Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Lepas PKP, Jom Pergi Langkawi!

$
0
0

 

Assalamualaikum! Bila kerajaan umumkan pembukaan semula sektor perhotelan dalam negara, terasa macam nak lompat bintang sepuluh kali! Mana taknya, berbulan lama kita terperuk di rumah dan berbulan jugak lah kita tak boleh nak pergi bercuti kemana-mana disebabkan oleh pandemik Covid-19.


Bayangkan kebanyakan dari kita ada yang dah merancang percutian di dalam dan di luar negara masa tu. Ada juga yang telah menempah tiket penerbangan dan hotel penginapan sebagai persediaan awal. Apakan daya, Covid-19 yang tidak diundang 'menyerang' seluruh dunia! 


Walaupun kita masih belum menang dalam memerangi Covid-19, namun pembukaan semula sektor-sektor ekonomi secara berperingkat termasuk perhotelan memberikan khabar gembira dan kelegaan kepada pelancong tempatan yang menanti sekian lama.


Buat masa ni kita masih tidak dibenarkan merentas negeri dan ke luar negara, tapi tak salah kalau kita merancang percutian dahulu kan? Orang kata buat persediaan awal. Tinggal packing baju je nanti. So pada 'kaki travel' mesti dah tak sabar nak melepaskan rindu tidur di hotel kan? 😁



Setiap tahun, Traveloka pasti takkan ketinggalan menawarkan pakej-pakej promosi penginapan hotel di dalam dan di luar negara. Jangan risau ye sebab dalam negara kita pun banyak pilihan hotel-hotel dan Traveloka setia memberikan tawaran terbaik pada 'kaki'travel di luar sana!


Tak susah nak pilih hotel kesukaan kita bila adanya Traveloka ni. Jimat masa, wang dan tenaga. Boleh je kita rancang dahulu tempat hotel penginapan yang kita nak pergi. Contohnya, aku ingat nak pergi bercuti sekeluarga ke Langkawi bila dah habis PKP nanti. So boleh je kita survey dulu hotel-hotel di sekitarnya. 


Korang tahu tak, tempat pertama yang aku idam nak pergi bila PKP habis dan dibenarkan merentas negeri ialah Langkawi! Ada satu hotel yang aku dah survey di Traveloka dan tempat dia nampak macam best ok! Memang target aku nak bawa sekeluarga pergi bercuti ke sini nanti. 





Dah lama aku nak menginap di hotel yang dikelilingi oleh alam semulajadi yang indah macam The Datai Langkawi. Walaupun berlatarbelakangkan hutan tapi fasiliti disini lengkap dan memenuhi citarasa dan keperluan pelancong samada yang bujang atau berkeluarga.

Kalau yang berkeluarga macam aku, mestilah nak hotel yang ada kolam renang untuk anak-anak. Aku dan suami pula boleh melakukan aktiviti sihat di gim. Pendek kata, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan sebelum nak keluar melihat tempat-tempat lain. So kat sini memang lengkap ada semuanya. 

Mudah je nak booking hotel di Traveloka. Klik saja pilihan hotel penginapan yang korang nak, tentukan tarikh penginapan dan klik 'Search Hotels'. Yang bestnya Traveloka ni, bila dah pilih hotel mana kita nak kita boleh buat pembayaran secara online samada menggunakan perbankan internet mahupun kad kredit. Terbaik!


So, pada yang rindukan keseronokan bercuti bersama keluarga tu bolehlah mula merancang dan membuat tempahan di Traveloka dari sekarang. 

Aku sendiri pun teringin nak bawa anak-anak staycation di Langkawi bila dah habis PKP. Mesti diaorang pun tak sabar nak pergi bercuti dan hilangkan stres. Aku rasa kita semua juga perlukan percutian, betul tak! Tak perlu pergi jauh ke luar negara, kalau dapat hotel menarik dan selesa macam The Datai Langkawi pun dah rasa teruja sangat! Sementara kita masih dalam PKP ni, boleh je kalau nak surveyhoteldulu kan ;).


So selamat merancang!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.