebih dari 4kg) perlu dibuat 3 minggu lebih awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan dipihak kami. Pembayaran 50% perlu dibuat terlebih dahulu untuk menunjukkan komitmen anda menempah dengan kami.  


🌟Weekdays - A&W Petaling Jaya
🌟Weekend & night - TESCO Ampang . 

COD 4KG dan keatas - KL & SELANGOR
Tidak termasuk caj penghantaran .





Gebangnya seperti menteri, pung pang sana tapi habuk pun tarak!

$
0
0


Assalamualaikum!


Pernahkah orang yang macam ni wujud dalam kehidupan anda?  Mesti ramai antara kita pernah terjumpa dengan orang yang macam ni. Eh, tapi ni bukan cerita pasal mana-mana menteri dalam negara kita ye. Takda kena mengena pun hehehe.

Ada ke antara kawan-kawan kita yang suka cakap besar atau gebang lebih sana sini? Atau sedara kita? Fuhh kita pun rasa 'kagum' tambah meluat kalau dengar dia bercakap betul tak. Impiannya besar, janjinya melangit! Tapi, hasilnya? yillek patti.





Dah, kalau kita ada kawan atau sedara yang perangainya macam ni, apa nak buat? Ada cadangan ke? Atau kita nak senyum dan anggukkan aje? Tak pun kitealari jauh-jauh jangan jumpa dia dah. 

Lagi satu, kalau ada orang macam ni dalam hidup kita elakkan diri anda dari terlalu mempercayai dia atau menaruh harapan besar, sebab nanti bimbang apa yang dicakapnya tak serupa apa yang dibikinkannya. Eh... faham ke tak tu? hehe.

Bil SYABAS Yang Baru Bermula 1 Januari 2018 Tak Boleh Bayar Terus Dari Akaun Macam Dulu Lagi!

$
0
0

Assalamualaikum!


Patutlah dari bulan lepas aku dok mencari nama 'SYABAS' dalam senarai yang biasa aku gunakan untuk bayar bil utiliti di Maybank2u. Rupa-rupanya bil SYABAS dah tak boleh bayar direct terus dari akaun macam sebelum ni. Jenuh aku bertanya kawan pasal ni, tapi diaorang pun tak tahu. Kalau nak bayar juga bolehlah gi beratur di pejabat pos atau bank. Aduhh ... ni tahun 2018 la semua dihujung jari beb, nak beratur apenye lagi hehe.




So kelmarin, bil air pun sampai dan kali ni tersimpan kemas dalam sampul bukan seperti sebelum ni bil hanya diselit di celah pagar pintu. Terkejut sikit jugak bila cik abg kata tu bil air. Aikk ... dah tak macam bil api dah ke? Siap bersampul bagai, pastu paparan bil pun dah lain guna cetakan atas kertas A4.


Sekali terbaca kat tepi bil tu, 'Mulai 1 Januari 2018, pembayaran bil air melalui perbankan internet hanya diterima dengan menggunakan JomPAY'. Ooohhhh .. patutlah dok cari nama 'SYABAS' tak jumpa dalam senarai All Payees aritu huhu.




Oohh acaner nak bayar bil SYABAS guna JomPAY ni? Haa nanti aku share kat next entri ye. So misteri kenapa aku tak dapat bayar bil air bulan lepas telah pun terungkai hehe. Bila dah dapat next bil baru tahu nak bayar macam mana. Aku rasa SYABAS ni je yang suruh kita bayar guna JomPAY. Bil utiliti lain masih boleh bayar direct macam biasa. 

Cara Bayar Bil SYABAS Guna JomPAY

$
0
0

Assalamualaikum!


Jenuh mikir macam mana nak bayar bil air SYABAS secara online, akhirnya daku temui jawapannya hahaha. Amboiiii bunyi macamlah dia orang pertama di dunia yang tahu ye, tapi aku nak share jugakla kot-kot mana tau ada yang macam aku spesis ketinggalan zaman sikit hehehe.

