Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all 1149 articles
Browse latest View live

Dodol MAMA mesti ada!

$
0
0

Assalamualaikum! Kurang sehari lagi kita nak sambut raya. Mesti ramai yang tengah sibuk cari barang basah nak masak juadah hari raya kan. Orang nismilan panggil Hari Mantai. Tambah pula kita tak dapat balik kampung raya kali ni sebab Covid-19 jadi setiap keluarga nak tak nak kena masak juadah hari raya sendiri di rumah.

Kalau ikutkan hati ni memang nak balik kampung, tapi apakan daya mak dan abah dah tua tak sanggup nak risikokan diaorang dengan Covid-19. Tambah pula sekarang ni, ramai yang positif Covid-19 tapi tak bergejala. Jadi aku amik keputusan, takpelah ... kita beraya di KL je la tahun ni. Dah reda ni semua, kita balik kampung.




Disebabkan aku tak balik kampung, maka tiadalah kuih raya air tangan sendiri. Inilah kali pertama aku beli kuih raya setelah bertahun-tahun buat kuih raya sendiri. Mestilah feeling dia tak sama dan tak syok. Buat kuih raya sendiri lebih puas walaupun penat namatey! haha tapi kepuasan tu terserlah bila anak-anak cakap kuih ibu sedap.

Walaupun kuih raya tak buat tahun ni, satu benda yang bukan air tanganku tapi wajib ada sebagai pelengkap juadah raya ialah DODOL MAMA! Setiap tahun dodol MAMA mesti ada atas meja. Manisan yang laku keras tiap kali datang musim perayaan.

Alhamdulillah kat KL ni ada jual dodol MAMA. Terubat juga rasa rindu pada kampung halaman hehe. Kuih raya? eh ada..mana boleh takda. Kena beli jugak sebekas dua untuk dua orang budak bertuah tu. Beli 4 bekas, dah tinggal 3 bekas. Sebekas kuih almond london dah habis dikerjakan diaorang! huhu.

Selamat hari raya!

Love,

Hanim


PKPB 2 | 23 Mei 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Sehari sebelum Hari Raya Puasa, satu lagi kluster baru dikesan iaitu di Depot Tahanan Imigresen Semenyih dengan 21 kes positif dicatatkan dan yang lain masih menunggu keputusan.

Sementara itu, KKM menasihatkan orang ramai agar beraya di rumah bersama keluarga sahaja untuk lebih selamat. Bagi yang berada dekat dengan ibubapa di kampung, penjarakan sosial masih diwajibkan dan tiada bersalaman atau bersentuhan dengan warga emas. 




Esok dah nak raya, moga kita raikan Aidilfitri ini dengan serba sederhana dan mengamalkan kebersihan dan penjarakan sosial. Jika sebelum ini kita membasuh tangan selepas makan hanya dengan air, maka lepas ni dapatlah kita amalkan cuci tangan dengan sabun dan air seperti yang ditekankan oleh KKM.

Buat para petugas frontliners yang akan bertugas pada hari Raya, terima kasih kerana menjaga kami. Moga diberkati Allah swt.


Stay home celebrate Hari Raya with your loved ones.


Hanim

Fesyen Baju Raya 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Walaupun tak balik kampung, walau hanya beraya di rumah sendiri, baju raya mesti ada! Tahun ni bersempena Covid-19 dan kerana kena keja hari raya, maka fesyen baju raya tahun ni unik sikit.

Tahun ni adalah tahun yang paling banyak aku beli baju raya. Memang 'invest'betul dalam baju raya dan tudung raya. Cukup merbahaya shopping online ni kan hahaha, pantang klik je. Tapi aku bukan beli yang mahal-mahal, sekadar murah dan selesa untuk dipakai dirumah.



Bulan Ramadan rezeki untuk para peniaga online. Walaupun tak boleh buka kedai dan berniaga macam dulu kerana wabak Covid-19, tapi rupanya Allah nak bagi rezeki lebih lagi. Bukan saja untuk mereka tapi juga untuk pembeli macam aku.

Tahun ini aku beli baju kelawar! Ye la, dah tak beraya kemana hanya pergi balik kerja je maka duduk dirumah pun kita nak pakai baju kelawar baru jugak kan haha.

Lagipun tak dinafikan, macam-macam pilihan warna dan corak baju kelawar yang dijual di FB. Ada yang harga murah dan ada yang sedikit mahal bergantung kepada jenis kualiti kain, printed atau lukis tangan.



