Assalamualaikum!
PJ FAIR kembaliiiiiiiiii! Tahun ni merupakan tahun ke-4 penganjurannya sejak 2013. Kali ni PJ Fair bakal menggegarkan Petaling Jaya dengan "double celebration" sempena sambutan ulang tahun ke 10 Petaling Jaya sebagai Bandaraya.
Tema kali ni ialah "Colors of PJ", MBPJ menjadikan PJ Fair 2016 sebagai platform komuniti bagi kesemua warga PJ yang berbilang bangsa, agama dan budaya dimana mereka dapat bersama-sama berkumpul dan meraikan acara kemuncak ini dengan semangat kekitaan dan perpaduan bersama!
Yang menariknya, akan ada penampilan artis-artis popular dan penampilan khas Ustaz Azhar Idrus di PJ FAIR ni. Hari apa? Segmen apa? Haaa tungguuuuuu sat gi aku kongsi ;)
Untuk PJ FAIR 2016, pelbagai acara dan aktiviti bakal disediakan untuk pengunjung selama 3 hari berturut-turut. Antaranya aktiviti seperti :
- PJ Fun Ride (berbasikal)
- Pameran Kereta & Motosikal Vintage
- Pameran Seni & Acara Kebudayaan
- Perarakan & Persembahan Artis
- Kids Mania
- Fashion &Flea Market
- Food Truck
- Acara memecahkan rekod "Malaysia Book of Records" (Wefie Teramai)
Borang penyertaan PJ Fun Ride boleh dimuaturun di SINI
JADUAL ATURCARA PJ FAIR 2016 26 - 28 OGOS 2016
25.8.2016 (KHAMIS) | ||
Masa | Aktiviti | Lokasi |
8.30 malam – 12.00 malam | Raptai Penuh Majlis Perasmian dan Perarakan PJ FAIR 2016, Colours Of PJ | Jalan Yong Shook Lin |
26.8.2016 (JUMAAT) HINGGA 28.8.2016 (AHAD) | ||
Masa | Aktiviti | Lokasi |
9.00 pagi – 10.00 malam | Fleamarket | Hadapan Pasaraya Speedmart dan Pasaraya Tongwoh |
Jualan pakaian dan peralatan sukan | Siar monier | |
Pameran dan jualan fashion | Jalan Susur hadapan Affin Bank |
27.8.2016 (SABTU) HINGGA 28.8.2016 (AHAD) | ||
Masa | Aktiviti | Lokasi |
9.00 pagi – 10.00 malam (Ahad tamat jam 7.00 petang) | Kidmania | Taman Rusa |
Foodtruck | Jalan Susur Hadapan Bank Rakyat | |
Pameran dan Jualan Seni dan Kraftangan | Art Lane | |
Pameran dan pertunjukan Kereta Vintage | Tempat Letak Kereta Dewan Sivik | |
Pameran dan pertandingan Motosikal retro | Tempat Letak Kereta Hadapan Bank CIMB | |
Sewaan basikal | Ibu Pejabat MBPJ | |
Free Buggy Tour Service | Hadapan OUB Bank |
27.8.2016 (SABTU) | ||
Masa | Aktiviti | Lokasi |
9.00 pagi – 10.30 pagi | Kuliah Duha Bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ebby Yus | Main Stage, Jalan Yong Shook Lin |
10.30 Pagi – 11.30 pagi | Mini Konsert 1 (Keroncong dari Kota Bandung) | Mini Stage, Jalan Tengah |
11.30 pagi – 12.30 tghari | Busking | Mini Stage, Jalan Tengah Persimpagan Art Lane |
12.30 tghari – 1.10 petang | Mini Parade | Mini Stage, Jalan Tengah |
2.00 petang – 3.00 petang | Fashion Show | Mini stage Jalan Tengah |
3.00 petang – 5.00 petang | Pendaftaran PJ Happy Selfie | Main Stage, Jalan Yong Shool Lin |
5.00 petang – 5.30 petang | PJ Happy Selfie – Breaking Malaysia Book Of Record | Main Stage, Jalan Yong Shool Lin |
5.00 petang – 6.00 petang | Fashion Show | Mini stage Jalan Tengah |
5.30 petang - 6.30 petang | Mini Konsert (Altimet, Amir Jahari, Hunny Madu) | Main Stage, Jalan Yong Shool Lin |
9.00 malam – 10.30 malam | Perasmian dan Perarakan | Main Stage, Jalan Yong Shool Lin |
10.30 malam – 12.00 malam | Konsert (Amy (Search), Zamani (Slam), Ito (Blues Gang), Adeline Tsen, Mr.5K) | Main Stage, Jalan Yong Shool Lin |
28.8.2016 (AHAD) | ||
Masa | Aktiviti | Lokasi |
8.00 pagi – 10.00 pagi | Fun Ride | Main Stage, Jalan Yong Shook Lin |
10.30 Pagi – 11.30 pagi | Mini Konsert (Keroncong dari Kota Bandung) | Mini Stage, Jalan Tengah |
11.30 pagi – 12.30 tghari | Busking | Mini Stage, Jalan Tengah Persimpagan Art Lane |
12.30 tghari – 1.10 petang | Mini Parade | Mini Stage, Jalan Tengah |
1.45 petang – 4.00 petang | Fashion Show | Mini stage Jalan Tengah |
9.00 Malam – 10.30 malam | Finalist Muslim Model Show Kids | Mini stage Jalan Tengah |
Penampilan Istimewa Ustaz Azhar Idrus
Anda juga boleh mengikuti kuliah Dhuha bersama Ustaz Azhar Idrus pada 27hb Ogos 2016 bermula 9 pagi sehingga 10.30 pagi di hadapan Ibu Pejabat MBPJ.
Best ni!
Selfie dan anda berpeluang menang hadiah! Jangan lupa letak
#HAPPYPJSELFIE di media sosial anda!
Pertandingan Selfie Dance (Contest)
Haaaa bagi yang suka selfie dan ada bakat menari tu bolehlah join kontest Selfie Dance ni. Caranya senang je :
- Follow @PJKita di Instagram, Facebook & Twitter
- Hasilkan gerak tarian anda dengan apa saja lagu dan akhirinya dengan elemen selfie
- Durasi video 15 - 20 saat
- Tag 4 rakan anda dalam caption
- Jangan lupa tag @pjkita dan hashtag #HAPPYPJSELFIEFANCE #MYPJFAIR #PJKITA
Peta Lokasi
So, jom bawa keluarga dan rakan-rakan memeriahkan PJ FAIR 2016 bermula 26hb sehingga 28hb Ogos 2016. Bagi yang ada anak kecil, khabarnya ada pertandingan mewarna dan games yang menyeronokkan!