Ok, dalam bil SYABAS yang terkinidah dimaklumkan yang bermula 1 Januari 2018, pembayaran bil air perlu dibuat dengan menggunakan aplikasi JomPAYsahaja. Maksudnya, kita tak boleh bayar macam kita biasa bayar bil elektrik dan bil-bil lain secara online seperti sebelum ni.  Setahu aku bil SYABAS je lah yang kena guna JomPAY ni, tak pasti pulak kalau bil utiliti lain pun kena. Tapi setakat ni untuk bil-bil lain tu aku bayar direct terus macam biasa sebab penama masih ada dalam senarai utama.





Anyway, nak bayar bil SYABAS guna JomPAY ni senang jugak kaedahnya. Korang hanya perlu cari aplikasi JomPAY dalam perbankan internet korang. Bank-bank utama seperti Maybank, Agronet, Bank Rakyat dan bank-bank tempatan lain ada menyediakan aplikasi JomPAY.

Ambil bil air korang dan letakkan didepan. Log in perbankan internet yang korang ada dan cari simbol JomPAY macam dalam gambar di atas tu. Klik situ dan pergi ke langkah seterusnya.




Kalau masa kita bayar bil SYABAS dulu, dia minta nombor akaun bil kan? Sekarang bayar JomPAY ni dia tak minta nombor akaun dah tapi dia minta 2 benda! Cuba tengok dalam kotak yang aku dah birukan pada bil di atas ni, ada nombor 'Biller Code' dan  nombor 'Ref-1' kan? Dua nombor inilah yang korang kena masukkan untuk bayar bil.

Rujuk gambar bawah kalau nak lebih clear.




Masukkan nombor 'Biller Code' dan 'Ref-1' beserta jumlah bayaran yang korang nak buat. Lepas tu boleh print resit dan setel!

Senang jugak kan! 😋

Cermin mata untuk ...

$
0
0

Assalamualaikum!


Tak sangka ada yang mengikut aku pakai cermin mata. Bukan faktor genetik atau keturunan, sebab mak, abah, abg dan akak aku tak pakai cermin mata pun. Tapi faham-faham jelah kan zaman budak-budak dulu banyak tengok tv hohoho. Pastu dah ada komputer, start berjaga malam pulak tengok skrin monitor dalam gelap. Umur 13-14 tahun dahhhhh rabun.

Selalu aku tengok anak orang yang umur 6-7 tahun pergi sekolah dah pakai cermin mata. Aduh makkk, kecil lagi budaknya dah mata rabun. Tapi tu la kan, bukan kita saja gatal-gatal nak bagi anak pakai spek mata. Kalau dah mata tak nampak apa cikgu tulis di papan hitam, acaner nak belajar ye dak?


Hazwani ni dari tahun lepas lagi dia mengadu masalah mata dia. Dalam kelas dia duduk belakang, apa cikgu tulis di depan memang tak clear dah. Kenala dia berjalan ke depan untuk tengok lebih jelas. Tapi masa tu aku 'tahan'kan lagi takmo bagi dia pakai cermin mata. Awal sangat kot ... aku kesian tengok dia kecil lagi dah mata rabun. Tapi dia belajar payah la sikit, tiap kali kena pergi ke depan. Lagi 'azab' kalau tulisan cikgu kecil hehe.

Pastu dia mengadu matanya berair, pedih dan gatal. Hurmm ...akhirnya, aku akur jugak la. Kakak memang perlu pakai cermin mata. Tapi, sebelum aku proceed buat cermin mata untuk dia, aku bawa dia jumpa doktor dulu. Doktor di klinik kesihatan tu kan ada buat pemeriksaan mata. Dah confirm memang mata dia ada tanda-tanda rabun, maka doktor syorkan aku pergi buat cermin mata.

Ok fine.




Dan akhirnya, Hazwani officially bermata empat huhu. Alhamdulillah, takda dah dia mengadu mata tak nampak macam dulu. Hurmm ... nampaknya kita geng ye kak.


Tips Rawat Tumit Merekah Dengan Minyak Kelapa Dara

$
0
0

Assalamualaikum!