Dalam pada berpesan-pesan pada diri sendiri jangan terlajak membeli, berbelas jugak baju kelawar yang aku 'rembat' dalam online hehe, tapi yang aku punya 8 helai ni je la. Ok la tu, Malam raya sampai malam ke lapan raya berganti baju kelawar haha!



Love,

 Hanim

PKPB 2 | 25 Mei 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Percubaan merentas negeri pada Hari Raya pertama masih juga dilakukan oleh sebahagian warganegara yang ingin pulang ke kampung.

Namun, ketegasan pihak polis menyaksikan lebih 214 kompaun dikeluarkan semalam sementara 14 kompaun individu dikeluarkan kerana melanggar SOP.

Untuk makluman, ziarah raya hanya dibenarkan pada Hari Raya pertama saja. 




Sementara itu, satu kluster baru dikesan ditapak pembinaan di Lembah Pantai hari ini. Sebanyak 44 kes baru dicatatkan dari kluster tersebut yang kesemuanya adalah pekerja warga asing.

Hari ini juga menyaksikan rekod kes baru sebanyak 172 kes dicatatkan. Namun, 159 kes adalah dari kluster di tiga depoh tahanan imigresen, manakala 4 kes import dan selebihnya adalah kes tempatan.

Raikan hari lebaran ini bersama keluarga didalam rumah sahaja demi memastikan kesihatan dan penjarakan sosial terjaga.

Hanim

PKPB 2 | 26 Mei 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Sudah dua hari KKM mencatatkan lebih dari seratus kes baru Covid-19 dengan hari ini sebanyak 187 kes baru direkodkan.

Dari 187 kes itu, 10 merupakan kes import dan dari 177 kes, hanya 4 kes melibatkan warganegara direkodkan. Manakala selebihnya adalah kes baru warga asing membabitkan tiga kluster dan kluster tapak pembinaan.



Sementara itu, penjawat awam yang didapati gagal kembali bertugas selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh PKPB akan dikenakan tindakan tatatertib.

Sentiasalah mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan demi keselamatan dan perlindungan dari Covid-19.


Hanim

PKPB 2 | 27 Mei 2020

$
0
0


Assalamualaikum! Pengumuman dari Wisma Putra untuk warganegara Malaysia yang ingin pulang dari luar negara. Mereka masih wajib menjalani proses kuarantin selama 14 hari setibanya di tanahair tapi 50% kos kuarantin akan ditanggung sendirian berhad bermula 1 Jun 2020.

Walaubagaimanapun, respon yang diterima dari rakyat berbeza dan kebanyakannya tidak bersetuju kerana bukan semua mereka yang terkandas di luar negara itu dari golongan berada. Ada yang ke luar negara atas urusan kerja dan tidak boleh pulang sebelum 1 Jun 2020 kerana masalah tiket dan lapangan terbang yang masih ditutup untuk sebarang penerbangan.

sumber : fb wismaputra



Sementara bagi warganegara asing yang ingin pulang ke Malaysia perlu menanggung kos kuarantin sepenuhnya bermulanya 1 Jun 2020. Contohnya, kadar kos kuarantin yang dikenakan adalah seperti berikut :


  • 50% dari kadar maksimum hotel RM150 sehari seorang (bagi warganegara), bagi kadar tempoh yang ditetapkan oleh KKM
  • Kadar maksimum RM150 sehari seorang bagi bukan warganegara, untuk kadar tempoh yang ditetapkan oleh KKM

Maklumat lanjut boleh diperolehi di SINI


Stay home and stay safe,


Hanim


PKPB 2 | 28 Mei 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Seramai 4399 PATI yang ditahan di ketiga-tiga depoh tahanan imigresen telah selesai menjalani ujian saringan Covid-19. Sehubungan itu, KP Kesihatan berkata selain demam, batuk dan selsema pesakit Covid-19 juga mengalami kelesuan dan hilang deria baru.

Jadi, walaupun tiada gejala seperti demam, selsema dan batuk pesakit yang disahkan positif Covid-19 akan mengalami lesu badan dan hilang deria bau dan rasa.

sumber : MalaysiaGazette



So, pada siapa yang tiada demam tapi badan terasa lesu dan hilang deria bau dan rasa, jangan hadir ke pejabat dan duduk di rumah.


