Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Rindunya nak bercarboot semula!

$
0
0

Assalamualaikum!


Rinduuuuuuu! Rinduuuu nak berebut tapak parking strategik (haha). Rinduuuu nak pasang penyidai baju. Rinduuuuu nak bukak plastik untuk pelanggan. Rinduuuuu nak rasa kelam kabut berlari cari duit kecik. Rinduuuu nak jenjalan pusing keliling tengok barangan jualan orang lain. Rinduuuuu pada rakan niaga sebelah menyebelah, bertegur sapa, senyum dan berborak tentang barangan jualan masing-masing. Rinduuu nak tengok kakak dan adik mintak duit sebab nak beli aiskrim hahaha .... hurmmm banyak sungguh yang aku rindu pasal carboot ni!

Walaupun penat dengan tugasan hakiki dan sekolah anak, ditambah pulak dengan meniaga hari Sabtu & Ahad tapi kami puas. Penat tu memang penat ok, tapi disebabkan dah terbiasa, penat tu letak belakang kejap. Kakak dan adik memang cukup enjoy bila dapat berniaga macam ni. Penat pun diaorang cakap tak penat. Empat beranak dengan muatan 4-5 beg plastik besar berhimpit dalam kereta kebal melalui 40km perjalanan dari rumah. 




Kalau minggu tu kami tak jadi meniaga, mula la si kakak bertanya kenapa kita tak meniaga. Pastu muncung dia panjang sedepa. Tak dapat meniaga, dia down seminggu hehe. Sebab tu kami tak sampai hati tak bawa diaorang pi meniaga sekali. Kalau bawa kang dah tentu penat. Kalau tak bawa kang, dia cakap boring kalau tak meniaga ... hehehe.

Sebab tu macam mana penat pun diaorang sanggup ikut. Sabtu meniaga malam, Ahad meniaga pagi. Balik umah masing-masing dah ada tugas lain menanti. Tapi setakat ni alhamdulillah, anak-anak memang supportive dan tak mengeluh.




Hari tu ada kakak tanya, bila kita nak start meniaga carboot macam dulu. Dah lama sangat kami 'berehat' sejak bulan puasa aritu. Kalau ikutkan lepas raya aritu dah boleh mula balik dah. Apa yang aku boleh jawab .... insyaAllah ye kakak ..




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.