Tumit merekah?? kasar?? erghhh...tak syoknye kalau tengok tumit kaki rupe macam tanah dilanda kemarau tu kan! Walaupun duduknya di kaki dan tk dinampak orang, tapi kenala jugak dik jangan dibiar dia kering dan pecah-pecah. Muka cantik tapi tumit merekah dan kasar apa citaaaa😂😂 Kalau muda-muda lagi tumit dah pecah, boleh jatuh saham tau hehe. 

Masalah tumit kaki merekah ni bukan saja dialami oleh wanita, tapi kaum lelaki pun boleh kena. Kalau pakai stokin, stokin pun boleh koyak sebab terseret oleh kulit tumit yang keras dan tajam tu. Aduhh ... takleh dibiarkan! Kena rawat sebelum jadi lebih teruk.


gambar hiasan


Meh akak kongsi tips rawat tumit merekah kat korang guna minyak kelapa dara 😉✌ Sekarang, minyak kelapa dara takyah susah-susah buat sendiri. Senang je nak cari yang dalam botol punya. Banyak kelebihan dan kebaikan minyak kelapa dara terutama ke atas kulit kita. So, kita usaha dulu gunakan bahan dari alam semulajadi untuk rawat masalah kulit macam dalam kes tumit merekah ni.

Miracle Refreshing Scent atau M.R.S ni banyak kali dah aku share kat blog. Kami sekeluarga memang dah lama gunakan M.R.S sejak dari tahun 2016 lagi, alhamdulillah sehingga ke hari ini. Takda keraguan sebab memang M.R.S ni dari minyak kelapa dara tanpa campuran dari bahan kimia lain. Hanya 3 bahan sahaja yang ada dalam satu botol iaitu minyak kelapa dara, minyak mint (untuk rasa cool) dan minyak aromaterapi (untuk wangian). 









TIPS RAWAT TUMIT MEREKAH DENGAN MINYAK KELAPA DARA M.R.S

Caranya:

  1. Picit 1 pump minyak kelapa dara M.R.S, sapukan pada kedua-dua tumit 
  2. Biarkan M.R.S tu kering meresap ke dalam kulit tumit (tunggu 1 @ 2 minit)
  3. Pakai stoking dan tidur seperti biasa

Seeloknya buat setiap malam sebelum tidur dan amalkan secara istiqomah selama lebih kurang 1 minggu, insyaAllah masalah tumit merekah setel!


Kat mana nak dapatkan set tumit merekah ni? Senang je dik, laju-laju wasap nombor dibawah ni, esok lusa dah dia pos dah boleh guna terus.

Kak Ina


Alkisah Hazwani & Catur

$
0
0

Assalamualaikum!


Ada satu hari kakak tanya, "ibu pandai main chess tak?"

"tak berapa nak pandai. Reti gerak buah tu sikit-sikit je kak ... naper?" 

"main chess tu macam main dam ke?"

"ishh tak la ... buah chess tak 'jalan' macam buah dam. Susah nak main dia kalau tak reti gerak buah."

Dia senyap. Ingat habis disitu je la ...


 


Ade juga dia suh aku ajar cara main chess, tapi mana la ibu ni reti main kak. Yang ibu reti kuda tu gerak 'L' dan askar tu gerak 1 atau 2 tempat. Tu je la! Tapi dia tak putus asa, suh aku ajar jugak takat mana yang aku reti.

Minggu lepas, dia masuk kereta bagi khabar berita .....,"ibu, kakak main chess kat sekolah". So, aku pun tak syak apa ... aku cakap "ok good" pastu aku sambung tanya,"tapi awak reti ke main chess tu kak?"selamba badak dia jawab reti.

Aku tak syak apa-apa lagi. Lantak awak la kak, janji awak bahagia. Dan semalam tetiba whatsapp timbul group baru .... 'Catur SKJS1'. Kakak masuk tournament chess??? wakil sekolah??? bulan Mac nanti??? hahaha .... Aku ingatkan dia main untuk kelab sekolah je, rupa-rupanya untuk daerah!  Masa bila pulak anak aku ni berlatih main chess sampai jadi pro dan boleh terpilih wakil sekolah ni???

