Hurmm ...aku rasa kawasan sekitar PJ ni je yang kena. Sebab opismate yang tinggal kat Jalan Templer takda pulak masalah gangguan air ni. Dah la sekarang dengan jerebu .... ni masalah gangguan air pulak! Entah la sebab paip pecah ke ... senggara paip ke .....
Rumah pengasuh diaorang pun takda air sejak dari Selasa kelmarin. Dah la nak kena masak, guna banyak air. Budak-budak nak kena mandi pun guna air. Kena stenbai tangki besar ... dan ibubapa kena hantar juga tong air sendiri untuk kegunaan anak-anak, mana la tahu air tadahan kat situ tak cukup.
Haihh ... kesian ke budak-budak je la. Tadi masa hantar Mira kat tadika, cikgu dia cerita semalam satu hari sekolah takda air. Budak-budak nak terkencing terpaksa suh tahan dulu, sebab dalam bilik air takda air! Aduhhh .... patutnya sekolah kena sediakan stok bekalan air tambahan manala tau kalau tiba masa kecemasan macam ni huhu. Dah la tu lori MBPJ pun tak mai hantar air! Aduhaiiiii ..... kesian budak-budak tu T_T
Pagi ni kami hantar satu tong air ke rumah pengasuh dan satu botol besar air ke tadika Mira. Tapi rasanya, petang nanti ayahnya nak amik dua beradik tu awal sikit dari rumah pengasuh. Tak sampai hati pulak nak suruh diaorang stay sampai kul 5pm di situ. Kesian ke pengasuh dan juga ke kakak dan adik. Dah la air terhad ... jerebu tebal pulak kat luar tu!
Aku dan ramai wanita di luar sana sudah tentu mengimpikan kulit yang sihat dan cantik. Apatah lagi kalau ia secantik sehalus dan segebu Rozita Che Wan! hehe. Korang tentu tertanya-tanya kan apa rahsia Che Ta kelihatan begitu menawan dan jelita? Serius, memang tak nampak macam 40an!
Nak korek rahsia Che Ta tak? kalau nak tahu, meh aku perkenalkan korang produk yang Che Ta guna selama ni!
Rangkaian Produk Rysya
Kulit yang cantik bermula dari penggunaan produk yang berkualiti secara konsisten setiap hari. Bagi kaum wanita, rangkaian produk muka yang wajib ada biasanya pencuci muka, toner, pelembap dan serum. Tapi, penjagaan kulit badan juga penting tau! Dan kerana itu, RYSYA turut memperkenalkan body scrub untuk menganjalkan kulit badan.
Nak tahu apa bezanya body scrub RYSYA dengan body scrub jenama lain? Haaaa nanti aku cerita .... sabaq naaaa :D
Baru-baru ini, aku berpeluang memenuhi undangan ke majlis An Evening of Beauty Hi-Tea bersama Rozita Che Wan. Majlis ramah mesra secara santai yang diadakan di RUANG, Subang Jaya SS18 ini turut dihadiri stokis-stokis dari seluruh negara, para media dan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari.
Dah tentu teruja nak jumpa Che Ta face-to-face dan juga nak tahu lagi apa kelebihan produk RYSYA ni yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna di luar sana terutamanya kaum wanita yang mahukan kulit wajah yang halus dan menyerlah seperti Che Ta!
Majlis dimulakan dengan sidang media yang turut dihadiri pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina Mohd Noor. Beliau mengongsikan kelebihan dan kehebatan rangkaian produk RYSYA serta perbezaan RYSYA dengan rejim kecantikan lain yang berada di pasaran.
Antara kandungan bahan semulajadi yang terdapat dalam produk-produk RYSYA adalah sarang burung Walet, Pitera dan kolagen yang sangat baik untuk menjadikan kulit lebih lembut, licin dan berseri.
Sebagai Duta RYSYA, banyak yang Che Ta kongsikan tentang pengalaman beliau sepanjang menggunakan produk penjagaan kulit RYSYA. Kata Che Ta, bahan-bahan yang terkandung dalam 5 produk ini baik untuk kulit wajah dan sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita.
Haaa .... so, lelaki takda alasan lagi ye. Kalau nak kulit yang sihat dan bersih sila dapatkan rangkaian produk Rysya cepat-cepat ye!
Aku juga baru tahu sebenarnya Che Ta tak suka buat rawatan muka di salon! Beliau lebih suka buat sendiri di rumah dan menggunakan bahan semulajadi. Dan RYSYA adalah pilihan yang tepat!
Di majlis yang penuh santai itu juga, RYSYA turut memperkenalkan pakar perunding imejnya iaitu Puan Wawa Idris yang bakal bergerak aktif bersama team RYSYA dan mengongsikan tips-tips penjagaan dan penampilan diri serta kaedah penggunaan produk RYSYA.
Syabas dan tahniah Puan Wawa! ^^
Dari kiri : Puan Wawa Idris, Rozita Che Wan dan Puan Noorazlina Mohd Noor
Rangkaian Produk RYSYA
LY Facial Cleanser - Ia membersihkan segala kotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa mengganggu kelembapan semulajadi kulit. Ia tidak akan akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas LY Facial Toner - Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan yang konsisten membolehkan kulit wajah tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit, memastikan ia sentiasa terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif LY24K Gold Serum - Membantu merangsang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu mencerahkan kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit LY24K Gold Miracle Cream - Mengandungi ramuan anti-penuaan untuk yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Ia membantu meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelicinan kulit. Formula vitamin C mampu menggalakkan aktiviti kulit supaya jadi lebih muda LY Bird Nest Body Scrub - Sabun buku bukan alkali yang mengandungi sarang burung Walet dan kolagen. Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. Ia merupakan formula unik dari THAMES SKINCARE dan sangat disyorkan oleh pakar kulit Rysya. Sesuai untuk kulit sensitif.
Bersama Pengasas Rysya Skincare, Puan Norazlina
Selfie dengan Duta RYSYA, Che Ta! hehe
Suasana santai dan meriah di majlis Hi-Tea!
Antara rakan bloggers yang hadir menceriakan suasana Hi-Tea bersama Che Ta. Masing-masing bergaya penuh stylo!
Untuk korang yang masih tercari-cari rejim kecantikan kulit wajah yang sesuai, kenapa tidak korang cuba rangkaian produk RYSYA? Mana tahu ia boleh jadi satu pelaburan yang berbaloi untuk korang nanti. Gunakan hari ini dan rasakan perbezaannya! Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi :
Dah lepas makan, baru lega sikit rasa. Dok berehat kat sofa sambil dok belek-belek video, ternampak satu video kejadian petang tadi yang bikin aku geleng kepala bila melihatnya ! Apa tidaknya, riuh rendah pastu tetiba .... bergegaq tiang pintu pagaq tu baq ang! hahahaha .... adehh ....
Bila video dah jadi viral, macam-macam komen la dapat. Ramai yang menghentam, tak kurang yang mengutuk huhu. Aduh .... penangan kasut mahal jadi murah, sampai sanggup rempuh pagaq. Dan yang ramainya .... hurmm .....
Tapi yang buat aku nak gelak tengok video ni ialah bilamana tiang pintu pagaq tu boleh bergegaq! Kuat sungguh orang Malaysia ni rupanya kan .... terutama bila tahu ada jualan kasut murah! hehehe .... otomatik bertukar jadi Badang masing-masing huhu ....
Tak pasal-pasal jualan gudang tu dibatalkan untuk hari esok dan lusa disebabkan kejadian petang tadi atas sebab-sebab keselamatan.
Ye .... wanita memang gila pada kasut dan boleh jadi 'gila' sebab kasut. Video tadi buktinya ...!
Aku? aku pun suka kasut jugakkk .... tapi bukan jenama tu la hehe. Aku pakai hat mana selesa dan kena ngan saiz kaki aku yang panjang ni. Harga dah tentu aku amik yang berpatutan dan dalam kiraan bajet. Tapi kalau aku kena rempuh tiang pintu pagaq dan panjat pagaq semata-mata nak kejaq sepasang kasut (tu pun kalau ada saiz) ..... hurmmm aku redho pakai selipar biasa je la hehe .... Bila tengok balik gambar ni .... haihhh malu la ....