Stay home so we can stop Covid-19 together,


Hanim

PKPB 2 | 29 Mei 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Hari ini Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan kapasiti bagi penumpang dalam kenderaan tidak lagi terbatas hanya pada 4 orang. Untuk kenderaan kereta, kapasiti penumpang adalah 4 orang tidak termasuk pemandu. Manakala, untuk kenderaan MPV kapasiti penumpang adalah 6-7 tidak termasuk pemandu.


sumber : malaymail


Susulan kes tularan tempatan yang makin sedikit, KP Kesihatan menjangkakan akan ada lebih banyak kelonggaran diumum dalam minggu pertama Jun. 

Namun, orang ramai dinasihat sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan SOP seperti yang ditetapkan oleh KKM bagi memastikan tiada penularan baru di kalangan rakyat tempatan.



Sementara itu. satu lagi kluster baru telah wujud iaitu kluster pekerja pembersihan dimana 24 orang disahkan positif Covid-19 setelah ujian saringan dibuat keatas mereka.

Tika rakyat kita berusaha mematuhi SOP dan penjarakan sosial, timbul pula warga asing yang kebanyakannya pekerja pula yang tidak mengamalkan SOP dan duduk beramai-ramai di rumah sewa. Oleh itu, adalah tugas majikan untuk menasihati dan membimbing pekerja-pekerja mereka untuk amalkan kebersihan dan kurangkan bersesak-sesak di tempat tertutup.


Hanim

PKPB 2 | 30 Mei 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Timbul pula info palsu yang tersebar luas di WhatsApp tentang pembukaan sekolah semula pada Jun ini. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menafikan wujudnya takwim persekolahan seperti yang disebarkan.

Oleh itu, orang ramai diminta tidak mempercayai info palsu ini dan sentiasa mengikuti rapat kenyataan media dari KPM sekiranya terdapat maklumat dan pengumuman terbaru mengenai pembukaan sekolah.




Buat masa ini, KPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pembukaan sekolah. Jika ada pun mungkin akan dilaksanakan untuk pelajar SPM, STPM, STAM dan setara dengannya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Namun, maklumat lengkap mengenainya masih belum dapat dimuktamadkan dan masih di peringkat perbincangan.




Diharap orang ramai terutama ibubapa tidak panik dan keliru dengan info palsu ini. Sentiasalah mengikuti perkembangan dari laman rasmi KPM samada di FB mahupun di laman web.



Hanim

PKPB 2 | 31 Mei 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Minggu pertama selepas Aidilfitri terus merekodkan kes baru Covid-19 yang rendah di kalangan warga tempatan membuktikan ramai yang telah mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.




Namun, penjarakan sosial tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dikalangan warga tempatan dan mengelakkan dari wujudnya kluster baru terutama kluster Aidilfitri.



Hanim

PKPB 2 | 1 Jun 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Kes harian jangkitan tempatan menunjukkan trend penurunan namun, terdapat peningkatan kes harian dari kalangan warga asing dan kes import.

Sementara itu, kes baru Covid-19 hari ini terus mencatatkan angka dua digit iaitu 38 kes dengan 26 daripadanya adalah kes import dan selebihnya adalah jangkitan tempatan.






PKPB 2 | 2 Jun 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Sekatan jalanraya masih dilaksanakan di seluruh negara dan PDRM telah mengeluarkan 220 kompaun dikeluarkan di lapangan. Dari jumlah itu, sebanyak 134 kompaun telah dikeluarkan di sekatan jalanraya.

Antara negeri yang mencatatkan pengeluaran kompuan yang tertinggi di atas kesalahan rentas negeri ialah, Perak (40 kompaun), Sleangor (29 kompaun) dan Pulau Pinang (23 kompaun).

PDRM turut menahan 43 individu diatas kesalahan ingkar PKPB. PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 356 individu di atas pelbagai kesalahan ingkar PKPB, tapi tiada kompaun di keluarkan untuk kesalahan ziarah Aidiliftri.

Kes baru Covid-19 hari ini mencatatkan 20 kes dengan 15 daripadanya adalah kes import yang kesemuanya melibatkan warganegara tempatan.

sumber : JournalWatch


Sementara itu, KP Kesihatan Dr Hisham telah mengongsikan satu artikel tentang bukti kajian penjarakan sosial dapat mengurangkan risiko kebolehjangkitan Covid-19. 

Oleh itu, kita perlu elakkan 3C iaitu crowded places, confined space dan close conversation serta sentiasa amalkan 3W iaitu Wash, Wear dan Warn. Jangan lupa amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.




Hanim

Ustaz Ebit Lew Nak Buka ELewsMart, boleh buka satu kat Desa Pandan tak?