Ermmm pastu aku tanya, "macam mana cikgu boleh pilih awak main chess kak?"Dengan selambanya dia cakap,"cikgu tanya dalam kelas siapa pandai main chess, so kakak angkat tangan la" Mengenyit-ngenyit mata aku menahan kemusykilan didalam hati ... masa bila pulak kakak pandai main chess? sapa ajar dia? Untuk lebih kepastian, aku tanya lagi,"macam mana kakak reti main? sapa ajar kakak?", dan jawapannya sangat lah mengejutkan ....,"kakak reti main, kan kakak main ngan ibu aritu"

Whattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!😩😏

Tapi kejadian tu ada hikmah rupanya. Hazwani dah reti main chess sekarang! Walaupun bukan pro, tapi dia reti la gerakkan buah tu dengan betul. Aku yang tak reti main sebelum ni pun dah pandai sebab dia yang ajarkan haha. Langsung diajaknya aku main hampir setiap malam lepas habis homework untuk mantapkan lagi kemahiran chess dia. 

Tu la ... dalam keluarga aku mana ada yang main chess. Tup tup anak sendiri pulak suka main chess. Sekarang ni diaorang tengah berlatih untuk pertandingan chess peringkat daerah bulan Mac nanti. Sementara tu, aku la tempat dia mengasah bakat hehe. Tapi ok la tu kan, sesekali bosan baca buku boleh mengadap chess pulak. 





Untuk menyatakan sokongan kami terhadap kakak, ayahnya dah belikan set chess untuk dia berlatih dirumah. Terlajak suka la dia! Kemana saja dia akan bawa set chess dia tu. Kalau nampak aku dok berlenggang takda keje sikit, mulala dia tanya ibu ada keje tak kalau takda jom kita main chess! 😂😆

Moga kakak berjaya dalam tournament nanti dan jadi pro dalam permainan chess ...aaminn.

Jualan Puspanita Bulan Februari

$
0
0

Assalamualaikum!

Dah lama juga tak join kawan-kawan lain meniaga kat lobi opis ni. Bila dah lama tak bukak table, mula la orang bertanya, Nim ko tak meniaga dah ke?. Ibu-ibu cleaner pun kalau jumpa aku pun kena tanya, 'Puan bila meniaganya'? Haaa nampak sangat muka ni je la yang menempel kat lobi opis tu kan hahaha.

So, bulan Februari ni aku pulun kasi keluar barang niaga untuk jualan Puspanita. Tapi bukan semua la, hanya simpul kasih, kasut dan tshirt. Nak pergi CBS setiap minggu dah macam tak dapat rasanya. Masing-masing penat, Ahad je la yang ada untuk kami berehat dan bersantai. So ni je la platform yang aku boleh gunakan aku untuk meniaga secara terus dengan pelanggan hehe.



Cakkk! Ade je ni ha baru lepas nyusun barang 😋



simpul kasih, keropok, kerepek, air kopi Munif dan 
jus durian belanda lain-lain harga

Tshirt RM5

Kasut sandal RM5

Baju kemeja RM20


Minyak Kelapa Dara pelbagai guna M.R.S lain-lain harga

Sambal garing Che' Nor RM11


Selain dari kasut, tshirt dan simpul kasih tu bukan barang aku. Alaaa kira macam kita tolong jualkan produk diaorang la. Bayar sewa meja je. Walaupun lobi opis kami tak besar, hanya boleh muat kira-kira 5-6 meja tapi sale alhamdulillah. Biasala meniaga kalau ada turun naik tu kan. 

Lagipun, sebagai salah seorang ajk puspanita aku kenalah support aktiviti jualan seperti ni. Dapat juga aku ketengahkan produk simpul kasih aku tu disamping tolong kawan-kawan jual barang diaorang juga. Sama-sama kita berkongsi rezeki, kalau sedap kalau bagus orang akan cari kita jugak nanti...tak gitu?