Orang kata untung jadi orang kurus. Makan banyak badan tetap macam tu jugak. Hakikatnya, betul ke? Mungkin la ... ada kebenaran disitu bagi aku hehe.
Memang aku kuat makan sedikit hehe ... eh kuat mengunyah! Mulut ni ada masa dia memang nak kena kunyah sesuatu. Tapi bukan selalu, cuma bila datang keinginan tu .... haihhh krup krap krup krap! Orang sebelah tegur, "takpe...anim makan banyak pun badan tak naik" .... ishh malu pulak kite hehe...
Dalam banyak-banyak lauk semalam ini yang paling menawan hatiku. Drummet ayam goreng berompah resepi tok laki ambe hehe. Walaupun hanya makan dengan lauk telur goreng letak dalam nasi, itu dah cukup terbaik bagiku hehe! Siap menambah-nambah makan ... bukan nasi tapi ayam! :D
Anak-anak pun suka, terutama kakak. Alhamdulillah selera makan dia dah semakin bertambah sejak setahun dua ni. Kalau tak, aku tengok dia kurus rupa mak ayah tak bagi makan hehe ...
Dan sengaja aku tinggalkan dua ketul lagi drummet ayam ni...buat ngunyah di malam hari. Tengah-tengah malam lapar jugak kadang-kadang hehehe. Tapi entah macam mana boleh terlelap awal pulak huhu ....
Walaupun aku makan banyak tapi badan aku tak naik, itu bukan 'tiket' aku untuk terus jadi lupa diri! Tahap kolesterol kena jaga juga, jangan kata orang kurus takda kolesterol.
Tapi dua ketul ayam berompah kat dapur tu siapa nak perabiskan? Ayah dia? takda maknanyaaaaa. Anak-anak? takmo dah kenyang huhu. Nak tak nak, ibu mithali ni jugak la yang kena perabiskan hehe .... Ok la, aku nak gi mengendap ayam berompah kat dapur jap la ye hehehehe ....
Cuti hujung minggu memang membosankan kalau takda aktiviti nak dibuat. Tambah, kakak dan adik memang cepat bosan kalau tiada aktiviti yang melibatkan fizikal! hahaha. Habis, nak buat macam mana ... jerebu kat luar semakin teruk. Nak pergi taman permainan pun rasa tak selesa sebab main dalam jerebu huhu ....
So, semalam aku bawa kakak dan adik beriadah dan melakukan aktiviti yang paling diaorang suka iaitu melompat! haha. Selama ni habis tilam dalam bilik tu dilenjan dua beradik ni ... tak larat nak marah dah. Kali ni, di Jump Street kami akan melompat sepuas-puasnya!
Tak susah nak cari Jump Street ni tau, kalau dari KL korang lalu Federal Highway amik simpang Jalan Gasing, kat persimpangan lampu isyarat pusing ke kanan. Terusssss je sehingga korang jumpa Jalan Universiti (2.4km) dan masuk ke kiri. Jalan terus dan korang akan nampak papan tanda Jump Street KL di sebelah kanan korang.
Paling senang, korang waze atau GPS aje 'Jump Street Asia' dan ikut laluannya. InsyaAllah korang akan sampai dengan jayanya hehe.
Selesai mendaftar di kaunter, kami dapat sepasang stokin khas ni setiap seorang. Kena pakai stokin ye kalau nak main kat dalam Jump Street ni. Kalau takda, sila beli di kaunter hanya RM5 (tidak termasuk GST). Stokin ni pula bukan sebarang stokin tapi stokin yang ada getah di bawahnya supaya bila melompat tak rasa licin dan kaki boleh landing dengan selamat hehe
Kakak dan adik dah tak sabar sangat nak melompat hehe. Dari mula sampai tengok orang lain terkinja-kinja melompat, diaorang pun dah tak senan duduk dah. Sekarang dah pakai stokin, baru kita boleh mula melompat ye anak-anak!
Oh, lagi satu setiap orang kena pakai tag khas yang disediakan mengikut kiraan waktu untuk setiap sesi. Kalau korang nak melompat satu jam, korang akan dipakaikan tag khas yang berwarna dan lepas satu jam korang kena berhenti main. Sebab tu, aku cadangkan kalau korang nak datang sini dengan keluarga terutama yang bawa anak-anak sekurang-kurangnya kena ada dua jam baru puas melenjan trampolin tu! hehehe
Mula-mula kami main di sini dulu, di The Cage. Tempat ni khas untuk kanak-kanak melompat ye bukan orang dewasa. Jangan risau sebab diaorang ada krew yang menjaga dan memastikan keselamatan kanak-kanak disini. Tapi, kalau anak korang berumur di bawah tiga tahun, ibubapa kena temankan la anak kecil mereka sekali ye.
Dah puas lompat setempat, kami beralih ke Foam Pit. Mula-mula kakak dan adik tak berani nak cuba lompat di sini. Tapi, bila ibu pujuk dan ajak main sekali ... wahhh sakan dua beradik ni melayan sampai tak ingat nak balik hehehe.
Memang berbaloi ajak kakak dan adik try Foam Pit ni. Ia boleh melawan perasaan takut dan mengembalikan keyakinan diri bahawa kita boleh lakukannya! Tak perlu takut .... hanya lompat dan 'mendarat' dengan selamat ke dalam 'lautan' bongkah-bongkah span yang lembut. Serius, ini yang paling kakak dan adik paling suka layan hehe
Ibunya pun sama naikkkkk hahaha! Takpela ... nak pujuk anak punya pasal, ibu sanggup lompat dan terjun sekali. Tak sia-sia pengorbanan ibu, anak-anak memang seronok sakan siap ulang berpuloh-puloh kali hehehe. Tapi jujur, yang ni memang best la! ;)
Di Jump Street pun ada Slam Dunk tau! Korang pernah cuba masukkan bola sambil melompat? Aku dah try, tiga kali try sekali je masuk hahahaha. Eh, ingat senang ke nak buatnya? Tapi ini memang satu latihan untuk mereka yang sukakan cabaran!
Bangga dengan adik sebab berani lakukannya walaupun tiada jaringan hehe.
Antara yang menjadi tarikan utama di sini ialah Big Bang. Kalau korang nak mencuba sesuatu yang lebih mencabar dan suka terbang, mungkin korang patut cuba yang ini hehe.
Tengok rakan blogger Suzai mendarat penuh style gitu! Jangan risau, Big Bang adalah tempat dimana korang boleh lompat dan jatuh tak rasa sakit hehe
Terbaru, Jump Street ada dua program menarik yang korang dan anak-anak boleh cuba disini! Jump Academy menawarkan kelas untuk teknik dan pergerakan yang menarik kepada kanak-kanak. Melaluinya, mereka akan dapat belajar cara untuk mengawal pergerakan badan ketika membuat lompatan dan menajamkan kemahiran mempelajari teknik baru di samping meningkatkan keyakinan dari segi emosi, mental dan fizikal.
Setiap kelas mempunyai 2 hingga 8 peserta dan program ini dibina dengan permainan yang relevan dan belajar untuk bagaimana melompat dengan selamat di atas trampolin.
Untuk mak-mak pula, sementara menunggu anak habis kelas mereka juga boleh join kelas Jump Aerobics. Ia lebih santai, kreatif dan latihan fizikalnya menggabungkan langkah aerobik berirama bersama latihan stretching untuk mengekalkan tahap kecergasan.
Aku berkesempatan tengok mereka kelas diaorang semalam dan memang best la!
Tak best la kalau asyik melompat je kan, kena ada game sikit. Di Jumpa Street, korang boleh main Dodgeball! Tak tahu apa itu Dodgeball? Alaaaa main baling-baling bola kat kawan ... sapa kena kira kalah hehe.