$
0
0

Assalamualaikum! Kalau Ustaz Ebit Lew terrrrrrrbaca entri aku ni, mohon la buka satu cawangan kat Desa Pandan. Memang kawasan rumah aku ni tak banyak pasaraya milik orang muslim/bumiputera walaupun penduduknya ramai orang kita. Kebanyakan kedai dan perniagaan dikuasai orang lain, jadi kadang-kadang diaorang 'tekan' harga sebab tahu kita takda pilihan lain.

Nak keluar ke Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa macam tak praktikal sebab sentiasa ramai orang dan duit minyak lagi. Jadi cadangan Ustaz Ebit Lew nak buka ElewsMart tu amatlah daku sokong tapi pleaseeee buka lah satu cawangan kat Desa Pandan ni ha.



sumber : igebitlew


sumber : rotikaya

Semoga dipermudahkan urusan Ustaz Ebit Lew untuk membuka pasaraya. Kot mana pun aku tetap sokong #BMF dan sentiasa akan support mana-mana produk muslim yang berkualiti dan halal.


Love,

Hanim

PKPB 2 | 3 Jun 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Agak terkejut juga bila dapat tahu kes baru Covid-19 hari ini mencatatkan 93 kes tiga kali ganda dari semalam. Tapi jangan risau ye, kerana daripada 93 kes itu 91 adalah kes melibatkan 4 depoh tahanan imigresen iaitu di Sepang, Putrajaya, Semenyih dan Bukit Jalil.

Manakala, baki 2 kes baru tu adalah dari kluster pasar dan kluster tahfiz. 

sumber : fb DrNoorHisham
Sementara itu, Dr Hisham telah membuat lawatan ke sebuah sekolah bersama Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr Radzi Mohd Jidin bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah pasca PKPB.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pengumuman pembukaan sekolah akan dibuat 2 minggu lebih awal dan keutamaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STAM & STPM.

Jadi, kepada pelajar-pelajar yang terlibat boleh nantikan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mempersiapkan diri untuk kembali ke sekolah. Diharap semua pelajar dapat mengamalkan SOP yang ditetapkan KKM dengan baik dan berdisplin.

Untuk makluman, negara jiran kita Singapore juga telah membuka sekolah semula untuk para pelajarnya.

Selamat kembali ke sekolah!


Hanim

PKPB 2 | 4 Jun 2020

$
0
0

Assalamualaikum! Berbaki lagi 5 hari sebelum PKPB ditamatkan atau diteruskan, kes Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan mendadak iaitu 277 kes. Namun, 271 daripadanya melibatkan bukan warganegara, sementara hanya 4 kes direkodkan untuk penularan tempatan. Lagi 2 kes ialah kes import dimana warganegara mendapat jangkitan di luar negara.

Walaupun kes melibatkan bukan warganegara sangat tinggi dicatatkan, namun kesemuanya adalah tahanan di depoh tahanan imigresen. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak risau kerana kesemua mereka telah dikuarantin dan ia terkawal.





Sementara itu, panggilan kembali bertugas buat guru-guru telah dikeluarkan hari ini menerusi satu surat makluman rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Ini bermaksud bahawa sesi persekolahan mungkin akan bermula dalam masa terdekat, namun keutamaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti SPM, STPM, STAM, SVM dan yang setara dengannya.



Hanim


Aiskrim Boba Tealive

$
0
0

Assaalamualaikum! Air boba Tealive dah biasa minum, tapi yang aiskrim baru nak try. Budak-budak bertuah tu la dok 'menyanyi' kat telinga kat mana ada jual aiskrim boba ni.

Biasa ada jual kat stesen Petron dan 7-Eleven, so ayahnya pergi la cari dalam kedua-dua kedai tu. Akhirnya jumpa dalam 7-Eleven, terus ayahnya beli 4 batang sekali!



Sebelum nak komen sedap ke tak, harga dia RM2.70 kat 7-Eleven. First time kitaorang makan not bad la. Sedap juga aiskrim dia tapi Mira kecewa sikit la sebab dia nak perisa Fresh Milk hehe. Ingat ni air boba ke ape, yang ada cuma Milk Tea la.

Tapi boba dia bila gigit macam gummy, bukan boba yang biasa kita dok ngunyah dalam air boba tu. So, macam kunyah gummy la. 

Bagi aku ok je, tapi lepas makan sekali tu anak-anak tak mintak lagi dah. Tetap juga aiskrim McD kon yang seringgit tu juga yang dikejarnya hehe.