Yang atas ni tokey Tupperware, Kak Mah 'jiran' sebelah hehe. Penjual Tupperware berjaya setakat ni haha. Hari-hari dia hantar 'racun' suh beli Tupperware haha, dengan aku sekali terjebak jadi ahli! Tapi takpela ... dapat diskaun murah sikit next time kan. Ini first time dia join jualan Puspanita, bukan main seronok dia orang kerumun meja tengok Tupperware. Syukur la kan!

Getting Ready For The Future - What Parents Need To Know

$
0
0

Assalamualaikum!


Other than sharing stories about my daughters, I also love to share about good education, fresh ideas on how our children can make progress in school. As a mother of two, I can't help but to give more priorities especially in the aspect of education in the early years and providing them the right tools to think more creatively and be independent.

As the saying goes, it's more blessed to give than receive. I believe in providing the good education for our children is the best thing we can do as parents. Every children has the right to be in school but not only to gain knowledge but from the knowledge itself, they are able to unleash their unique potential.



I believe choosing a good education for our children is a great responsibility for every parent. It is important that the school is able to create an ecosystem of success for their students not just academically but also giving what they deserve more, that is equity in public education.

Recently, I read about an organization that transforms education based on the 3 pillars; personalized learning which includes parent engagement, community organizations and unique lesson plans. What is more interesting is the organization or well-known as Rocketship Education is a non-profit network of public elementary charter school that serves children from the low-income families where access quality education is limited.

Founded in 2006, Rocketship Education is a non profit corporation whose mission is to eliminate the achievement gap by building a scalable and sustainable school model that propels student achievement, develops exceptional educators, and partners with parents who enable high-quality public schools to thrive in their community.




Interestingly, this good effort has given their rocketeers a chance to dream, discover and develop their true potential in a different way.  At the Rocketship Public School, it's just not a matter of good education but they also promote core values of persistence, empathy, responsibility and respect among the students.

Not only that, I am also amazed how the school get the parents deeply engaged in their student's academic life and the school community. Like, the parents get to name their schools, help design the enrichment offering, and select the school's unique fifth core value. Not just that, every fall, their teachers and leaders will pay a visit to every student they serve to learn more about their families, life and experiences outside of school. 



We believe that all children have their unique potential and that great public schools help to unleash that potential. To me, Rocketship Education has and still doing a tremendous job throughout their 10 years of serving and at the same time building a movement to create more education opportunities especially for the disadvantaged communities across the country.


 
Giving their best to serve and help the community and making it possible for the children to learn more and gain more success in their life is something that extraordinary to me! I hope this effort continues in many more years and at the same time inspire others to create more opportunities for our children's better future. 

BRIM 2018 Dah Lulus!

$
0
0

Assalamualaikum!


Dari hari Ahad tu lagi orang ramai duk tertunggu-tunggu ternanti-ternanti ketibaan BRIM yang tersayang kan hahaha! Aritu kita dah dimaklumkan yang BRIM akan mula masuk bermula 18hb Februari, tapi hari tu kan hari Ahad, mana ada transaksi bank maaa!

Semak status BRIM pun masih 'Dalam Proses' lagi, so tak mungkinlah duit akan masuk dulu kalau status tak bertukar pada 'LULUS' kan.

Dan, pagi ni aku semak kembali status BRIM abah, alhamdulillah dah lulus!



Rupanya semalam lagi dia dah 'LULUS' ye, tapi pagi semalam aku cek tak da lagi hehe. Apapun, tunggu je la duit BRIM masuk dalam akaun ye abah 😊

Bagi yang belum semak status BRIM, boleh la layari eBR1M sekarang ye. Sekarang ni paparan dia dah baru sikit, so kalau korang konpius tang mana nak klik untuk cek BRIM korang lulus ke tak, masuk website BRIM tu dan klik  kat MyBR1M seperti dalam gambar dibawah ni.




Masukkan No. Kad pengenalan macam biasa dan jawab soalan sekuriti. Pastu klik 'Semakan Status' dan korang dah boleh tahu lulus ke tak.

Viewing all 1149 articles
Browse latest View live