Memang puas layan game ni! Dua kali game, dua-dua team aku kalah haha :p
Yang belakang dua orang tu kanak-kanak riangAzhari danMawardi hehe :D
So, amacam ... menarik kan! Kalau korang tak tahu nak bawa family pergi mana cuti-cuti hujung minggu bolehlah cuba aktiviti di sini. Kemudahan-kemudahan lain turut disediakan seperti tandas, surau, Jump Cafe dan lokar untuk simpan barang
Harga
Waktu biasa (Isnin - Rabu) : RM22/sejam
Waktu puncak (Khamis - Ahad) termasuk Cuti Umum : RM27/sejam
Stokin : RM5/sepasang
Jump Street dibuka 365 hari setahun, so Cuti Umum pun diaorang akan beroperasi seperti biasa:
Ahad - Khamis : 10am-9pm
Jumaat - Sabtu : 10am - 10pm
Kalau korang bercadang nak adakan majlis seperti majlis korporat, jamuan keraian, sambutan hari lahir, Jump Street turut menawarkan pakej yang menarik! Nak tahu lebih lanjut, boleh terjah www.jumpstreetasia.com
Dan, terima kasih pada trainer kami yang comel lote, Lia (baju hitam belang hijau) yang sudi mengajar kami teknik-teknik melompat atas trampolin dan melayan kerenah-kerenah kami yang ada masanya sukar dikawal haha.
Dan pastinya kakak dan adik seronok menghabiskan masa semalam di sini. Bukan saja mereka dapat kawan baru, tapi dapat belajar teknik melompat yang baru, berseronok melompat atas trampolin dan mereka berjaya membuang rasa takut dalam diri mereka. Apapun, sokongan dan penyertaan dari ibubapa sangat penting. Kalau takat suruh diaorang pergi cuba sendiri tapi kita tak join sama memang tak jadi hehe. Hubungan anak dengan ibubapa pun lebih erat terjalin.
Terima kasih Jump Street kerana menerima kehadiran kami sekeluarga! ^^
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti mereka serta cara menempah, korang boleh terjah :
Keunggulan cinta ... dari sinar mata yang bergeloraaaa..
Mau tak bersinar, roti jala yang dah lama diidamkan akhirnya berada di depan mata! Maafkan ibu kerana mengambil sedikit masa yang lama untuk merealisasikan impian Mira ye, dah la Mira kuat sentap kebelakangan ni hehe:p
Dah lama gak la dia minta nak makan roti jala. Suh ibu buat, takmo yang beli punya katanya tak sedap huhu. Kesnya dia masih terngiang-ngiang akan kesedapan roti jala yang aku buat dalam bulan Ramadhan aritu. Walaupun rupanya tak semenggah ... tapi di tekak anak-anak tetap sodap! hehe
Puas makan empat beranak! Ermm ... sebenarnya tak puas baq hang, aku kena repeat buat untuk second and third round makan petang dan malam hahaha. Pastu, esok pagi sambung buat 2 adunan lagi sebelum pegi event.
Balik malam ayahnya nak ngunyah something, roti jala aku la jadi 'mangsanya' hahaha. Pagi ni ... walaupun tak sekolah, masing-masing aku bekalkan roti jala buat makan di rumah pengasuh. Amacam? makan sampai lebam cerita dia ni! hehehe.
Alhamdulillah, at least diaorang berselera nak makan walaupun roti jala tanpa kuah kari. Makan macam tu pun sodap! Cicah ngan gula atau kuah sardin pun menyogat! Perut kalau dah lapar, hadap benda simple macam ni pun jadi sedap .... betoi tak :)
Paling best ailio Mira dah tak meleleh lagi ekekeke :p
Dah banyak hari dah kakak dan adik tak main kat luar. Nak pergi taman permainan pun aku tak benarkan. Itupun sekarang kakak dan adik dah mula batuk-batuk dan mengalami gatal hidung. Beberapa hari lepas, aku dengar pakar meteorologi Singapura menjangkakan jerebu akan bertambah buruk dengan kedatangan El Nino. So, korang kena berhati-hati jugak la ye ... lindungi anak-anak sebaik mungkin dari cuaca panas dan kering serta jerebu yang menyesakkan ini!
Bila dah tak boleh keluar rumah, main dalam rumah pun jadi la. Kalau tak buat sesuatu, kalimah 'bosan' akan keluar dari mulut mereka sepanjang hari!
Bagi mengelakkan mereka melalui hari Sabtu yang berjerebu dan membosankan, aku cipta satu game mudah tapi ada unsur-unsur pembelajaran sikit hehehe ...
Mula-mula aku main ngan kakak, permainannya kita sebut apa saja dan kemudian lukis dan tuliskan atas kertas. Ikut giliran, tak boleh tiru orang sebelah kena lukis ikut imaginasi sendiri hehe. Kemudian tuliskan apa nama benda tu.
Si adik datang dari belakang ... isshhh nampak cam menarik! Kacau ibu jommm! Akhirnya, aku lukis, Mira tukang tulis hehe. Dan, hasilnya boleh dilihat dalam lukisan di atas. Walaupun kami lukis benda yang sama, hakikatnya imaginasi dan pemikiran anak-anak lebih kreatif dan cantik!
Tengok je la ibu lukis tangga ..... *sedih* dengan kakak punya tangga *jeles* hahahaha!
Dah puas main lukis dan tulis, lepas makan diaorang sambung main game ular pulak. Main berdua kalau tak 'berperang' tak syok kan hehe. So, ayah dia masuk join!
Puas tiga beranak main. Mujurlah ayah ada di rumah melayan dua orang puteri ... dan ayahnya pun la yang pandai melayan kerenah anak-anak. Kalau ibu .... habis kembang rambut macam singa! haha :p
Hahahaha ... ini bukan nak cerita pasal jelmaan hantu atau pocong atau orang minyak ye. Bukan itu yang menjelma dalam tv, tapi aku le hehe ....
Kisah bulan lepas masa pergi event Star Light Kids kat Avenue K, aku diinterbiu oleh wartawan #BanananaSquad ni ha! Aduhh ... berpeluh tangan kak long! Mujur Mira ada kat sebelah bagi moral support hehehe :D
Setelah sekian lama menunggu, baru dia muncul semalam. Okla ... takla laju sangat aku cakap, sedang-sedang aje. Muka muncul sekejap nau hahaha! Mira juga untung muka keluar dua kali! :p
Di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun sedikit sebanyak memberi impak kepada kesihatan kulit kita terutamanya pada kaum wanita. Pendedahan cahaya matahari yang berlebihan menjadikan kulit kelihatan tidak sekata, kering dan tidak sihat.
Dan, bila kulit tampak kusam dan kering, ia membawa petanda masalah dalaman dan menunjukkan bahawa pelindung kulit kita tidak berfungsi dengan baik. Sebab itu, kita memerlukan produk losyen pelembap yang boleh memelihara kelembapan kulit serta mencerah dalam masa yang sama! Tentu korang teruja nak tahu apakah keistimewaan rangkaian losyen Vaseline® yang terbaru nikan? Jom aku kongsikan...!
Baru-baru ini aku berpeluang hadir ke majlis pelancaran rangkaian Vaseline® terbaru bertempat di Aloft, KL Sentral. Revolusi Vaseline® kali ini menampilkan teknologi titisan mikro jeli petroleum dalam losyen bagi memberikan lebih kelembutan dan memelihara kelembapan kulit. Mengikut kajian, kebanyakan wanita rajin melembapkan wajah mereka setiap hari tetapi hanya separuh yang melakukan yang sama pada tubuh mereka. Itu bermakna, 95% kulit telah terabai dari penjagaan yang sempurna.
Dengan keadaan cuaca yang panas dan tidak menentu sekarang, kulit kita pasti akan mengalami kekeringan dan kusam kan. Vaseline® dengan jeli petroleum bertanggungjawab menghasilkan perlindungan untuk memerangkap kelembapan dan melindungi kulit, sekaligus menyokong proses pemulihan kulit semulajadi.
Rangkaian produk Vaseline® dengan rumusan titisan mikro jeli petroleum selamat dilancarkan oleh Ashlee Ng.
