Quantcast
Channel: Budak Flat 92
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Mite Remover : Vakum Untuk Sofa/Tilam/Fabrik

$
0
0

 

Assalamualaikum! Aku memang dah lamaaa teringin nak ada vakum ni dalam rumah. Tapi harga di pasaran level 'kayangan' lalu aku terpaksa tangguhkan niat dulu. Dalam masa yang sama, aku mencari-cari juga di mana-mana platform online shopping yang jual lebih murah atau dalam bajet aku.


Anak-anak dah lama ada masalah resdung. Aku tahu sangat diaorang alah dengan habuk. Tak tahan! Aku pun tak tahan kalau berdepan dengan habuk ni. Tapi aku tak seteruk diaorang, bangun pagi mesti hachum hachum.


Makan ubat pun sekejap je baiknya. Sarung bantal cadar tilam basuh pun masih macam tu jugak. Sembur tilam dengan pembasmi kuman/jemur bantal pun takda perubahan. Kita tahu kan habuk halus dan hama tu memang akan sentiasa ada dekat sofa/kusyen/tilam/karpet/bantal kita. So, nak tak nak kena ada satu vakum ni dalam rumah.



Nak jadi rezeki, aku jumpa vakum ni dalam Shopee. Shopee ni macam tahu-tahu je aku tengah cari benda alah ni hehe. Selain dari tu, aku ada masuk platform lain jugak nak bandingkan harga dan kualiti. Akhirnya aku jumpa yang berkenan di hati dan kena dengan bajet marhaen aku.

Nak beli ni pun bukan terus beli je. Aku jenis yang suka baca komen/feedback pengguna sebelum beli. Aku baca yang 5 star dan juga 1 star. Kalau banyak complaint dari compliment, tak jadi la beli. Yang ni memang rata-rata pengguna puas hati start dari packaging, penghantaran sampai lah ke penggunaannya.






Sampai di rumah, terus aku buka dan cuba. Fuh! dalam hati cakap halal aku beli ni dengan duit gaji hahaha. Puas hati sangat! Kuasa sedutan dia kuat dan vakum tak mudah panas. Wayar pulak 2 meter lebih. Cumaaaaa plak dia dua pin China style. Maksudnya, kepala dua yang leper tu. Kena guna adaptor nak cucuk plug dia. Biasa la barang pun dari China hahaha.


Bila bukak filter, perghhhh tebal giler habuk dia! Jenis halusss gitu. Kita tengok atas sofa kita tu macam bersih je takda apa kan. Tapi bila dah vakum tudiaaaaa segala mak nenek habuk dan hama melekat!





Moga lepas ni, anak-anak dah tak hachum hachum disebabkan oleh habuk dan hama. Mana tau dengan asbab ini, resdung mereka pun akan hilang.


Kalau korang pun mencari vakum macam ni boleh cuba pergi https://shopee.com.my/product/196009997/7016323200.?smtt=0.122165991-1614253666.3 dan gunakan kod : KAMEH223 untuk dapatkan diskaun.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1149

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!