Peminat Paddle Pop,

Hanim

Tiada lagi sekatan rentas negeri!

$
0
0

Assalamualaikum! Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang nak tahu adakah PKPB akan berakhir 9 Jun ni? Walaupun kerajaan beri sedikit demi sedikit kelonggaran dalam beberapa sektor untuk beroperasi tapi aktiviti perniagaan tertentu dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Alhamdulillah syukur, PM dah umum PKPB sudah berakhir tapi akan ditukar kepada PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Memandangkan kes baru Covid-19 harian yang dicatatkan kekal dua digit dan penularannya di kalangan warganegara amat sedikit, kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan aktiviti sosial dan perjalanan rentas negeri bermula 10 Jun.

Dalam tempoh PKPP ini juga, hampir semua aktiviti sosial akan dibenarkan peringkat demi peringkat dengan pematuhan SOP masih diwajibkan. Maksudnya, pasar malam, pasar pagi, pasar tani, lawatan ke muzium, memancing di kolam dan penggambaran filem dibenarkan dengan syarat pematuhan SOP dipatuhi.

Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong yang ramai seperti di stadium. Kelab malam, pub, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema,  perarakan keagamaan, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai masih tidak dibenarkan.



Aktiviti pelancongan domestik sudah dibenarkan, so bolehlah kita bawa family pergi bercuti di dalam negara setelah tiga bulan tidak kemana-mana. Inilah masanya kita bantu naikkan semula industri pelancongan negara dan bantu hotel-hotel tempatan untuk maju kembali dan dapat terus beroperasi.

Siapa yang nak melancong ke luar negara tu kena tangguh dulu la sebab sempadan negara masih ditutup.

Aktiviti keagamaan dan perayaan akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam. Maksudnya bolehlah kita sambut Raya Haji tahun ini di kampung.

Bagi ibubapa yang ada anak-anak bersekolah, sekolah akan dibuka secara berperingkat. KPM akan membuat pengumuman terperinci dalam sedikit masa lagi. 

Tapi jika semua SOP dilanggar dan berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 dalam tempoh ini, kerajaan akan laksanakan PKP atau PKPD di kawasan berkenaan.

So, pastinya kita semua tak sabar nak rentas negeri balik kampung kan. Yang mana boleh balik tu, ambillah peluang. Aku masih kena kerja lagi tak dapat cuti. Lagipun kena tunggu gaji baru sedap nak balik kampung kan😂 




Love,

Hanim

Allah lebih sayang mak...

$
0
0

Assalamualaikum! Terlalu banyak untuk dibicara, terlalu banyak untuk diluah. Terlalu banyak yang terjadi membuatkan aku 'terpesong' arah seketika. Ragu-ragu dengan keputusan dan nekad hati, tapi benarlah Allah yang pegang hati kita.

Pemergian yang pasti dirindui terutama untuk suami. 

Walaupun sedih dengan pemergian mak, namun Allah permudahkan setiap satu urusan mak sehingga 'bertemu' dengan arwah ayah dalam satu liang. Alhamdulillah syukur.





Benarlah, orang baik-baik perginya cepat. Arwah kak Mizah, arwah Tok dan sekarang ...mak. Sebelum balik, kami sempat ziarah arwah ayah, arwah mak dan arwah kak Odah. 

Moga mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman ... aaminnn.

Allahummaghfirlahu warhamhu, waafihi wa'fuanhu ...

Al-fatihah buat mak ...



Pak Lah Gulai Sembilang Warisan, Pekan Batu 5 Kuala Kurau

$
0
0

Assalamualaikum! Selalu pagi-pagi pekena roti canai atau nasi lemak. Tapi pagi tu, kami sekeluarga nak try makan gulai ikan sembilang di Pekan Batu 5, Kuala Kurau. Memang istimewa sikit, sebab kedai makan gulai ikan sembilang ini adalah kepunyaan kawan suami.

Ye, kalau balik kampung di Perak ada je tempat nak disinggah. Tambah pula, suami ramai member di sana. Faham-faham je la hehe. 

Tapi kalau bab makan, aku ikut je hohoho.




Kedai Pak Lah Gulai Sembilang ni dibuka setiap hari (kot) dari jam 6.00am sehingga 11a.m. So kalau tak nak terlepas gulai ikan sembilang dia, kena datang awal la. 

Sebelum gerak ke KL, suami teringin nak merasa gulai sembilang. Kat KL payah nak cari, dan kami pun dah lamaaaa sangat tak makan. 