Info Ringkas Mengenai Sejarah Jeli Petroleum
Ditemui pada tahun 1859 oleh Robert Augustus Chesebrough, ahli kimia British yang mengembara ke Titusville sebuah bandar kecil di Pennsylvania di mana bahan mentah petroleum mula dijumpai. Beliau tertarik untuk mengkaji keberkesanan minyak petroleum dalam proses penyembuhan luka apabila melihat para pekerja minyak di kawasan itu melumurkan lebihan minyak yang ada pada penggerudi itu ke bahagian tubuh mereka yang luka atau melecur. Sejak dari itu, Chesebrough memulakan misinya untuk membantu mencari penyelesaian kepada kulit kering.
Selepas melalui proses pengekstrakan dan pembersihan bertahun-tahun, beliau akhirnya memperkenalkan ia sebagai "Wonder Jelly" kepada umum di Amerika secara besar-besaran. Dan, pada tahun 1870, beliau membuka kilang di Brooklyn, NY dan menjelajah seluruh New York dengan kereta kuda, memperkenalkan produknya sebelum ia mula diiktiraf secara global di seluruh dunia!
Ok, berbalik kepada majlis pelancarannya, rangkaian Vaseline® terbaru mengandungi jeli petroleum yang bukan sahaja boleh melembutkan kulit tetapi teknologi jeli petroleum bertindak dari dalam kulit untuk memulihkan kekeringan dan membantu proses pembentukan sel kulit baru. Di samping itu, ia turut bertindak mencerah kulit dari dalam memberikan perlindungan dari sinaran UV.
Aku sendiri berpeluang buat test kelembapan kulit dan bacaan menunjukkan kadar kelembapan kulit aku .... hanya 23.7% ajeeee?? Kering giler baq hang! hehe. Tu la .. hari-hari duduk dalam opis dingin sejuk beku ... mau tak kering kulitku! Tengok reaksi muka aku tu pun dah tahu kan ... sedihhhh hahaha :D
Tapi lepas sapu losyen Vaseline® Healthy White kat tempat yang kering tadi , kadar kelembapan kulit aku naik kepada 86.2%! Hou yeaaaaa
Rangkaian produk losyen Vaseline® yang baharu dengan titisan mikro Vaseline® Jelly ialah satu rumusan tidak melekit yang mampu menjadikan kulit cerah dan lembut. Ia melembap jauh ke dalam untuk memulihkan kulit kering, membantu mempercepatkan pemulihan kulit dan menyokong pencerahan kulit dengan menyingkirkan kulit rosak dari dalam.
Hanya dengan sapuan dua kali sehari secara konsisten, kulit korang akan jadi lebih lembut dan lembap serta sihat dari dalam.
Terdapat titisan mikro Vaseline Jelly di dalam 8 varian rangkaian losyen Vaseline Intensive Care dan rangkaian Vaseline Healthy White. Malah, semua varian pencerahan hadir dengan manfaat tambahan untuk memenuhi keperluan kulit setiap individu.
Rangkaian Pencerahan Sihat Vaseline merangkumi:-
Insta Fair dengan Skin Micro Reflector, vitamin B3 dan Glycerin – untuk kecerahan nyata dari aplikasi pertama dan melembapkan kulit agar kulit kelihatan cerah dan lembut sentiasa
UV Lightening dengan vitamin B3 dan tiga kali ganda pelindung suria - untuk kulit lebih cerah dalam masa 2 minggu
Perfect 10 dengan AHA dan Pro Retinol - untuk manfaat 10-dalam-1 bagi kulit yang kelihatan cerah sempurna
SPF24 PA++ untuk Perlindungan UVA dan UVB – untuk pencerahan kulit di di sampling pelindungan dari matahari
Rangkaian baharu Vaseline dengan titisan mikro Vaseline Jelly kini boleh didapati di kini boleh didapati di semua semua peruncit utama, farmasi dan pasar raya besar di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang produk tersebut, layari www.vaseline.com.my.
Takda selera makan ... bermula semalam. Tak pernah jadi begini. Biasa kalau nampak gulai kambing, aku pasti akan teruja! Tapi, semalam dalam sejarah, buat pertama kalinya ... aku makan tak habis!
Assudohhh ....!
Hari ni pun sama, bawa bekal nasi goreng tapi sepi begitu je la kat tepi beg. Apasal pulak dah ni? Mana gi 'jin' yang orang dok selalu kata aku ada membela tu? Dah kenyang bebenor ke jin aku tu hehehe ....
Ya Allah ... kembalikanlah selera makanku yang dulu. Walaupun aku tahu badan takkan jadi sekembang yang orang harapkan tapi kembalikanlah .... huhu ...
Anyway, kembali kepada tajuk asal ... cerita pasal anak-anak la ni. Kakak kan suka membaca. Dari hari tuuuu lagi dia dok teriak nak pergi Perpustakaan Negara. Time tu pulak memang jerebu teruk kat luar ... kesian dia.
So, aku tak boleh lah nak diam buat tak tahu je. Dah anak suka membaca, setakat bagi sokongan saje tak membantu kalau takda bahan bacaan untuk dia. Anak dah suka membaca buku tu pun dah seribu rahmat bagi aku ... berbanding aku dulu .... hurmmm harapkan komik Dragon Ball ngan Doraemon tu je la hahaha :p
So, satu hari aku buka emel jabatan dan terbaca perpustakaan sini ada pinjam buku baru dari Perpustakaan Negara. Wow! menarik ni .... aku boleh pinjam untuk kakak dan adik kot ha? Adik tu dia suka ikut apa kakak dia buat. Kalau kakak dia mengadap buku, insyaAllah dia akan ikut sama ...hehe.
So, dengan gigihnya aku menaiki lif ke tingkat atas. Perghh .. berkurun lama aku tak masuk perpustakaan jabatan ni hehehe. Kalau tak kerana memikirkan anak-anak suka membaca, mungkin kaki yang panjang ni tak sampai-sampai lagi hehehe :D
Belek punya belek, akhirnya aku jumpa apa yang kakak dan adik nak! Bukan boleh pinjam semberono gitu je .. kena tengok apa jenis bahan bacaaan yang diaorang suka. Salah pinjam, memang tak berusik la buku tu ...huhu ...
Kakak suka baca jenis cerita yang panjang sikit, tapi bukan novel. Dia suka komik! Ada dialog, ada gambar, ada intonasi dan penceritaan yang menarik .. itu dia berkenan la. Adik lebih kepada buku yang cantik hehe. Kulit buku kena cantik, gambar dalam mesti menarik, pastu ayat sikit .. takmo banyak-banyak! hahaha. Apa pesen budak kecik ni ye? .... takpela, janji dia mau gak membaca huhu ....
Dua buah untuk kakak dan sebuah untuk adik. Tentu boleh agak kan adik punya buku yang mana? hehe. Apala agaknya nasib anak rusa nani tu ... huhu. Tak sia-sia ibu pinjam, anak-anak ibu suka rupanya buku-buku ni! Memang kakak suka baca komik, tapi komik yang macam mana aku boleh bagi dia baca? Aku takmo dia baca komik macam aku dulu ... hanya sekadar hiburan. Aku nak komik yang boleh beri dia benda positif ... tapi dalam masa yang sama dia seronok baca! Haaaa ..... Alhamdulillah Misi 10A Finale tu memang terbaik! Sebelum kakak baca, ibu dah habis baca sambil tunggu bas hari tu hehehe. Memang menghiburkan dan memberi mesej yang positif kepada kanak-kanak dan remaja. Bila dah habis, kakak minta aku pinjamkan lagi ... kali nak Misi 8A katanya hehe.
100% berwarna!
50 Kisah Sebelum Anak Tidur tu pun best! Ada kisah-kisah zaman sahabat Nabi, dengan gambar yang menarik. Kakak bercerita ... ibu duduk sebelah dengar. Kalau tak tahu, dia akan tanya soalan tentang benda yang dia tak faham. Itulah kakak ... hehe
Adik? Syukur banyak dia suka buku tu Nasib Anak Rusa Nani tu! hehe. Dengan Mira kena hati-hati sikit ... pantang betul kalau dia nampak perkataan lebih banyak dari gambar! haha. So, aku pilihkan dia buku cerita ringkas ni. Ada gambar dan ceritanya menarik. Boleh test bacaan dia lagik! Pastu, baru dia konfiden nak bercerita depan kita.
So, bolehke kita tentukan bahan bacaan untuk anak-anak? Boleh ... asalkan kita tahu kesukaan mereka. Kena pastikan juga apa yang ada dalam buku tu kan. Yang penting, kena galakkan diaorang membaca selalu. Tak sabar ibu nak pinjam buku lagi ... hehe :D
Beberapa minggu yang lepas, aku dapat panggilan dari abah yang dekoder ASTRO kat rumah tu buat hal ....lagi! Siaran tetiba terputus dan gambar blank. Disebabkan dekoder tu atas nama aku, maka aku la kena setelkan. Try call customer service dan katanya disebabkan masalah teknikal. Nak tak nak kena tukar dekoder tu pada dekoder NJOI memandangkan dekoder aku yang sekarang tu dah takda warranty, jadi aku kena langgan semula NJOI dan bayar RM438+ untuk tukar dekoder dan piring satelit! Perghh ... keje gila ni! Takkan sebab nak tukar dekoder aku kena berhabis dekat RM500? Tapi prosedur dia dah memang begitu ... katanya. Dan hampir-hampir aku nak tukar kepada Astro-Beyond yang kena bayar tiap-tiap bulan tu. Ish ... orang lagi nak elak dari tambah bil, mujur tak jadi amik huhu. Mana nak cari kedai yang ada jual dekoder NJOI? So, dia cadangkan aku gi kedai yang ada lambang Astro dan tanya kalau-kalau ada jual dekoder NJOI second-hand.
Hurmm ... dekoder duduk kat Melaka, masa bila pulak aku nak gi kedai cari dan kemudian hantar balik Melaka? Terpaksa susahkan abah gi cari sendiri di sana. Dan, akhirnya abah jumpa jugak kedai tu. Tauke tu bagi nombor telefon technician tu dan terus abah call tanya kalau dia ada dekoder NJOI second-hand punya.
Bingo! Technician tu datang umah dan tolong pasangkan sekali. Upahnya .... RM100 sekali ngan dekoder dan warranty selama 3 bulan. Ok sangat dah tu .. suka mak tengok gambar tv cantik semula hehehe. Walaupun mak jarang sangat nak tengok tv terutama di waktu malam, tapi kalau tv rosak atau gambar tak cantik ... hati risau gak, katanya hehe :D
Takda NJOI pun takpa sebenarnya, tapi rugi la sebab akaun masih aktif dan dah tak perlu bayar apa-apa bil. Mujur ada jalan alternatif ... hati senang duit tak terbanggg! hahaha :p
Menantikan kelahiran cahayamata adalah idaman setiap ibubapa, terutama yang bakal menerima kehadiran cahayamata pertama. Dan sebelum melalui saat-saat kelahiran yang mengujakan, ibubapa sudah tentu ingin membuat persiapan kelengkapan bayi yang praktikal, selamat dan trendy!
Baru-baru ini, aku berpeluang hadir ke majlis pelancaran Katalog Bloom & Grow 2015 bertempat di Talent Lounge, Damansara Perdana. Bagi yang belum tahu, Bloom & Grow adalah pengedar barangan dan kelengkapan ibu, bayi dan kanak-kanak terkemuka di Asia Pasifik. Pelancaran Katalog Bloom & Grow 2015 menghimpunkan lebih 500 produk khusus untuk bayi dan kanak-kanak dari pelbagai jenama premium dari seluruh dunia seperti Ergobaby, Skip Hop, The GRO Company, OXO Tot dan Trunki serta dipasarkan di kedai-kedai barangan ibu dan anak seluruh Malaysia.
Selain memperkenalkan rekabentuk dan corak terbaru dari jenama sedia ada, dua jenama terbaru turut ditambah dalam edisi Katalog Bloom & Grow 2015 kali ini, iaitu CuddleCo dan Make My Day turut diperkenalkan di majlis ini.
Turut menceriakan majlis adalah pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya bersama puteri kesayangan mereka, Lara Alana yang aktif! Selain itu, turut dijemput adalah selebriti dan juga ibu kepada dua orang puteri, Sharifah Sofea dan mommybloggerIlly Ariffin bersama anak beliau yang akan memperagakan koleksi terkini 2015.
Sebagai ibubapa, pemilihan barangan dan produk untuk bayi dan kanak-kanak bergantung kepada beberapa aspek seperti, praktikal dan selamat digunakan. Menyedari kepentingannya, Bloom & Grow memastikan produk yang diperkenalkan adalah inovatif, selamat, praktikal serta mempunyai daya tarikan kepada ibubapa dan anak-anak tanpa mengira umur.
Turut menjadi tumpuan di majlis pelancaran Katalog Bloom & Grow 2015 ini adalah persembahan fashion show oleh model-model cilik dan comel yang memperagakan koleksi terkini 2015 kepada hadirin.
mummy Scha bersama diaper beg dari jenama Storksak penuh bergaya!
Antara produk menarik dalam Katalog Bloom & Grow 2015 :
Make My Day
Diperbuat dari 100% BPA free silicone, bip atau alas dada yang cantik dan menarik ini tahan kotoran, mudah dibersihkan dan boleh memerangkap sisa makanan lebihan yang jatuh ketika si kecil makan. Ia sesuai untuk bayi berusia dari 6 bulan sehingga 3 tahun, boleh didapati dalam rekabentuk menarik seperti koala, penguin, burung hantu, tuksedo dan lain-lain.
Harga : RM55.90 - RM69.90
Boleh didapati di : Bebe Totz
CuddleCo
Ubahsuai stroller anda dengan Comfi-Cush Memory Foam Liner dari CuddleCo yang menarik, fashionable dan bergaya ini! Dengan rekabentuk unik dari fabrik mewah, CuddleCo adalah inovasi tambahan untuk memberikan keselesaan dan sokongan kepada bayi anda. Ia sesuai untuk hampir kesemua kerusi tolak dan didatangkan dalam tiga tali bahu boleh laras untuk mengubah kedudukan.
Harga : RM179.00
Boleh didapati di: TBA
Skip Hope
1. Koleksi Forget Me Not
Beg sandang dan set bekas makanan yang menarik ini didatangkan dalam 4 corak menarik dalam iaitu, corak Hati, Awan, Kilat dan Specs. Koleksi Forget Me Not ini turut mempunyai aksesori seperti penyedut botol, Lunch Kit dan balang makanan kedap udara.
Harga :
Beg sandang & set bekas makanan : RM215.00
Penyedut botol : RM25.90
Lunch Kit : RM54.90
Balang makanan kedap udara : RM89.00
Boleh didapati : Baby Wonderland, Babyland, BabyMore, Bebehaus, Toys World, Applecrumble and Fish, Camomile Spring Malaysia, Hamley's, Happikiddo, Happy Mums, MamaPandaEnterprise, Mini Boss Baby Shop, The Baby Shop Dot My, The Babyloft dan lain-lain
2. Rolling Owl Push Toy
Ajarkan anak berjalan dengan ditemani Rolling Owl Push Toy yang dicipta khas untuk si kecil yang baru nak belajar berjalan. Sesuai juga untuk dijadikan barang mainan.
Harga
Rocking Owl Stacker : RM89.00
Rolling Owl Push Toy : RM149.00
Boleh didapati di : Poppies, Baby Tree House dan The Babyloft
Trunki
Jadikan pengalaman percutian bersama si kecil anda lebih menarik dengan beg pakaian 3-in-1 ride-on, Trunki. Ia diperbuat daripada plastik tahan lasak dan rodanya boleh bertindak sebagai tunggangan si kecil. Dalam meluaskan kepelbagaian coraknya, Trunki telah menambah edisi terbaru dalam koleksinya, antaranya Hello Kitty Lilac, Bronco, Bluebell, Frank, Pearl, Tony dan Zimba
Harga : RM219.00 - RM295.00
Boleh didapati di : Babymore, Bebehaus, Bumps & Bundles, Happikiddo, Shopping Emporium KLIA and KLIA2, Poppies, The Baby Shop Dot My dan The Babyloft
Eyetribe
Lindungi mata si comel dengan koleksi cermin mata bergaya dari Eyetribe inspirasi dari pereka Frankie Ray. Kanta cermin mata diperbuat dari bahan polikarbonat yang 100% tahan lasak dan mempunyai perlindungan 100% dari sinaran UV. Koleksi ini sesuai untuk si comel dari 0-18 bulan, 1-3 tahun dan 3 tahun keatas.