Empat beranak makan nasi putih ngan lauk gulai ikan sembilang pagi tu hehe. Anak-anak tak pernah makan sebelum ni, tapi sekali rasa, menambah lagi! Haa baru tahu penangan kari ikan sembilang ni. 

Pandai pulak diaorang makan tu hehe.

Pemandangan dari kedai

Kedai makan ni dekat titi Pekan Batu 5. Boleh nampak masjid (kubah warna hijau) dari depan kedai. Maknanya, kalau dari arah Bagan Serai jumpa titi tu terus simpang titi belah kiri. 


Banner tepi titi Pekan Batu 5
Kekenyangan dan kepuasan

Memang tak boleh disangga lagi, kari ikan sembilang dia memang sedap tok! Harga jangan tanya, sebab suami yang bayar haha. Anak bini tumpang makan je. Tapi memang berbaloi lah. Peminat kari memang kena makan ni, mau menghirup kuah terus!

Tapi yang penting lepas juga hajat suami nak makan gulai ikan sembilang di kedai kawan dia. Bila dah berjumpa tu, pakat sembang la kan huhu.


Shopping Sakan Sempena PG Mall Birthday Sale!

$
0
0

Assalamualaikum! Shopping atas talian memang dah jadi trend dan ikutan pada masa sekarang. Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kuasa pembeli dalam platform atas talian mencapai dua kali ganda dari kebiasaan.

Maksudnya, orang kita dah selesa shopping secara online dan kalau nak membeli-belah sekarang tak perlu masuk ke kedai tapi hanya dihujung jari! 




Sejak wujudnya kemudahan membeli-belah atas talian ni, makin banyak platform online shopping diperkenalkan untuk memudahkan pelanggan.

Tapi PG Mall berbeza dengan platform membeli-belah yang lain sebab kita boleh menikmati promosi hebat dan diskaun gempak bila shopping secara online disini.

Lebih seronok lagi bila sempena PG Mall Birthday Sale yang bermula dari 29 Jun sehingga 5 Julai 2020.



PG Mall ni ialah satu-satu platform e-commerce tempatan dan merupakan salah satu dari TOP 3 laman web marketplace yang paling banyak dikunjungi di Malaysia menurut laporan dari iPrincesight.

Haa tu maknanya, PG Mall menjadi pilihan  peniaga dan pelanggan untuk mendapatkan barangan berkualiti pada harga berpatutan. Ada macam-macam kategori barangan yang boleh kita pilih tau.


Dan istimewa untuk semua pelanggan, PG Mall Birthday Sale yang berlangsung dari 29 Jun sehingga 5 Julai 2020 ini akan lebih berbaloi-baloi dengan 6 tawaran istimewa bila kita membeli secara online. Promosi dan tawaran istimewa ini tiada di platform lain, hanya di PG Mall je tau.

6 Hadiah Untuk Pelanggan Sempena PG Mall Birthday Sale!

Antara promosi dan tawaran gempak yang kita boleh dapat bila shopping secara online dari 25 Jun sehingga 5 Julai 2020 di laman web PG Mall ialah:-

  1. Diskaun 10% untuk perbelanjaan minimum RM50
  2. Diskaun 15% untuk perbelanjaan minimum RM100
  3. Free Shipping untuk pelanggan baru dengan perbelanjaan minimum RM30
  4. Free Shipping untuk pelanggan sedia ada dengan perbelanjaan minimum RM60
  5. Super Killer Deals serendah 0.99 sen untuk barangan terpilih
  6. Daily FB Live Deals - peluang untuk menang lucky draw setiap hari dengan hadiah 0.5g emas bernilai RM200!
  7. Top Referral untuk tiga orang pemenang. Caranya daftar dan kongsikan referral link pada keluarga dan kawan-kawan, korang ada peluang menang hadiah, antaranya: 
a) First Prize : PG Gold 1g
b) Second prize : C-wallet bernilai RM100
c) Third prize : C-wallet bernilai RM50

Pendek kata, memang berbaloi membeli-belah di laman web PG Mall. Sambil shopping boleh menang hadiah dan nikmati tawaran dan promosi lagi. Shopping lebih mudah dan kita pun hanya perlu tunggu sehingga barang sampai depan pintu. 

So tunggu apa lagi, korang cepat-cepat daftar hari ini juga dan start shopping sakan! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :


Laman web : www.pgmall.my


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #shopnow #shoponline #PGMallBirthdaySale #PGMallBirthdayParty #PGMallCrazySale
Viewing all 1149 articles
Browse latest View live