Harga : RM99.00
Boleh didapati di : Baby Dots Enterprise, Baby Tree House, Happy Mums, Kiddie Garden, Bebe Totz, Poppies, Smoochies, Sw Sia Pharmacy Sdn Bhd dan The Babyloft.
Ergobaby
Ergobaby® adalah pemenang anugerah rekabentuk carrier yang ergonomik kini memperkenalkan Ergobaby Natural Curve Nursing Pillow. Bantai yang direka khas ini mempunyai lekuk untuk meletakkan bayi dalam kedudukan yang ideal perut-ke-perut untuk penyusuan yang lebih selesa.
Harga : RM399.00
Boleh didapati di : Babyhaus, Bebe Totz, Bumps and Bundle, Happikiddo, Poppies, Smoochies dan The Babyloft.
Turut memeriahkan majlis pelancaran pada hari itu, pertandingan mendeko bilik si comel oleh Awal dan Scha bersama pasangan pilihan masing-masing. Memang gamat suasana bersorak untuk team masing-masing. Nak tahu siapa menang?
Tanpa disangka-sangka team Awal menang cabaran deko bilik kali ini! hahaha. Tapi, memang aku nampak kekreatifan Awal dan pasangannya ketika menghias bilik. Tahniah diucapkan pada team Awal Ashaari!
Bloom & Grow turut menjadi pengedar kepada peruncit seperti Mothercare, Bebehaus, Fabulous Moms, Happikiddo, The Babyloft, One Baby World, Poppies, Happy Mums dan cawangan lain seluruh negara.
Me with Scha :)
Mira bergaya dengan backpack dari #SkipHop
Untuk maklumat lanjut mengenai Bloom & Grow serta mendapatkan tips dan nasihat tentang alam keibubapaan, korang boleh layari :
Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2015 yang berlangsung pada bulan lepas, Bausch+Lomb Malaysia telah mengadakan satu Kempen 'Care For Your Eyes' di laman media sosial bagi mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB). Selain bertujuan untuk memberi sumbangan, kempen yang berlangsung dari 11 Ogos sehingga 30 September 2015 yang lalu itu juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul. Dan selama sebulan setengah kempen ini berlangsung, Bausch+Lomb telah menerima sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai dan juga selebriti yang turut sama menyumbangkan video pendek mereka melakukan senaman mata kemudian memuat naiknya di Facebook masing-masing beserta #bauschandlombmalaysia& #careforyoureyes dan tag tiga orang rakan untuk melakukan perkara yang sama.
Pengarah Urusan Bausch+Lomb, Singapura dan Malaysia - Jake Kim
Dan, pada minggu lepas satu majlis penyerahan cek sumbangan telah berlangsung di ibupejabat Bausch+Lomb Malaysia yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia, En. Radha Krishnan.
"Kami gembira kerana dapat mencapai kedua-dua objektif kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul disamping mengumpul dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan melalui kempen Penjagaan Mata Anda ini. Dengan projek ini, kami berjaya menyumbang semula kepada masyarakat disamping mendidik orang ramai tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan mata mereka dengan lebih baik. Kami sebagai pelopor inovasi, berharap untuk terus menjalankan kempen-kempen unik seumpama ini pada masa akan datang," Jake Kim berucap di majlis itu.
Penyerahan cek sumbangan
Melalui kempen 'Care For Your Eyes', Bausch and Lomb Malaysia berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM8,800 dan penyerahan cek sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan Bausch+Lomb Malaysia & Singapura, Jake Kim kepada wakil Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB), En. Radha Krishnan. Seperti yang aku cakapkan tadi, kempen 'Care For Your Eyes' ini telah menarik minat para selebriti tempatan dengan penyertaan video-video mereka memuat naik video senaman mata. Untuk pengetahuan korang, untuk setiap video yang dimuat naik, Bausch+Lomb Malaysia berikrar untuk menyumbangkan RM5 kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia. Antara selebriti yang terlibat ialah Amber Chia, Belinda Chee, Nadia Heng, Daphne Iking, Atikah Suhaime dan Diandra Arjunaidi.
Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB) memberikan perkhidmatan dan peluang untuk penyertaan, penglibatan dan integrasi yang lebih luas kepada orang-orang cacat penglihatan dan juga mempromosikan pencegahan kecacatan penglihatan.
Kalau korang nak mengetahui lebih lanjut mengenai MAB, korang boleh layari www.mab.org.my
Semoga usaha murni ini oleh Bausch+Lomb Malaysia ini dapat diteruskan pada siri kempen yang akan datang, dan moga lebih banyak syarikat korporat lain akan turut sama mengadakan kempen seperti ini dalam membantu mana-mana organisasi yang memerlukan sumbangan untuk pembangunan program dan kemudahan lain yang diperlukan.
Lepas hantar kakak dan adik ke sekolah masing-masing untuk program Hari Sukan Negara, kami cadang nak lepak di Subang. Masih terlalu awal ... cari makan dulu! Sarapan apa yang paling ideal di waktu pagi yang dingin macam ni? Tekak ni dah selalu sangat telan roti canai dan nasi lemak ... uhhh kita makan benda lain la pulak ... nak?
Dulu kalau gi Subang, mesti akan singgah kat kedai nasi lemak ganja dekat sekolah Cina tu. Kali ni takmo la ... lalu cik abe cadang moh kita gi makan kat kedai nasi gulai darat. Huh?
Cik abe kata makan sini sedap. Orang yang menjual tu pun ore Kelate, maka resepi kesedapannya keasliannya memey terpelihara molek! hehe. Lagi satu, sini popular dengan gulai itiknya. Oopss sorry ... aku itik itik ni memang tak makan ye. Gulai telur itik pun aku pandang sebelah mata je ... hahaha.
Hurmm ... mulala terkenang kehidupan di Kuantan dulu. Sana senang nak cari nasi kerabu nasi dagang nasi berlauk ni. Sedap pun sedap ... maklumla, sana ramai yang asal Kelantan. Kat KL bukan takda .. tapi tekak takleh terima! Tak padan ngan harga ... beras entah apa-apa yang dia guna.
Takpe, kita try masuk dulu. Time ni belum kul 8am pun .. tapi orang dah berkerumun depan kedai. Ermmm tetiba teringin pulak kat nasi kerabu .. huhu..
Kuih muih dan nasi lemak
Akok ... nyumm nyumm
Laksam
Nasi kerabu dan nasi dagang
Malas nak berhimpit-himpit .. kita duduk cop tempat dulu hehe.
My nasi kerabu. Daging bakar dah habis ... ayam pun jadi leeeee
Cik abe punye nasi kerabu ... tau dah kan siapa kasi perabih daging? hehe
Alhamdulillah ... kenyang laki bini pagi tu sampai ke tengahari! hehe. So, lepas ni kalau gi Subang boleh singgah Kg Melayu Subang try nasi dagang atau nasi berlauk pulak di sini ... :)
Sejak bila .... ? Sejak aku terjumpa album setem lama milik abang aku ketika sedang mengemas bilik dia dulu. Aku tak tahu pun abang aku tu sebenarnya pengumpul setem! Nampak luaran ganas .... suka karate anak orang hehehe. Layan pun lagu ganas ... pakai jeans koyak dengan tshirt gambar tengkorak. Faham-faham je la remaja tahun 80an-90an, tapi rupanya .... dia suka kumpul setem! hehe.
Aku buka album setem dia .. aku semakin khusyuk dan tertarik dengan koleksi setem yang dia ada. Semuanya setem lama yang aku tak pernah tengok sebelum ni. Menurut mak, abang aku tu memang hobinya suka kumpul setem .... duluuuuu zaman sekolah rendah dan menengah! Siap ada kawan dari luar negeri lagi yang sanggup bertukar-tukar setem.
Sejak dari hari tu, aku nekad sambung 'legasi' hobi abang aku! ngeeee :D
Aku pun tak sangka aku akan suka pada setem hehe. Nak kata minat sejak kecil itu tidak la ... tapi semuanya berpunca dari album setem lama abang aku. Aku takda hobi khusus masa kecil-kecil dulu. Yang aku tahu, aku suka main kat padang berlari-lari sana sini ngan kengkawan. Bab kumpul mengumpul ni memang aku payah sikit hehe ...
Lama-lama aku semakin suka dan jadi ketagih dengan setem. 'Bazar' setem kat Pos Besar Malaysia, dan di sanalah aku akan menapak setiap pagi hari Sabtu untuk belek sepuas-puasnya koleksi setem yang ada dijual di sana. Yang nak dicop? yang taknak dicop? setem dalam negeri? luar negeri? semua adaaaa ... cuma perlu bawa duit je hehe ...
Tidak seperti abang aku yang ada kawan dari luar negara yang boleh bertukar-tukar setem, aku hanya mengumpulnya untuk sendiri dan suka-suka sambil mengisi masa lapang. Tapi, aku tak puas dengan hanya dapat setem melalui sampul surat aje. So, aku gi sendiri ke Pos Besar Malaysia dan jadi ahli setem & filateli secara rasminya. So, tiap-tiap bulan atau bila ada setem baru ... mereka akan hantar padaku hehe ...
Aku tak tahu la samada ini obses atau tidak, tapi pernah satu ketika dulu aku memang 'gila' melepak kat Pos Besar Malaysia tu semata-mata nak tengok dan beli setem! Setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga (kalau tak silap aku la), aku akan curi-curi guna kereta abah (masa tu baru dapat lesen haha!) dan pecut terus ke sana ... seawal jam 8pagi! Ada satu hari tu, aku kantoi terguna kereta lama sangat ... sampai abah marah-marah dalam telefon suruh balik cepat sebab helmet dia dok dalam bonet kereta ... hahaha!
Adehh ....
Bila ko dah ralit membelek setem kat sana, jangan harapla ko nak balik cepat! hehe. Aku memang boleh tak makan tak main kalau ngadap setem dulu. Orang kata 'cuci mata' kekdahnya ... tak dapat beli takpe, janji dapat tengok hehe
Tapi kalau dapat koleksi setem yang aku memang berkenan ... perghhh nikmatnya tak boleh digambarkan! Makin bersemangat aku nak menambah koleksi lagi hehe....
Dan hobi ini berlarutan sampai aku dipindahkan ke Kuantan. Duduk di negeri orang, memang kena ada hobi sendiri untuk mengisi masa lapang. Nak gi umah pak sedara mak sedara takda pulak yang tinggal berdekatan. So, aku habiskan masa dengan kumpul setem je la huhu ...
Nikmat kumpul setem ni hanya yang ahlinya saja yang tahu ..... betul dop? hehe. Selain dapat mengenali kebudayaan dan negara orang, aku dapat belajar tentang nama lama sesebuah negara. Kagum aku tengok betapa gigihnya abang aku yang brutal tu dulu mengumpul setem hehe. Tak tahulah samada nak turunkan hobi ni ke kakak dan adik atau tidak. Aku takmo paksa diaorang .... dan juga takmo setem kesayangan aku ni 'hilang' tanpa dikesan ...hahaha. Faham kan maksud aku ...? :D
Tragedi lutut berdarah di petang Sabtu ketika sedang seronok berlompatan dengan tali lompat kepunyaan kakaknya. Alkisahnya, my kenit Mira dah pandai main tali lompat. Teruja sangat dan dia berkobar-kobar menunjukkan kemahiran lompatannya pada aku petang kelmarin...
Dalam keghairahannya menunjukkan aksi lompatan, inilah hasilnya .... huhu...
Memang lutut kalau dah injured, duduk tepi je la jawabnya hehe. Yang aku pulak tengah syok layan badminton dengan si sulung, Wani. Alhamdulillah, terer dah dia main badminton sekarang ni. Bila dah pandai main, memang syok layan petang-petang dengan anak dara hehe ...
Malamnya? malamnya pulak, ada bola kannnnn. Opkos, si ayah berharap pasukan ATM menang malam tu, tapi hampa .... tiada jeritan GOLLLLLLLLL kedengaran dalam rumah malam itu apabila JDT membelasah sampai 4-0!!! Perghh .....
Begitu juga dengan pasukan Perak yang tumpas 1-0 kepada Sarawak malam yang sama! Dah la Sarawak main tanpa kehadiran penyokong sendiri .. pun Perak boleh kalah lagi?? Aiyaakkkk ...
Bertambah kecewa bila Pahang pun turut sama 'berjangkit' kalah besar 4-1 kepada PKNS FC di Stadium Darul Makmur! Patutla sugul je laki aku malam tu hahaha!
Aku? Aku pulak bahagia tengok 'pakwe' hensem aku berkungfu dalam filem Fong Sai Yuk malam tu hehehehe. Memang tak pernah jemu kalau tengok dia beraksi, tambah cerita kung fu dia yang lama-lama dulu tu ... i likeeee sangat!
Ini bukan cerita rekaan semata-mata, tapi pengakuan ikhlas dari seorang rakan aku berbangsa Cina. Arghhhh stres pulak tengok angka sebanyak tu hahaha! Kata dia lagi, sekarang ni permintaan untuk jaga ibu yang sedang berpantang dan anak yang baru dilahirkan sangat tinggi, tapi nak cari orang yang mahir dan sanggup jaga setiap hari cukup payah huhu ....
Pasaipa sampai RM4200?? Haaa itulah upah jaga ibu yang sedang dalam berpantang dan anak yang baru dilahirkan untuk tempoh 30 hari. Itu belum termasuk duit ang pau lagi tau! Kata rakan aku ni, dah habis tempoh sebulan tuan rumah kena bagi pulak lagi ang pau RM200 kat tukang jaga tu ... so total RM4400!!
Kerja dia? Hanya masakkan lauk untuk ibu berpantang dan jaga baby saja dari pagi sampai malam. Benda lain dia tak usik. Kemas umah dia tak buat. Lagi satu, makan dan tempat tinggal juga disediakan ... fuh! bahagia betul kerja macam ni hehe. Lebih bahagia dari buka taska dan kena jaga 30 orang budak sekali gus huhu .... Kata dia lagi, 'bisnes' ini memang dah ada sejak 20 tahun yang lalu. Time dia dulu, upah jaga ibu dan anak hanya sekitar RM2700 je .... masa tu! Tapi dia beruntung sebab mak dia boleh masakkan lauk berpantang dan suami tolong jaga anak.
Tapi bagi yang lain-lain tu ...? memang kena upah orang la tolong tengokkan anak dan masakkan lauk berpantang huhu. Hurmm bayar yuran taska anak RM300+ sebulan pun dah semput semput, inikan pulak RM4000+ untuk sebulan je! Kalau mampu ok la, kalau aku ... geleng kepala je la hehe .... Bak kata dia, mau hidup pun pakai manyak duit ... mau mati lagi manyak pakai duit looo .... Gitulaaaaaa ..... hehehe
Dah lama dia berhajat nak datang sini. Tapi selalu je ada 'halangan' kecil yang membantutkan hajat si sulungku ini. Aku tahu, dia memang suka datang sini baca buku ... kalau boleh setiap minggu!
Payah sangat ke nak penuhi hajat si anak? Bukan dia minta pergi tengok wayang atau shopping di KLCC pun. Well, at least bukan sekarang la kan hehe. Di waktu usia begini dulu, aku tak cakna langsung pasal buku! Bila dapat anak yang suka membaca, tu pun tak reti bersyukur lagi ke!
Macam Ustaz Don cakap, zaman sekarang kita dah tak boleh SURUH anak tu pergi solat. Tapi, kita kena AJAK anak solat bersama. Sama jugak dengan membaca ... aku dan ayahnya tak boleh simply, "kakak ... adik gi baca buku sekarang" tapi kami kena turut serta membaca bersama atau bawa mereka ke tempat yang sepatutnya untuk membaca.
Sumber buku di rumah pun agak terhad, sebab kebanyakan buku yang aku beli time diaorang masih kecil lagi. Habis, takkan dia nak ngadap buku teks yang sama setiap hari hehe. Tak puas baca katanya ... maka, Perpustakaan Negara la tempat yang paling afdal untuk mereka mengubati kerinduan hehe ....
Part paling diaorang suka kalau datang Perpustakaan Negara, ialah bila dapat pinjam buku! Mentang-mentang sorang boleh pinjam 6 buah buku sekaligus, memang diaorang kasi pulun 'tawaf' satu perpustakaan tu cari buku yang disukai.
Kakak macam biasa, suka baca komik kartun dan kisah-kisah Nabi. Adik suka baca buku cerita haiwan dan buku English. Ibu? Ibu tolong keluarkan mykid anak-anak untuk proses peminjaman hehehe.
Walaupun duduk situ tak lama sebab ayahnya tetiba dipanggil bertugas, tapi dari riak wajah masih-masing dah puas sebab dapat apa yang dihajati.
Hurmm ... kalau ikutkan penat, memang penat sungguh badan ni. Kalau boleh taknak keluar langsung dari rumah tu, nak baring rehat je atas katil sambil layan kartun Shin Chan. Tapi, try muhasabah diri balik ... wajarkah aku pentingkan diri sendiri melayan kepenatan diri dan mengabaikan permintaan si anak? Wajarkah aku halang minatnya yang suka membaca hanya kerana aku tak larat? ....
Masuk hari ketiga hari ni kakak dan adik dicutikan dari persekolahan akibat jerebu. Yang si sulung tu dah mula buat muka bosan, sebab tak boleh nak main kat luar rumah pengasuh hehe. Dah la dari hari Isnin hari tu dia berkobar-kobar nak pergi sekolah, siap sedia dengan barang untuk projek DSVnya, alih-alih cuti pulak sebab jerebu huhu ...
Yang adik? tau apa jawabnye? ... Yeaaa sok tak sekolahhhh... ini budak kecik punya perangai pun kena tengok-tengokkan jugak. Lama sangat cuti inilah jadinya huhu ....
Mujur ada bekalan buku pinjaman Perpustakaan Negara hari tu, memang sorang bawa sebuah buku untuk dibaca di rumah pengasuh. Bawa banyak-banyak tak boleh ... kang jenuh nak cari kalau hilang!
Semalam try bagi kakak bawa raket, nak main badminton katanya. Tapi akhirnya raket tu kawan dia yang main ... dia layan kasut roda kawan pulak! Dah ... hari ni takyah bawa apa-apa la, habuk debu bermaharajalela kat luar tu ... nak main mende?? Duduk la dalam rumah baca buku atau main yang simple-simple aje.
Gambar petang semalam time aku nak balik keje. Lalu ikut Federal Highway memang tak nampak belaka dah bangunan tinggi-tinggi kat belakang tu. Habis kabur pandangan ...!
Lepas Mid Valley .... jalan clear, udara je tak clear
Depan Bulatan Kg Pandan
KLLCC & KL TOWER 'lenyap' ditelan jerebu. Tak nampak apa dah ... bayang rangka bangunan pun tak kelihatan! Memang parok jerebu kali ni. Dan, sebab itulah hari ni aku gi keje pakai niqab! Tak tahan dok asyik gonyoh hidung dari petang semalam. Hari ni memey kena pakai jugak la ... walaupun pagi tadi orang opis dok tenung semacam je hehe.
Tubuh yang sihat dan langsing memang menjadi idaman semua wanita! Sebab tu kaum wanita sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam aspek kecantikan dan kesihatan demi untuk mendapatkan bentuk badan yang diimpikan.
Korang nak dapatkan bentuk badan yang cantik dengan cara yang sihat dan semulajadi tak? Baru-baru ini aku berpeluang mencuba sendiri produk minuman kesihatan Senze iaitu D'Tone dan D'Green dalam usaha untuk kelihatan lebih slim dan sihat!
Menarik bukan ....! jom aku tunjukkan bagaimana! D'Tone - membakar lemak secara semulajadi
Suplemen pelangsing semulajadi yang dibuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan. Kualiti produk ini membantu mencegah penyerapan kalori berlebihan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.
Pengambilan D'Tone yang konsisten untuk tempoh yang lama tidak perlu melalui diet yang menyeksakan.
Kandungan istimewa D'Tone antaranya, soya putih, Garcinia Camboggia, enzim buah-buahan, Acerola Cherry dan buah markisa. Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, kandungan bahan semulajadi dalam D'Tone akan membantu membakar lemak dan meningkatkan aktiviti metabolisme badan.
Kebaikan D'Tone :
a) mempercepat proses pembakaran lemak dan menyekat pengumpulan lemak dalam badan
b) meningkatkan aktiviti enzim dan metabolisme badan
menjadikan kitaran hormon kembali normal
c) mengurangkan penyimpanan air dan edema dalam badan
Cara pengambilan : Suplemen D'Tone didatangkan dalam bentuk sachet, boleh diambil 1 hingga 2 sachet setiap hari. Hanya perlu tuangkan ke dalam shaker bersama air masak dan digoncang sempurna sebelum diminum pada waktu pagi. Ia boleh diamalkan sebelum atau selepas makan pagi. Sebaiknya korang amalkan sebelum sarapan pagi untuk menghalang penyerapan kalori berlebihan yang boleh menyebabkan pengumpulan lemak. Lagipun, ia akan membantu melancarkan penyerapan nutrisi dan proses penghadaman. Pada sesiapa yang mempunyai masalah penghadaman atau tekanan darah rendah, D'Tone sesuai diamalkan selepas sarapan pagi untuk terapi kesihatan diri.
D'Green - Buang toksik dalam badan secara sihat
Suplemen yang mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi ini memudahkan proses pendetosifikasi dalam cara yang lebih sihat dan mudah! Ia membenarkan tubuh kita menyerap lebih banyak nutrisi dan mengekalkan tahap kecergasan.
Khusus untuk menyahtoksik dan menyekat penyerapan lemak serta menurunkan kadar kolesterol, D'Green diperkayakan dengan Pektin, Bromelain(enzim nanas) dan teh hijau yang bertindak sebagai antioksidan Kebaikan D'Green : a) meningkatkan peristalsis usus dan mencegah sembelit b) membuang toksin dan radikal bebas dari badan dengan berkesan c) meningkatkan sistem imunisasi dan memperbaiki penyerapan nutrisi
Cara pengambilan : Suplemen D'Green boleh diambil 1 hingga 2 sachet setiap hari. Hanya perlu tuangkan ke dalam shaker bersama air masak dan digoncang sempurna sebelum diminum pada waktu malam. Ia boleh diambil sebelum atau selepas makan, terpulang kepada kesesuaian korang.
Selain kandungan bahan yang semulajadi, produk tempatan keluaran Herba Setia Marketing (M) Sdn Bhd ini mempunyai pengesahan HALAL oleh Jakim dan sijil GMP yang diiktiraf. Jadi, korang tak perlu ragu-ragu untuk mengambilnya.
HARGA
D'Tone : RM165/sekotak (20 sachet)
D'Green : RM165/sekotak (20 sachet)
Aku berpeluang mencuba dan merasakan sendiri pengalaman mengambil minuman suplemen kesihatan D'Tone & D'Green selama dua minggu. Aku sukakan rasa manis buahnya yang sedap dan tidak meloyakan tekak. Ia memudahkan proses pembuangan toksin dalam badan tetapi tidak mengganggu perut. Malah, aku cepat rasa kenyang dan badan terasa ringan.
Minuman suplemen D'Tone & D'Green sangat sesuai untuk mereka yang vegetarian dan ia selamat diminum tanpa kesan sampingan atau ketidakselesaan pada perut. Pengambilan secara konsisten dan minum air secukupnya insyaAllah akan memberikan hasil yang diidamkan!
Bagi korang yang nak mencuba dan nak tahu lebih lanjur tentang produk suplemen D'Tone & D'Green, korang boleh layari :